bianglala Publish time 14-5-2015 08:36 AM

Pasir Salak, 12 Mei 2015 - Keberangkatan DYMM Sultan Perak XXXV berkenan ke Majlis Bersama Rakyat di Padang Awam Kg Gajah, Pasir Salak

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/t31.0-8/11265554_977278955636801_8954268999924193989_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtp1/t31.0-8/11145029_977278948970135_80883509915571939_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xat1/t31.0-8/11194442_977279005636796_5489865573741413055_o.jpg

bianglala Publish time 14-5-2015 08:39 AM

Kampung Gajah, 13 Mei 2015 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV menziarah Makam Sultan Jaafar Mua'äzzam Shah (Sultan ke 23) dan Makam Sultan Abdullah Muaazzam Shah (Sultan ke20) di Kampong Pulau Juar.

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xtf1/t31.0-8/1502466_977323235632373_7811948334469354097_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t31.0-8/11169785_977323312299032_2778514583549160702_o.jpg

bianglala Publish time 14-5-2015 09:03 AM

Kampung Gajah, 13 Mei 2015 --DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim menziarah Batu Peringatan Raja Ahmad Waliullah (Raja Kecil Tengah) di Kampung Pulau Besar.


https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/t31.0-8/10537491_977338085630888_7412005203345679399_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xta1/t31.0-8/11110898_977338095630887_6878872956034455195_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t31.0-8/11136201_977338395630857_6023776675859925816_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/t31.0-8/11206698_977338402297523_460849357504046798_o.jpg

bianglala Publish time 14-5-2015 09:11 AM

Pasir Salak, 13 Mei 2015 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta anakanda berdua berkenan keberangkatan tiba ke Jeti Pasir Salak untuk upacara Menaiki Cempaka Sari sempena Pertabalan Sultan Perak yang ke 35.

Pasir Salak, 13 Mei 2015 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzudin Shah menaiki Cempaka Sarimenziarah Makam-Makam.

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/t31.0-8/11226202_977352698962760_5254498191964673715_o.jpg


https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t31.0-8/11031040_977352695629427_461150126106286570_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/t31.0-8/10830781_977340298964000_3997609975556314771_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/t31.0-8/11206577_977340345630662_2831583707982608830_o.jpg


bianglala Publish time 14-5-2015 09:15 AM

Kampung Gajah, 13 Mei 2015- DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim menziarah Makam Almarhum Sultan Alauddin Mansur Shah, Sultan Perak ke-17 di Kampung Teluk Memali.

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpt1/t31.0-8/11202838_977385992292764_8600645333757323516_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xft1/t31.0-8/11167703_977383745626322_5906201074163468245_o.jpg


bianglala Publish time 14-5-2015 09:18 AM

Kampung Gajah, 13 Mei 2015- DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim menziarah Makam Almarhum Sultan Shahabuddin Riayat Shah, Sultan Perak ke-21 di Tanjung Penangguh.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/t31.0-8/11212723_977441022287261_5125208264462236057_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/t31.0-8/11110565_977441028953927_3543069370306301551_o.jpg

Makam terakhir

Teluk Intan, 13 Mei 2015- DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim menziarah Makam Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I, Sultan Perak ke-22 di Kampung Durian Sebatang.

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t31.0-8/10997016_977414492289914_731184122161148349_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t31.0-8/11194433_977414762289887_9116035726768508701_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t31.0-8/11233601_977414295623267_3412351281671601537_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xft1/t31.0-8/885978_977414465623250_2243820320810126061_o.jpg

bianglala Publish time 14-5-2015 09:44 AM

Sultan Nazrin cecah kaki di Beting Beras Basah

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA dan MOHD. HAZLI HASSAN
Foto Utusan Oleh HAFIZ JOHARI

BAGAN DATOH 14 Mei - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyempurnakan istiadat mencecah Beting Beras Basah di muara Sungai Perak di sini hari ini.

Istiadat mencecah Beting Beras Basah antara yang perlu disempurnakan dalam istiadat pertabalan Sultan Perak.

Baginda tiba di Beting Beras Basah kira-kira 7.15 pagi menaiki bot selepas berlepas daripada Jeti Bagan Datoh kira-kira 6.55 pagi.

Sebaik tiba, baginda turun dan mencecah kaki di Beting Beras Basah kira-kira pukul 7.17 pagi sambil diiringi bacaan doa selamat yang dibacakan Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan, Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti.

Sebaik istiadat selesai baginda menaiki semula bot pada pukul 7.22 pagi dan bergerak semula ke Jeti Bagan Datoh.

Istiadat mencecah kaki di Beting Beras Basah dimulakan oleh Sultan Perak Pertama, Sultan Muzzaffar Shah I pada abad ke-15 iaitu pada tahun 1528.

Sejarah Kesultanan Perak bermula apabila dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah menghadap Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang bersemayam di Kampar untuk memperkenankan seorang putera baginda untuk dijadikan Sultan Perak.

Sultan Mahmud Shah telah memperkenan permintaan tersebut dan mengarahkan putera keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah ke Perak.

Sewaktu bahtera baginda menghampiri muara Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda dipukul ombak besar dan terdampar secara tiba-tiba di atas beting di tengah lautan tersebut.

Sultan Muzaffar telah mengarahkan supaya dibuangkan barang-barang yang berat ke laut
namun bahtera masih tetap tersekat.

Lalu baginda pun berseru: "Sekongkong Tanah Minangkabau,
Selilit Pulau Perca,
Di lengkong ular Saktimuna,
Perpisahan Beta di selat Melaka,
Jika Sah Beta Raja berdaulat,
Lepaslah sekalian malapetaka"

Sultan Muzzaffar lantas mengambil mahkota baginda dan membuangnya ke dalam laut.

Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali seperti biasa bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala.

Serentak dengan itu, Tun Saban dan pengikutnya melaungkan 'Daulat Tuanku' dan baginda Sultan Muzzaffar Shah I pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah.

Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.

Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan mencecahkan kaki ke Beting Beras Basah ini. - UTUSAN ONLINE

rosewhite Publish time 14-5-2015 09:46 AM


DYMM Paduka Seri Sultan Perak Menziarah Beting Beras Basah

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2015/05/PERAKTODAY56.jpg
http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2015/05/PERAKTODAY120.jpg
http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2015/05/PERAKTODAY213.jpg
http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2015/05/PERAKTODAY56.jpg
http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2015/05/PERAKTODAY48.jpg

bulan_gerhana Publish time 14-5-2015 10:52 AM

rosewhite replied at 14-5-2015 09:46 AM
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Menziarah Beting Beras Basah

detik sejarah terakam satu persatu untuk dipertontonkan untuk generasi akan datang

sranua Publish time 14-5-2015 12:49 PM

Ada satu subuh, seminggu sebelum pertabalan Sultan, bermimpikan Sultan Nazrin...entah apa petandanya. Wallahualam bissawab..

bianglala Publish time 14-5-2015 12:54 PM

Majlis Mesra Rakyat di Arena Square Teluk Intan

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t31.0-8/10984170_977689695595727_1931616953855317848_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtp1/t31.0-8/11270614_977689722262391_7065505203600867887_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtf1/t31.0-8/11253892_977689705595726_6216882144962567523_o.jpg

bianglala Publish time 14-5-2015 12:59 PM

14 Mei 2015 - Ziarah Beting Beras Basah

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xpt1/t31.0-8/10986810_977740488923981_9114906769434275021_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xtf1/t31.0-8/11146679_977740495590647_943539860373404192_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtf1/t31.0-8/11022570_977715528926477_3303854849705781610_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t31.0-8/11194473_977740492257314_1147174092111391458_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/t31.0-8/10999695_977715522259811_7574116889112958122_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t31.0-8/11022407_977715525593144_2578111843723402674_o.jpg

sranua Publish time 14-5-2015 02:34 PM

Menarik ...terima kasih atas perkongsian gambar. Anak Perak walau berada di mana jua berkongsi kegembiraan dengan pertabalan Tuanku...Daulat Tuanku.
Tentu yg paling gembira org kampong yg Sultan Nazrin menziarah makam, dapat tengok Sultan dari dekat....kemesraan yg Sultan tunjukkan.

bianglala Publish time 14-5-2015 04:28 PM

Majlis Sembah Tahniah

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xta1/t31.0-8/11267545_977812498916780_1818267603075567860_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xtp1/t31.0-8/10873507_977812495583447_7348884153685533710_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xft1/t31.0-8/11148655_977812502250113_1279251594888409717_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xtp1/t31.0-8/s2048x2048/11270450_977812508916779_3237046387534449662_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xtp1/t31.0-8/11169410_977812512250112_3583863297417404476_o.jpg

bianglala Publish time 15-5-2015 09:42 AM

Kuala Kangsar, 14 Mei 2015 - DYMM Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan ke Majlis Bersama Rakyat di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak.

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/t31.0-8/11164720_978204125544284_874500036166694078_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t31.0-8/10482325_978204168877613_2616898188690703489_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xta1/t31.0-8/11114741_978204158877614_98011487147636242_o.jpg

https://scontent-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xpt1/t31.0-8/11063922_978204175544279_8212133585769202922_o.jpg

bianglala Publish time 17-5-2015 05:01 PM

Sultan Nazrin sebak sambutan rakyat, pengalaman pertabalan memberi penginsafan

KUALA KANGSAR 17 Mei- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menzahirkan perasaan sebak dengan kehadiran rakyat sempena pertabalan Baginda sebagai Sultan Perak ke-35.

Dalam titah ucapan Istiadat Menutup Kerja yang sekaligus menandakan istiadat pertabalan Sultan Perak ke-35 selamat disempurnakan, Sultan Nazrin menzahirkan penghargaan kepada rakyat.

"Beta dan Raja Permaisuri amat menghargai kehadiran rakyat jelata yang telah keluar beramai-ramai, bersedia menahan panas matahari dan bersedia dibasahi hujan menyambut keberangkatan Beta di sepanjang perjalanan darat dan sungai.

"Di setiap tempat Beta berdua berziarah dan di setiap majlis yang diadakan; ada di antara mereka mendukung bayi kecil dan ada di kalangan mereka terdiri dari warga tua yang sudah uzur. Kehadiran rakyat jelata adalah hadiah amat berharga kepada Beta dan Raja Permaisuri," titah Baginda penuh sebak.

Titah Istiadat Menutup Kerja berlangsung di Istana Iskandariah Bukit Chandan di sini hari ini yang turut dihadiri Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Sementara itu, Baginda bertitah istiadat pertabalan yang ditempohi baginda memberi penginsafan terhadap tiga perkara.

"Pertama, darjat dan jawatan di dunia adalah sementara sifatnya, setiap insan akan dikembalikan kepada asal usul kejadiannya oleh ALLAH yang Maha Pencipta, dari tanah kita dicipta kepada tanah kita kembali.

"Kedua, setiap seorang Sultan terdahulu telah berjasa dan masing-masing mencipta sejarah pemerintahan. Oleh itu, Sultan yang terkemudian tidak wajar bersifat membesar diri, membelakangi mereka, tetapi wajib mengambil pengajaran dari pengalaman Sultan terdahulu untuk dijadikan pedoman," titah Baginda.

Sementara keinsafan ketiga adalah pengalaman menjejak kaki di Beting Beras Basah dan pengalaman menziarahi makam-makam telah mengimbas peristiwa silam mengenai susah payah sultan-sultan terdahulu dengan kemudahan yang sangat terbatas, mengasaskan sebuah negeri dan pemerintahan.

"Kejayaan Marhum-marhum itu membangunkan sebuah negeri berdaulat, negeri beraja-rakyat bersultan yang warganya terdiri daripada segala lapisan rakyat yang begitu pelbagai tetapi hidup bersatu di bawah payung naungan pemerintahan seorang Sultan.

"Jasa bakti Marhum-marhum itu tidak harus dimusnahkan. Pada hari ini adalah menjadi tanggung jawab besar hamba-Mu ini untuk memberikan payung naungan pemerintahan yang dapat menyatukan rakyat yang berbilang agama, berbilang kaum, berbilang budaya dari pelbagai latar belakang sosial, ekonomi, politik dan usia agar terus kekal bersatu, hidup dalam harmoni dan saling bekerjasama memakmurkan negeri Perak Darul Ridzuan," titah Baginda. -UTUSAN ONLINE

bianglala Publish time 17-5-2015 05:03 PM

http://images.scribblelive.com/2015/5/17/8e63db25-b6af-4fbc-bce9-40593db4591c_800.jpg

http://images.scribblelive.com/2015/5/17/acf59cba-3c36-49c9-ad8f-4066039d73e8_800.jpg

http://images.scribblelive.com/2015/5/17/ec2eb3de-cd90-4a53-8e3d-c5224acf914f_800.jpg

kechikchomel Publish time 18-5-2015 09:08 AM

tengok majalah 3 malam ni pkul 9
ada pasal pertabalan Sultan Perak

bianglala Publish time 18-5-2015 12:52 PM

kechikchomel replied at 18-5-2015 09:08 AM
tengok majalah 3 malam ni pkul 9
ada pasal pertabalan Sultan Perak

sama-sama kita nantikan.

bianglala Publish time 18-5-2015 12:53 PM

TATU Sempena Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke 35

https://scontent-hkg3-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xta1/t31.0-8/11263024_979727735391923_819212637653728148_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpt1/t31.0-8/11063947_979727738725256_2791838561941345850_o.jpg
Pages: 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 [19] 20 21 22 23 24
View full version: DYMM Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan


ADVERTISEMENT