CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3650|Reply: 3

[TEATER] TEATERIKA SUARA KITA [AWIE-ERRA-ZIANA] SEMBILU SEQUEL??

[Copy link]
Post time 24-1-2014 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest


Kredit foto Danish Haikal.

Di sekitar tahun 90’an, gandingan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam filem Sembilu dan Sembilu 2mencetus fenomena yang luarbiasa di kalangan pencinta filem Melayu. Kini setelah dua dekad lamanya, gabungan trio terkenal ini kembali bersatu mengharapkan suatu ‘comeback’ buat tatapan peminat mereka.

Namun, gandingan Awie-Erra-Ziana ini bukanlah untuk menghasilkan ‘sequel’ kepada filem Sembilu, tetapi kolaborasi sensasi ini akan mengambil tempat di pentas teater.

Mac ini, trio terkenal tanahair ini akan bersatu menjayakan projek teater muzikal, Konsert Teaterikal Suara Kita bertempat di Panggung Sari Istana Budaya. Pementasan selama 7 hari (3-9 Mac) berturut-turut ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau kembali episod kegemilangan filem-filem Melayu pecah panggung.

Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sorotan babak-babak dari deretan filem-filem seperti Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria Mariana 2 dan Merah yang pernah menggegarkan industri filem Malaysia suatu ketika dahulu sebagai teras dan latar penceritaan.

Awie ketika ditanya tentang projek terbitan Awie Entertainment Sdn Bhd ini berkata perkara pertama yang dilakukan beliau sebelum melancarkan kolaborasi tersebut ialah dengan meminta ‘lampu hijau’ daripada isteri kesayangan, Rozana Misbun.

"Saya beritahu dia tentang idea projek ni kerana saya tahu yang saya harus jaga perasaan dia malah perasaan ramai orang.
"Mula-mula tu dia terperanjat juga lah. Tapi saya berterima kasih kepada dia kerana memberi saya keizinan. Katanya demi kerja dan karya, kenapa tidak. Lagipun dia adalah peminat Erra dan Ziana", kata Awie ketika di sidang media pengumuman konsert berkenaan, bertempat di Istana Budaya, semalam.

.

Tambah vokalis kumpulan Wings ini lagi, selepas 'mendapat restu' daripada isterinya, beliau yang kebetulan berjumpa dengan Ziana Zain sewaktu di sebuah acara, terus menyuarakan hasratnya kepada teman seangkatannya itu. Kelegaan kali kedua dirasai apabila penyanyi bersuara lantang itu menyambut baik idea projek tersebut.

"Kemudian saya jumpa Ziana masa kami kebetulan buat show di sebuah acara. Saya beritahu dia tentang idea konsert ni dan dia terus setuju. Tapi dia bertanya kepada saya bagaimana pula dengan Erra. Ketika itu saya belum lagi berjumpa dengan Erra.

"Sewaktu program saya, 'Tunggu Sekejap' pihak TV3 buat kejutan pada saya dengan mengundang Erra jadi tetamu program tu. Sewaktu itu saya suarakan hasrat saya. Tergagap-gagap jugalah saya nak cakap dengan Erra. Tak sangka dia juga menyambut baik projek ni", jelasnya sambil diperhatikan oleh Erra dan Ziana yang turut hadir pada sidang media berkenaan.

.

Dalam pada itu, Awie juga menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk melakonkan semula babak-babak romantis sepertimana lakonanya dengan Erra di dalam filem Sembilu.

Bahkan beliau bersedia menerima apa saja kritikan.

"Lakonan hanyalah lakonan dan kami profesional. Mungkin lakonan kami akan jadi lebih daripada yang pernah kami lakonkan sewaktu dalam filem dulu. Dan saya sedia menerima apa saja kritikan baik atau buruk.

"Konsert ni terbahagi kepada dua segmen. Pertama, kami bertiga akan mendedangkan lagu-lagu hit daripada album kami. Segmen kedua adalah teater muzikal. Kita ambil momen dan beberapa babak masterpiece dalam lima filem yang disebutkan dan kita pertontonkan semula pada peminat", jelasnya sekaligus memberitahu simbolik judul 'Suara Kita' itu bermaksud suara mereka bertiga yang optimis untuk mengembalikan semula nostalgia para penonton......................................................................



Baca Lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... lu-datang-lagi.html




Last edited by eddlisa_uyuk on 28-1-2014 02:14 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2014 11:36 AM | Show all posts
org kata tiket mahal laaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 12:58 AM | Show all posts
Berapa harga tiket ni?
Klau murah boleh gak pi..
Kalau mahai urmm baik duit bawak pi makan,..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 10:09 PM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 4-1-2022 08:55 AM

---------spam-----

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056677 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list