CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10878|Reply: 29

Datin Nor Alina Redzuan:belum ada zuriat, saya tidak tertekan

[Copy link]
Post time 14-10-2013 03:23 PM | Show all posts |Read mode

Datin Nor Azlina Redzuan


Personaliti kecil molek ini tampil begitu ringkas dan bersahaja. Masih seperti dahulu, bijak mengatur kata dengan nada suara lembut. Aura personaliti televisyen masih terpancar pada wajah Datin Nor Azlina Redzuan, 41, yang selesa tidak menonjolkan diri ini. Wanita yang lebih mesra disapa Alin ini begitu sinonim dengan rancangan Majalah 3. Alin membuat keputusan meninggalkan dunia penyiaran selepas mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Namun benar kata orang, jika
hati sudah cinta semua indah sahaja.

Kembali sebagai pengacara program televisyen dilakukan semata-mata kerana cintanya dalam dunia penyiaran. Bagi yang merindui celoteh dan gaya bersahaja anak Perlis ini ketika mengacara pasti terubat dengan kemunculannya mengacarakan rancangan dekorasi yang sudah masuk musim ketiga. “Walaupun sudah meninggalkan dunia penyiaran beberapa tahun lalu, jiwa saya masih sama. Saya minat membuat rancangan berbentuk majalah kerana berpeluang menyelami kehidupan masyarakat yang pelbagai bentuk.

Pengunduran saya dalam dunia penyiaran lebih kepada memberi ruang kepada muka baru untuk mengasah bakat mereka. Kemunculan semula saya dalam dunia penyiaran adalah kerana minat. Memang sejak dari dahulu lagi saya meminati dunia hiasan dalaman. Jika saya ditawarkan mengacara rancangan bukan berbentuk hiasan dalaman, pasti saya akan menolak. Saya suka menghias kediaman mengikut cita rasa tersendiri. Bagi saya menghias kediaman perlukan minat dan bukan menunjuk-nunjuk kepada orang. Setiap sudut yang saya susun atur mempunyai cerita yang tersendiri.

Jika saya berkesempatan mengunjungi negara luar dan ada yang menarik hati pasti akan dibawa pulang. Saya juga tidak pernah menjual semula perabot yang telah dibeli. Setiap perabot itu mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Tiada istilah trade in bagi saya,” kata Alin yang pernah menjadi penyampai berita televisyen sepanjang penglibatannya dalam dunia penyiaran.


CEBURI BIDANG DEKORASI

Kerjayanya dalam dunia penyiaran kini sampingan sahaja. Alin sedang sibuk melakar perancangan menceburi bidang perniagaan. Jika dahulu minatnya terhadap hiasan dalaman digemburkan hanya dalam kediaman sendiri, kini dia berkongsi cita rasa dengan orang ramai. “Saya bakal melancarkan sebuah kedai dekorasi yang diberi nama Restore & My Little Cafe, sebuah kedai kecil yang menggambarkan diri saya sendiri. Kalau kita melihat kedai-kedai kecil di Eropah, itulah yang mahu saya lakukan.

Saya meminati gaya Vintage, Eropah dan Scandinavia. Kedai kecil ini mempunyai susun atur mengikut cita rasa saya. Jika ada yang mahu membeli barang boleh dan hanya untuk menikmati sahaja pun boleh. Saya juga memberi peluang kepada pelukis muda menonjolkan karya mereka di situ. Kafe saya juga sangat simple kerana hidangan yang bakal disajikan ialah kek mentega dan sebagainya,” jelas Alin tentang perancangan kedainya. Menyelami jiwa wanita yang sangat menepati masa ini dalam menguruskan masa antara keluarga, kerjaya dan perniagaan, sambil tersenyum jawabnya, “Saya bersyukur kerana suami sentiasa menyokong apa-apa yang saya lakukan.

Sebenarnya dia yang mencadangkan saya membuka galeri kerana faham minat saya. Kadang-kadang suami turut menyalurkan pendapat untuk memantapkan lagi apa yang telah saya lakukan. Saya mempunyai masalah yang mungkin ‘menyusahkan’ diri sendiri apabila semua perkara mahu dilakukan sendiri. Bukan tidak percaya orang lain tetapi saya puas apabila setiap sudut hasil sentuhan tangan sendiri,” kata isteri tersayang Datuk Yusof Annuar Yaacob ini. Saat diajukan persoalan tentang kehidupan wanita selepas usia 40, Alin positif dengan setiap yang mendatang dalam hidupnya.

Dia mahu menikmati perjalanan hidup yang lebih tenang dan sempurna. “Saya sekarang hanya memberi tumpuan pada kualiti kehidupan, kesihatan dan melakukan sesuatu yang benar-benar diminati. Dahulu sewaktu bekerja saya berikan segala fokus dan tenaga hanya kepada kerjaya, sekarang ialah masa untuk saya benar-benar menikmati sebuah kehidupan yang lebih tenang. Jangan hidup mengikut kata orang dan hanya uruskan diri sendiri dan keluarga,” jelas anak kepada Datin Maznah Ahmad ini.


TIP CANTIK – Alin
Melihat tutur kata dan gayanya yang lembut, tidak terbayangkan bahawa wanita ini menggemari aktiviti lasak dan tidak boleh duduk diam. Dia mengakui tidak mempunyai rahsia kecantikan yang diamalkan. Hanya mencuci muka dengan betul dan menyapu penyegar dan pelembap mengikut keperluan kulit. Namun Alin amat menitik beratkan kesihatan diri. “Seminggu tiga kali saya menghabiskan masa melakukan senaman yoga atau treadmill. Senaman ini penting untuk pengaliran darah, menguatkan stamina dan penjagaan kesihatan dan kekuatan jiwa.

Selain itu saya juga mengambil beberapa vitamin yang biasa untuk keperluan diri,” ujar Alin. Tidak sunyi kehidupan tanpa cahaya mata, “Saya dan suami tidak meletakkan ia sebagai satu tekanan dalam melayari kehidupan rumah tangga. Saya ada ramai anak buah dan kami cukup rapat. Suasana ini memenuhi ruang kehidupan yang sunyi. Namun tidak dinafi kan, semua pasangan inginkan zuriat tetapi belum lagi rezeki saya dan suami,” jelas Alin dalam nada suara perlahan mengakhiri perbualan kami pada petang itu.

sumber http://midi.karangkraf.com

Cun nya nor azlina ni


Last edited by skymania on 17-10-2013 12:59 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 03:53 PM | Show all posts
xpe. mlm ni cuba lg ye datin alin.

p/s: rajin abg ketiak baca majalah midi ye...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 04:46 PM | Show all posts
masnona posted on 14-10-2013 03:53 PM
xpe. mlm ni cuba lg ye datin alin.

p/s: rajin abg ketiak baca majalah midi ye...:2lo ...

baca komen kau aku terus tengok gambar die. geli aku. hahahaha. bulu tu yg x leh blah

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 04:58 PM | Show all posts
xperlah xder rezeki lg
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 06:22 PM | Show all posts
Takde anaklg ke.. Ingatkan dah 4 5 6 anaknya


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 11:59 PM | Show all posts
Dia mengakui tidak mempunyai rahsia kecantikan yang diamalkan. Hanya mencuci muka dengan betul dan menyapu penyegar dan pelembap mengikut keperluan kulit.


kalau tnya retis/ selebriti mana2 pun ni je lah jawapan ulang tayang yg aku perasan. xde nya nak ngaku sy cucuk botox utk tegangkn muka. kecuali ipa raziah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2013 01:47 PM | Show all posts
maybe boleh cuba berurut dgn bidan... kadang2 rahim tak kuat ke, rahim jatuh ke... kakak saya dulu pun 4 tahun mencuba, habis beribu-ribu dgn fertility centre, tapi akhirnya dgn izin Allah, lepas berurut dgn bidan, menjadi jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 03:36 PM | Show all posts
asal muka camtu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2013 10:03 PM | Show all posts
Dah berumur susah sikit dapat anak.. sabar je lah datin. Btw husband dia ni masa kahwin bujang ke duda?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 10:55 PM | Show all posts
Kalau tak silap aku dia memang ada anak dengan ex-husband dulu. Pernah baca kat paper
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 11:10 PM | Show all posts
Eh alin bukan anak dara  ke b4 kawin dgn dato ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
cruz2 posted on 15-10-2013 11:10 PM
Eh alin bukan anak dara  ke b4 kawin dgn dato ni?

Haah.i tot dia ank dara.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 07:22 AM | Show all posts
masa kawin, alin masih anak dara & dato duda takde anak. baru2 ni jumpa dato .. still as smart as before.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:38 AM | Show all posts
tegangnya muka dia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:41 AM | Show all posts
suka tengok dia ni...sweet je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:44 AM | Show all posts
sweetnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 09:47 AM | Show all posts
cuba lgi tiap2 mlm, jgn tgh dtg bulan pon tarah jugak. kih3
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 12:49 PM | Show all posts
Knowlee posted on 15-10-2013 01:47 PM
maybe boleh cuba berurut dgn bidan... kadang2 rahim tak kuat ke, rahim jatuh ke... kakak saya dulu p ...

Saya setuju...lepas berurut dengan bidan kampung, alhamdullilah walaupun selepas menunggu hampir 9 tahun baru dapat 2nd one.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 03:40 PM | Show all posts
gambar dato tak de ker??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 04:23 PM | Show all posts
selendangungu posted on 16-10-2013 03:40 PM
gambar dato tak de ker??

i la dato nya.. bagai pinang tebelah2 kan n datin azlina ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.923129 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list