GuaAnakMelaka Publish time 2-6-2013 03:07 AM

PETUA MASUK RUMAH BARU

Assalamualaikum dan selamat pagi untuk bukan Islam..........


Sama ada rumah baru ke,rumah sewa jke,rumah pinjam ke....

janji rumah

1.BERSIHKAN NAJIS MUGHOLLAZAH

Kita x taw rumah kita masuk tu dulu2 entah sape tinggal trutama umah sewa.Ada yg bagi anjing tido,basuh pinggan lauk babi dan ntahapa2ntah lg pelbagai najis Mughollazah dalam umat tue...........

Cara yang mudah seperti berikut:1) Tanah hendaklah diambil dari tempat bersih.2) Tanah itu dicampurkan dengan sedikit air. Campuran air dan tanah itu berperanan seperti sabun, perlu digosokkan pada tempat terkena najis. Basuhan itu dikira sekali.3) Ambil air mutlak dan siramkan ke atas bahagian berkenaan sebanyak enam kali lagi.4) Basuhan terakhir (dikira yang ketujuh) itu adalah sebagai bilasan akhir. Inilah cara terbaik boleh dilakukan untuk bersuci.

Mampus jiran2 kata org baru dah ilang akal ke apa?sampai bumbung disamaknya..

2.bacalah bila masuk umah

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

3.Jin yg dikenali sebgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.jadi azan ,solat jemaah dan baca Yasin....kalau larat bacalah 40 kali yasin.....

3.Baca zikir Ma'thuraat ( x taw? ) beli la kat kedai..yg kocik tue RM1.50 jo ....


4.Baca Yasin dan hemnus dalam air sebaldi......basuh luar dalam umah...

5.Setiap penjuru rumah,bacalah ayat Qursi 7 kali setiap penjuru.)x taw ayat Qursi?) pi ngaji ...............

6.Amalkan baca al-Fatihah dan3 Qulsetiap kali lepas solat 5 waktu.

7.Jangan gantung benda2 mengarut untuk pendidinding seperti kain batiuk dah 10 tahun x basuh,keris zaman Hang Tuah dan sdaramaranya...

8.Hari Jumaat kan baik,pindahlah hari Jumaat..........

9.Baca doa masuk rumah


اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسمالله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا ثم ليسلم على أهله

Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia
Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu ssebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik
Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah sesseorang itu membeeri salam ke Atas keluarganaya.”

(Hadis riwayatImam Abu Daud)


10.Baca surah al-Baqarah sepenuhnya.Jangan baca 5 ayat je................


"Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan" (Hadis RiwayatImamAhmad, Tirmidzi, Muslim dan Nasai)




11.Tanda-tanda ada jin dalam rumah



1. Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
2. Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
6.Ditindih oleh jin ketika tidur
7.Nampak bayang-bayang bukan bayang-bayang diri sendiri


12.Rajin2 pasang ayat Quran dalam rumah...............

13.Sebaiknya lepas makan terus basuh kesemua pinggan mangkuk dll terutama sekali waktu malam...

“Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya ia membawa bijana untuk keperluan wudu’ dan untuk hal yang lain. Manakala ia menemui baginda, baginda bertanya siapa ini, aku menjawab saya Abu Hurairah. Sabda baginda : ikut akan daku, carikan batu untuk aku beristinjak, tetapi jangan bawa tulang dan tahi. Maka aku bawakan batu, di hujung bajuku dan aku letakkan di samping baginda. Kemudian aku beredar, apabila baginda telah telah selesai menunaikan hajatnya aku pun bertanya : mengapa tulang dan tahi tidak boleh digunakan. Jawab baginda : keduanya adalah makanan jin”.

Banyak tulang2 makanan di dapur boleh dijadikan makanan oleh jin.Bila basuh semua,tulang dan saki baki buang dalam tong sampah,ikat kemas2....

14.Jika budak2 menangis tengah malam,azankan 7 hingga 10 kali,baca doa yg diajar Nabi sawajar.dulu2 aku dah post doa tue.........

anak laki baca Ka,anak pompuan baca Ki,ghamai anak baca Kum.................


lain2,otai2 boleh tambah...............

lapau betul.............dah 3 pagi bolum makan malam...nak pi dapur jap...tengok apa yg ada utk dimakan.............







farahferrari Publish time 2-6-2013 02:06 PM

alhamdulillah, masa pindah rumah dulu mmng ayah cuci dulu n samak2 satu rumah. then after tu buat majlis solat hajat, bacaan yassin smpena masuk rumah baru. xda lah buat kesemua steps yang ade kat atas tu, tp alhamdulillah xada masalah :)

AwgSagi Publish time 2-6-2013 03:46 PM

Di artikel tu ada hadis2 nabi. Ada tak hadis2 nabi tentang petua pindah rumah atau at least kaedah2 yg nabi buat ketika kempen membersih kaabah selepas penaklukan mekah.

onnabila Publish time 2-6-2013 04:18 PM

Seminggu sebelum saya berpindah masuk ke rumah yang baru siap dibina, saya pasang Ayat Ruqyah dan biarkan ianya terpasang tanpa henti. Esok pagi, saya datang semula dan matikan. Maklumlah, tapak rumah tu dulunya hutan tebal dan macam macam orang jumpa kat kawasan berkenaan. Selepas berpindah masuk, selain saya pagar rumah tu dengan cara yang dinyatakan di atas, saya juga akan buka bacaan Al Quran bermula dari waktu maghrib sehingga keesokannya. Disebabkan dah terbiasa, sampai sekarang saya masih buka bacaan Al Quran.

Syukurlah tak ada apa apa gangguan sepanjang mendiami rumah baru walaupun rumah saya berada di tengah tengah kebun pisang. Orang kata kat pokok pisang ni macam macam ada. Selain tu, saya juga amalkan petua orang tua dulu dulu dengan menanam pokok limau purut dipenjuru rumah selainkan pokok kilo. Kalau apartment susahlah nak tanam pokok kan..

GuaAnakMelaka Publish time 2-6-2013 07:52 PM

onnabila posted on 2-6-2013 04:18 PM static/image/common/back.gif
Seminggu sebelum saya berpindah masuk ke rumah yang baru siap dibina, saya pasang Ayat Ruqyah dan bi ...

pokok kilo?

pokok apakah itu?

maaf,aku mmg x taw.............

GuaAnakMelaka Publish time 2-6-2013 07:55 PM

AwgSagi posted on 2-6-2013 03:46 PM static/image/common/back.gif
Di artikel tu ada hadis2 nabi. Ada tak hadis2 nabi tentang petua pindah rumah atau at least kaedah2...

Specifik tiada,yg ada hny doa masuk rumah...

namun ulama' intinbath dari perlakuan para sahabat dan tabiin...

"Maka peganglah sunnahku,dan sunnah para khulafa' rasyidin..............."

ada berjuta-juta kitabdlm dunia nie..kalau idup 1000 tahun ,xkan habis membacanya............

yg masyhur kitab al-Azkar dan Riadussalihin Imam Nawawi rahimullah.........bacalah kedua-duanya,byk tips dan petua dr Nabi saw berdasarkan hadis sahih,hasan dan daif......



shanshero Publish time 3-6-2013 03:02 AM

gitu ke caranya. good info. by the way apa kaitan limau purut?

gsfreedom1 Publish time 5-6-2013 05:18 PM

nice {:thumbo

lipan_bara Publish time 6-6-2013 09:59 AM

alhamdulillah..bgusnya informasi yg tt berikan..husband i sllu pesan camtu..tiap kali mkn kena basuh pinggan perabis..kasi licin sinki..klu x mlm2 jin2 bermaharajalela..

salimrock Publish time 6-6-2013 01:14 PM

2. Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai..

benda ni, masa wa reamaja dulu selalu dgr kat rumah wa...selain tu, ada bunyi perabot di alihkan...

dn kadang2 tetamu rumah wa pun Nampak benda2 kat luar rumah wa....

tak tau la apa sebabnye..mgkn zaman tu zamanjahil kot...solat pun solat jumaat je...kalo solat 5 waktu...time org tua dtg rumah je...

tp skrg Alhamdulillah takde ..

wa ada jugak berpendapat, mgkn kalo kt tak solat kat rumah, jin setan senang masuk rumah...tp ada gak kawan2 wa yg rajin solat tp ada gak gangguan...mgkn ni kes terpencil je kot...

mamaezah Publish time 6-6-2013 01:16 PM

mama memang pantang kalau malam nak tidur pinggan mangkuk tak cuci berterabur dalam sink! memang mama bising la! dulu masa mola mola masuk rumah, ada gangguan sampai bilik belakang tu (supposed to be master bedroom) tak boleh dihuni langsung, kalau masuk bawak si abang, dia jadi hysteria terus. so mama dan hubby buat...ngaji solat ngaji dan solat tak henti kat situ..pintu tak penah tutup, bersiap pakai baju semua di bilik tu, dalam seramseram meremang bulu roma, buat tak tau pakai jugak baju, makeup bagai...mama siap sound, amboi hang, tak malu betui, orang dah perambat nak duduk lagi, apa punya jenih la ni...hang ni geng firaun kan??? jaga hang, hang usik anak aku, aku bakaq hang!!! alhamdulillah lepas tu tak dak apa dah...mama bukak IKIM tak penah tutup sampai sekarang..alhamdulillah sekarang bilik tu dah ok...sengaja time azan, mama naikkan volume radio, masa bulan posa last year mama boleh buat kuih raya sorang sorang kat belakang, sambil dengaq baqarah.

dibandingkan dengan masa mola masuk...suram, seram kelam....berdiri di dapur ja dah terasa bermacam macam.

oh_mai_GOAT Publish time 6-6-2013 02:41 PM

Nice tips....kebetulan aku tgh mencari rumah sewa
Nanti pindah boleh amalkan

sumimanis Publish time 6-6-2013 04:54 PM

aku dulu pindah rumah (4 Mac 2012) mmg lakukan mcm yg TT sarankan tu..Alhamdulillah sehingga kini tiada sebarang gangguan dan kesulitan..selang bbp hari aku sampai sekarang masih pasang ayat Al-Quran terutama Al-Baqarah..tahan 3 hari katanya (perlindungan dari gangguan jin n syaitan) sbb dah terbiasa dari mula pindah...

R.A.M.A_mirror Publish time 7-6-2013 12:03 PM

onnabila posted on 2-6-2013 04:18 PM static/image/common/back.gif
Seminggu sebelum saya berpindah masuk ke rumah yang baru siap dibina, saya pasang Ayat Ruqyah dan bi ...

ooo..patot la umah aku ad pokok limau purut..pokok tue da besar sampe akar2 keluar dari pasu pon my parents xwat buat per2..
nie la kot sbabnyer..


ayahlang Publish time 7-6-2013 03:02 PM

Orang kata pokok pisang tempat hantu suka.Betul ke? Apa kena mengena hantu dengan pokok pisang?

wajaman Publish time 11-6-2013 02:59 PM

ayahlang posted on 7-6-2013 03:02 PM static/image/common/back.gif
Orang kata pokok pisang tempat hantu suka.Betul ke? Apa kena mengena hantu dengan pokok pisang?

tu,zombie kampung pisang...;P

layna Publish time 30-6-2013 06:11 PM

tq for da info :loveliness:

GuaAnakMelaka Publish time 30-6-2013 06:19 PM

layna posted on 30-6-2013 06:11 PM static/image/common/back.gif
tq for da info

u r welkammm

layna Publish time 30-6-2013 06:37 PM

GuaAnakMelaka posted on 2-6-2013 07:52 PM static/image/common/back.gif
pokok kilo?

pokok apakah itu?


kalau mkn daun kilo tu mcm tu aje pn byk khasiatnya..kalau nk amal mkn 7 hlai daun stiap hari (kalau x silap laa...sbb kwn ayh prnh kasi tau dlu)..{:3_91:}

ilahkhatibrani Publish time 1-7-2013 09:10 AM

Assalammualaikum...

selain limau purut..limau belacan pun boleh .dan juga limau yg warna kuning tu lemonade....selain dapat menjimatkan duit ...maksud sonang nak wat apa yg patut bila nak masak...:loveliness:
Pages: [1] 2 3
View full version: PETUA MASUK RUMAH BARU


ADVERTISEMENT