misssakura Publish time 26-11-2012 06:09 PM

terdabel post pulak{:mlshy:} Last edited by misssakura on 26-11-2012 06:24 PM

misssakura Publish time 26-11-2012 06:15 PM

Shazrina dan Aliff bersantai di taman permainan berhampiran sekolah setelah secara kebetulan mereka bertemu di terminal one Seremban tengahari tadi.. setelah selesai membeli barang keperluan, mereka sama-sama pulang ke rumah masing-masing...
“awak selalu ke keluar sorang-sorang kalau pergi beli barang?” Tegur Aliff sambil menghayun buaian.. nasib baik suasana agak redup, kalau tidak tiadanya dia dan Shazrina mahu menyinggah ke taman permainan terlebih dahulu sebelum balik ke rumah masing-masing.
“biasanya dengan Farah... tapi hari ni dia ada hal dengan family dia, so tak boleh la...lagi pon saya ada barang urgent nak dicari sebab tu pergi jugak walaupun sorang-sorang. Lagipun bukan jauh sangat terminal one tu...” jelas Shazrina.
“kenapa tak pergi dengan mak dengan ayah awak?” Tanya Aliff pula.
“hari sabtu macam ni klinik buka jer... esok baru diorang cuti.”
“bukan apa... bahaya jugak orang perempuan muda macam awak ni jalan sorang-sorang macam tu... next time kalau tak ada kawan, ajak saya pon tak pe..” nasihat Aliff perlahan. Shazrina tersengih mendengar jawapan dari Aliff.. semenjak kejadian yang memalukan di kantin baru-baru ini hubungan dia dan Aliff semakin rapat. Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama... dia, Aliff dan Farah sudah menjadi satu geng study group.
“risau jugak ek awak pasal saya...” usik Shazrina dengan senyuman kecil.
“kalo bukan saya yang risau pasal awak siapa lagi...” balas Aliff selamba. Shazrina terdiam namun jauh disudut hatinya gembira dengan jawapan Aliff yang belum tentu ikhlas.
“lepas SPMnanti awak nak sambung mana?” Aliff memecahkan kesunyian yang tiba-tiba menjengah. Dijeling raut wajah Shazrina yang berada disebelahnya.
“masuk matrik kot... sebab tu je jalan yang paling cepat nak dapat degree.”
“awak?”
“tak pasti lagi...” jawab Aliff tenang.
“awak nak buat degree apa Shaz?”
“insyaAllah pendidikan... saya minat sangat nak jadi cikgu. Kalau boleh cikgu kimia.”Terang Shazrina bersama senyuman mekar dibibir.. terbayang saat-saat dia bakal bergelar seorang guru.
“saya ingatkan awak nak jadi doctor jugak... macam mama dan papa awak... lagi pon dengan keputusan awak sekarang ni memang layak awak nak apply bidang perubatankan.”
“tak minat la... belajar biologi tu pon kadang-kadang macam terpaksa.. inikan pulak nak ambik bidang perubatan... awak pulak nak ambil jurusan apa?” giliran Shazrina pula bertanya. Aliff tersengih-sengih bak kerang busuk mendengar pertanyaan Shazrina.
“kalau saya cakap awak jangan gelak!” minta Aliff dengan wajah yang segan namun jelas ada keceriaan dimatanya.
“apa pulak saya nak gelak... cakap lah.. jangan cakap nak jadi bapak ayam sudah.. tu bukan saya gelak tapi memang kena tepuk sekalilah...”
“sekali jer? Boleh lah kalau macam tu...” Aliff melawak... Shazrina memasamkan mukanya kerana dipermainkan Aliff namun turut sama tergelak apabila mendengar ketawa dari Aliff.
“ala awak ni... serius la.. main-main pulak.” Marah Shazrina namun manja bunyinya.
“ye ye ye... saya nak ambik bidang masakan...” Balas Aliff akhirnya.. Shazrina buat muka tidak percaya...
“lelaki macho macam awak minat memasak?” bukan Shazrina nak memperlekehkan minat Aliff namun kelakar bunyinya.. bukankah memasak lebih sinonim dengan orang perempuan sepertinya.. tapi malang dia tiada kelebihan itu.
“aik...sejak bila lelaki lembut je boleh minat memasak...” Aliff membidas geram.....pantang betul orang mempersendakan minatnya dalam masakan.
“eh bukan macam tu maksud saya... cuma tak sangka jer... saya ingatkan awak ni jenis yang minat wiring, technician sume tu.. memasak rupanya minat awak..”pujuk Shazrina tatkala menyedari Aliff agak marah apabila minatnya dalam bidang masakan dipersoalkan. Aliff mengeluh perlahan dan tersenyum mesra.
“bukan awak je yang terkejut... mak saya pon sama... tak pelik kalau awak fikir macam tu.” Aliff membalas lembut setelah mula terasa bersalah meninggikan suara seketika tadi.... dia tidak mahu berjauh hati dengan kata-kata Shazrina sedangkan ibunya sendiri pernah marahkannya kerana ingin mengambil jurusan masak memasak.
“sekurang-kurangnya awak ada cita-cita... ada aim dalam hidup... kat luar sana tu ramai je pelajar yang sebaya kita tak kiralah cerdik atau pun biasa-biasa je tetapi tiada tujuan dalam belajar... kadang-kadang belajar sebab nak pass exam je... sebab tu diorang tak rasa kemanisan belajar ni.” Ujar Shazrina lembut... matanya memerhati sekitar taman permainan yang agak luas.. kemudahan permainan disini masih lagi elok terjaga dan kemas. Aliff mengangguk tanda setuju... dulu pun dia salah satu kategori yang disebutkan oleh Shazrina dan alhamdullilah dia cepat sedar... dia kini mahu yang terbaik untuk dirinya dan ibunya sahaja.
“jom balik..”ajak Shazrina apabila sedar langit semakin mendung..awan hitam kelihatan berarak dan hanya menunggu masa sahaja untuk menumpahkan isinya.
“jom la... macam nak hujan je..” sokong Aliff lalu sama-sama Shazrina menuju jalan pulang.
Last edited by misssakura on 26-11-2012 06:23 PM

sellie003 Publish time 27-11-2012 08:25 AM

misssakura posted on 26-11-2012 05:11 PM static/image/common/back.gif
hehehe... pakat2 speku la

ahaks...speku farah ler kan...rasanya pershbtn shaz & farah pasti berantakn...

fatehana Publish time 27-11-2012 09:26 AM

misssakura posted on 26-11-2012 05:18 PM static/image/common/back.gif
bestnye kalo boleh wat versi cetak.... tp ending pon x tahu kt mne lagi nih
okey saku ...

pe kata wat ending dulu then brlah idea dtg mencurah2 smp x cukup tgn kaki nak menaip ;P

camner pun ana ttp setia menunggu
suka dgn persahabatan diaorg tp kemanisan mcm akan jadi pahit jer nnt :$

shahrinas Publish time 27-11-2012 09:41 AM

pasal apa je yg ALIF bengang betul kat SHAZ... :L

misssakura Publish time 27-11-2012 10:42 AM

sellie003 posted on 27-11-2012 08:25 AM static/image/common/back.gif
ahaks...speku farah ler kan...rasanya pershbtn shaz & farah pasti berantakn...

a'ah... psl farah je yg ada..hehe{:mlpomelo:}


misssakura Publish time 27-11-2012 10:43 AM

fatehana posted on 27-11-2012 09:26 AM static/image/common/back.gif
pe kata wat ending dulu then brlah idea dtg mencurah2 smp x cukup tgn kaki nak menaip

camner ...

idea nk wat ending tu dh ade... idea nk menaip tu x de..:'(:'(

misssakura Publish time 27-11-2012 10:44 AM

shahrinas posted on 27-11-2012 09:41 AM static/image/common/back.gif
pasal apa je yg ALIF bengang betul kat SHAZ...

dh dkt dh nk tahu tu...:shutup:

misssakura Publish time 27-11-2012 10:45 AM

“awak dah study sudut dongakan dan sudut tunduk?” soal Shazrina terhadap Aliffl embut. nota matematik moden dibuka dan diletakkan dihadapannya. Aliff mengangguk.
“dah...susah jugak sebab kena banyak imagine... tapi alhamdullilah boleh la setakat ni... awak?” jawab Aliff penuh berhemah.. Shazrina tersenyum senang.. banyak perubahan yang sudah dibuat oleh Aliff.. Aliff jauh berbeza dengan Aliff yang pertama kali ditemui di tangga lebih kurang 2 bulan yang lepas. Aliff kini jelas lebih berkarisma dan berkeyakinan... bukan dia sahaja yang menyedari tentang perkara itu malah ramai pelajar termasuk guru-guru memuji perubahan positif yang agak drastic berlaku ke atas Aliff... Malah, Aliff kini menjadi pelajar yang digilai ramai kerana mempunyai pakej yang lengkap... kacak, pandai dan nakal!
“alhamdullilah dah... kalo macam tu boleh kita buat latihan sama-sama... kita tengok sapa yang lagi power.. nak?” ajak Shazrina.. kadang-kadang suasana belajar menjadi lebih menarik kalau terdapat saingan yang sihat...
“boleh jer... kalo sapa kalah dia kena belanja ais krim.. okey?” Aliff pula membuat cabaran. Shazrina mengangguk setuju.. mereka meletakkan masa selama satu jam untuk menjawab soalan yang terdapat didalam buku rujukan.
********

“nah.” Shazrina menghulurkan ais krim cone yang dibeli dikedai berhampiran sekolah...mereka sama-sama berjalan untuk menuju ke rumah masing-masing.. menjadi kelebihan kerana mereka menggunakan jalan yang sama... jalan raya agak sunyi memandangkan sudah pukul 4 petang.
“thank...” balas Aliff sambil mengambil ais krim yang di hulur oleh Shazrina..pertandingan menjawab soalan tadi dimenangi oleh dirinya. Rasa tak percaya pula dia berjaya mengalahkan pelajar terbaik sekolah.
“bangga la tu...” ejek Shazrina apabila perasan wajah Aliff yang tersengih-sengih sejak keputusan pertandingan mereka tadi dibuat...
“mestilah.. bukan selalu dapat kalahkan best student..” usik Aliff.. Shazrina mencebik.. malu pon ada apabila dia kalah dengan pelajar kelas paling corot..tapi, apabila ditilik sebenarnya Aliff bukanlah tidak pandai tetapi hanya malas sebelum ini.. betul kata Farah!
“eleh... macam pandai sangat..” bebel Shazrina perlahan namun masih didengari oleh Aliff.. Aliff tersengih cuma mendengar bebelan dari Shazrina.
“kalo saya tak pandai... awak lagi tak pandai sebab awak kalah dengan saya!” giat Aliff lagi dengan ketawa riang.. suka dia kalau dapat mengenakan Shazrina.. tak sangka selepas hampir 11 tahun belajar disekolah akhirnya merasa juga dia perasaan gembira ke sekolah. Selama ini, dia sibuk membuat perangai demi untuk dibuang sekolah... baginya sekolah adalah suatu yang membosankan dan tidak menarik.
“ooo tak pe.. kita tengok lah lepas ni sapa lebih pandai...” jawab Shazrina tidak puas hati.
“Okey fine.” Suasana sunyi seketika selepas balasan dari Aliff.
“Shaz...” panggil Aliff perlahan demi mengusir suasana yang tiba-tiba menjadi kaku antara mereka. Shazrina memandang kearah Aliff... mengguna kuasa matanya meminta Aliff menyambung kata-kata.
“kita punya percubaan dah dekatkan...” Aliff berkata dengan nada yang teragak-agak. Shazrina menghentikan langkah lalu memandang wajah Aliff dengan kerutan didahi.. tidak faham apa yang cuba Aliff sampaikan kepadanya.
“so?” soal Shazrina ringkas..ais krim ditangannya terus dinikmati dengan lahap...
“sudi tak awak...............” ayat Aliff yang agak tergantung itu buat dada Shazrina bergelora. Dia nak luahkan perasaan ke? Shazrina menelan liur satu persatu...cuba menenangkan rasa getar didalam jiwa.
“sudi tak apa?” Shazrina memberanikan diri bertanya. Aliff menarik nafas panjang untuk meluahkan keinginan dihatinya. Wajah Shazrina dipandang serius.
“kalo saya berjaya masuk dalam top 10 result keseluruhan percubaan nanti, sudi tak awak jadi girlfriend saya?” Aliff membalas laju.. tebal rasa kulit wajahnya meluahkan isi hati yang terpendam. Shazrina diam.. wajahnya turut memerah menahan malu.
“boleh tak?” Tanya Aliff lagi. Shazrina diam. Cuba menimbang baik buruk perkara yang bakal dibuat. Kalau ikutkan hati memang dia sudah mula menyukai Aliff tetapi bukankah mereka bakal menempuh SPM tidak lama lagi.. satu keluhan perlahan dilepaskan. Aliff dapat merasa Shazrina tidak menerima tawarannya mungkin gadis ini tiada perasaan padanya.
“boleh..” jawapan pendek lagi ringkas dari Shazrina mengejutkan Aliff... terkebil-kebil dia melihat kearah Shazrina dengan wajah yang tidak percaya. Melompat kegembiraan Aliff mendengar persetujuan Shazrina untuk menjadi kekasihnya sekiranya dia berjaya tersenarai dalam top 10 pelajar terbaik sekolah.
Last edited by misssakura on 27-11-2012 10:52 AM

misssakura Publish time 27-11-2012 10:53 AM

Shazrina berdebar-debar sendiri... bukan keputusan percubaannya yang dirisaukan tetapi Aliff... adakah Aliff berjaya menempatkan diri dalam top 10 pelajar terbaik disekolah mereka?
“asal kau nampak nervous semacam je? Aku rasa kita dah boleh agak kau dapat nombor satu melalui markah-markah yang kau dapat.” tegur Farah... jelas dimatanya Shazrina kelihatan gabra untuk melihat keputusan yang sudah pon ditampal pada papan kenyataan..
“bukan result aku yang dirisaukan sekarang...”
“habis tu result siapa? Baik bebenor kau tolong risaukan result orang lain...” sela Farah selamba.. ketawa mengekeh dirinya dengan kata-kata sendiri.. Shazrina tersengih.. agak terhibur dengan kata-kata lucu dari Farah.
“Aliff...”
“dah kenapa kau nak risau result dia?” potong Farah cepat apabila Shazrina melontarkan segaris nama lelaki yang disukainya.. hatinya mula tidak senang melihat sikap Shazrina yang kononnya nervous untuk melihat keputusan Aliff....siapa Shazrina untuk gabra lebih berbanding Aliff? Mengada-ngada jer lebih! Kutuk hati Farah tatkala hatinya diamuk rasa cemburu.
“kalau aku bagitau kau jangan terkejut...” permulaan ayat dari Shazrina buat Farah mula berdebar.. terasa boleh mengangak apa yang bakal Shazrina luahkan padanya.
“kenapa aku mesti terkejut? Ceritalah.” Suruh Farah... satu senyuman kurang ikhlas dilemparkan kepada Shazrina.. hatinya sudah mula menggelegak meski pun perkara sebenar belum lagi terluah.
“aku akan jadi girlfriend Aliff kalo dia berjaya tersenarai top 10 sekolah.” Jelas Shazrina... Farah yang mendengar kata-kata Shazrina terhenti langkahnya. Dipandang wajah Shazrina dengan riak terkejut namun jauh dihatinya terasa amat terbakar.
“tengok kau pon terkejut...aku rasa aku dah mula suka kat dia... dia tak sama seperti yang aku bayangkan sebelum ni.” sambung Shazrina perlahan.. Farah diam disebelah Shazrina tanpa berkata apa-apa.. Shazrina menjeling kearah Farah sambil mengerutkan dahinya... pelik apabila mendapat respon bisu dari kawan baiknya.
“kau kenapa diam je? Tak nak komen apa-apa ke? Okey ke tak okey ke?” soal Shazrina pelik.
“ikut kau la Shaz... kalau kau rasa okey, okey la... kalau tak okey tak kan kau terima dia kan...” balasan dingin dari Farah buat Shazrina tersentap.. aik kenapa Farah macam marah je? Dia cemburu ke? Entah-entah dia ada hati pada Aliff..
“kau suka Aliff ke?” soal Shazrina teragak-agak... dipandang wajah Farah.
“apa pulak kau merepek? Mana ada.” dalih Farah apabila mula menyedari dia terlalu emotional.
“dah tu asal macam cemburu jer..” bidas Shazrina.
“aku bukan cemburu... tapi ye la kitakan dah nak SPM tapi kau boleh pulak nak bercintan-cintun masa nak exam nih.. karang hilang pulak focus nak exam.” Farah beralasan.. mustahil dibiarkan Shazrina tahu rasa hatinya lagi-lagi apabila melihat Aliff dan Shazrina semakin rapat semenjak dua menjak ini.. malah dia dapat rasakan Aliff menyukai Shazrina bukan dirinya.. mustahil dia mahu memalukan diri disaat dirinya hanyalah insan ke 3 dalam hubungan mereka..
“insyaAllah aku akan cuba tidak hilang focus...” balas Shazrina lembut.. apa pon yang berlaku dia akan letakkan Aliff nombor 3 didalam hidupnya kerana yang pertama dia akan utamakan mama dan papa, ke dua pelajaran dan yang ketiga barulah Aliff.
Last edited by misssakura on 27-11-2012 10:59 AM

fatehana Publish time 27-11-2012 11:07 AM

misssakura posted on 27-11-2012 10:43 AM static/image/common/back.gif
idea nk wat ending tu dh ade... idea nk menaip tu x de..

mohtipppppp dah ada idea nak wat ending tp xde idea nak menaip pulak :curse:
jgnlah biarkan diriku diselubingi misteri shazrina -aliff-farah :'(:'(

fatehana Publish time 27-11-2012 11:07 AM

misssakura posted on 27-11-2012 10:44 AM static/image/common/back.gif
dh dkt dh nk tahu tu...

dah dekat tp xtaw lg ;P

fatehana Publish time 27-11-2012 11:08 AM

mohtipppppppppppp ana pun berdebar2 dgn rasa x keruan nie :L

misssakura Publish time 27-11-2012 11:10 AM

fatehana posted on 27-11-2012 11:07 AM static/image/common/back.gif
mohtipppppp dah ada idea nak wat ending tp xde idea nak menaip pulak
jgnlah biarkan dirik ...

nk mengarang tu x de idea...{:sighotp jngn riso sakura akn berusaha bersungguh2{:studyhardo:lol::lol:

fatehana Publish time 27-11-2012 11:21 AM

misssakura posted on 27-11-2012 11:10 AM static/image/common/back.gif
nk mengarang tu x de idea...tp jngn riso sakura akn berusaha bersungguh2:l ...

yealah usaha tangga kejayaan ;P

sellie003 Publish time 27-11-2012 12:02 PM

misssakura posted on 27-11-2012 10:42 AM static/image/common/back.gif
a'ah... psl farah je yg ada..hehe

jgn kerna lelaki diorg gaduh...hmmm...tp tulah kan...{:limpocinta x kenal siapa...cewah..


Cik_Andak Publish time 27-11-2012 08:56 PM

Bila TT mau sambung lagi????
tersangkot cik kt cni...hehehehe

shahrinas Publish time 28-11-2012 08:46 AM

makin nak dekat konflik yg melanda ALIF ngan SHAZRINA nie...

misssakura Publish time 28-11-2012 10:43 AM

sellie003 posted on 27-11-2012 12:02 PM static/image/common/back.gif
jgn kerna lelaki diorg gaduh...hmmm...tp tulah kan...cinta x kenal siapa...cewah..

demi cinta terpaksa mereka digaduhkan... {:runo{:runo

misssakura Publish time 28-11-2012 10:46 AM

Cik_Andak posted on 27-11-2012 08:56 PM static/image/common/back.gif
Bila TT mau sambung lagi????
tersangkot cik kt cni...hehehehe

dh nak sambung ni.. selamat membaca{:childlikeo
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16 17
View full version: MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH


ADVERTISEMENT