sellie003 Publish time 29-11-2012 11:09 AM

misssakura posted on 29-11-2012 11:02 AM static/image/common/back.gif
Shazrina melangkah kearah perpustakaan pada waktu rehat. Dia sekadar mahu menghantar buku rujukan ya ...

Syahdunya dirsakn...{:imissosian alif x tau ujung pangkl...hmmm...

misssakura Publish time 29-11-2012 11:11 AM

sellie003 posted on 29-11-2012 11:09 AM static/image/common/back.gif
Syahdunya dirsakn...sian alif x tau ujung pangkl...hmmm...

itu la pasal... jht sungguh farah tu.. talam bermuka2:huffy... emo pulak penulisnya..hehe;P;P

fatehana Publish time 29-11-2012 11:13 AM

misssakura posted on 29-11-2012 10:38 AM static/image/common/back.gif
mungkin... x de mknanya nk tmbah watak baru... watak sedia ada pon x larat nak kar ...

klu xde watak baru then kawan shazrina ke yg bakal menjadi suri di hati aliff
sbb sakura gak kata xde sapa yg dpt aliff antara dua sahabat tue
melainkan kawan shazrina yg sama2 mengajar tue
atau watak tempelan aje
huhuhu banyak benor spekurama ana nie ;P

sellie003 Publish time 29-11-2012 11:15 AM

misssakura posted on 29-11-2012 11:11 AM static/image/common/back.gif
itu la pasal... jht sungguh farah tu.. talam bermuka2... emo pulak penulisnya..hehe

Huhu...tau xpe...emo penulis melebihi emo yg tukang baca....:2lol:

fatehana Publish time 29-11-2012 11:16 AM

misssakura posted on 29-11-2012 11:11 AM static/image/common/back.gif
itu la pasal... jht sungguh farah tu.. talam bermuka2... emo pulak penulisnya..hehe

kenapa farah jahat sgt
dan naper aliff yg kena penangannya
sian kat aliff {:cryruno

misssakura Publish time 29-11-2012 11:19 AM

sellie003 posted on 29-11-2012 11:15 AM static/image/common/back.gif
Huhu...tau xpe...emo penulis melebihi emo yg tukang baca....

nak ambil feeling kekdahnya:lol:

misssakura Publish time 29-11-2012 11:21 AM

fatehana posted on 29-11-2012 11:16 AM static/image/common/back.gif
kenapa farah jahat sgt
dan naper aliff yg kena penangannya
sian kat aliff

itu bru sikit farah punya perangai... jom sakura tmbh sikit lagi:P

misssakura Publish time 29-11-2012 11:22 AM

“Shaz.............. awak tak boleh buat saya macam ni. Sekurang-kurangnya beritahu saya kenapa awak nak kita berpisah!!” tinggi suara Aliff... dia kebetulan terserempak Shazrina dan Farah ketika masing-masing dalam perjalanan pulang ke rumah... kini mereka berada di taman permainan yang berdekatan dengan sekolah. Farah duduk menjauhi pasangan itu... memberi ruang dan peluang untuk mereka berbincang status hubungan mereka buat kali terakhir. Senyuman sinis tidak lekang dibibirnya.
“awak tak faham ke Aliff? Sebulan lagi kita dah nak periksa... ada baiknya kita focus kepada benda yang lebih penting.. saya tak nak tumpuan saya terganggu hanya kerana awak..”
“itu je alasan? Kalau macam tu kenapa awak tak tolak awal-awal lagi permintaan saya ni dulu... lagi pon dah hampir sebulan kita bercinta! Takkan baru seminggu ni awak terfikir tumpuan awak akan terganggu sebab bercinta... come on la Shaz...give me a concrete reason please!” marah Aliff... hati dan perasaannya bukan main-main.. sayangnya terhadap Shazrina adalah benar... tapi kenapa Shazrina perlu main tarik tali dengannya.
“sebab masa tu saya tak terfikir semua ni.....” Aliff tergelak mendengar jawapan Shazrina... sinis... jawapan bodoh baginya.
“tak terfikir? Saya tak rasa awak jenis macam tu... beritahu saya perkara sebenar Shaz... kenapa awak nak putus? Saya ada buat salah ke?”
“ya Allah... berapa kali saya nak cakap yang saya tak bersedia... banyak lagi perkara penting yang kita kena buat sekarang... kita nak exam tak lama lagi tau... lepas tu nak sambung belajar lagi... kita tak ada masa untuk bercinta semua ni... lagi pon apa tujuan awak nak bercinta dengan saya? nak kawin?” bidas Shazrina...
“yup nak kawin... kenapa? Awak bercinta dengan saya suka-suka jer ke? Tak ada motif nak kawin ke?”
“tapi kita baru 17 tahun la Aliff... masih awal untuk semua tu...”
“saya tak kata nak kawin sekarang tapi harapan saya awak orang yang akan saya kawin nanti... selepas saya berjaya, ada kerjaya semua tu.... awak lah orang yang akan saya pinang... saya tak bercinta dengan awak hanya untuk suka-suka!” tegas Aliff... dipandang tepat wajah Shazrina yang memandangnya dengan kerut seribu...
“lagi pon, salah ke kalau kita bercinta sambil-sambil nak exam, sambung belajar semua tu? Tak boleh ke?” sambung Aliff lagi... dia mahu Shazrina berfikir lebih jauh tentang hubungan mereka.
“mungkin bagi awak tak apa... tapi bagi saya tak boleh... saya bukan manusia yang boleh buat banyak perkara dalam satu masa... untuk masa sekarang otak saya hanya tertumpu pada exam... itu je.” Balas Shazrina perlahan... dia berharap Aliff faham walaupun semua ini bukan dari hatinya... dia sendiri sedang menangis untuk perpisahan ini.
“kalau tak boleh kenapa awak setuju sebelum ni? Takkan awak tak fikir masak-masak pasal tawaran saya tu... awak boleh je tolak kalau awak nak hari tu... saya tak paksa awak untuk terima saya jadi kekasih awak.”
“maafkan saya Aliff.... saya betul-betul mintak maaf pasal tu. Saya tahu saya silap kerana tak menolak dari awal... tapi saya betul-betul tak boleh nak bercinta buat masa ni... saya rasa terganggu... emosi rasa tak tenang... saya nak kembali ke zaman single saya!” luah Shazrina...
“kita kawan je la Aliff... kita fikir semula pasal hubungan kita ni dimasa akan datang. Kalau ada jodoh kita tetap bersama...” tambah Shazrina. Mungkin masa itu mama dan papanya sudah tidak kisah kalau dia bercinta! Dan mungkin pada masa itu Aliff juga sudah boleh membuktikan dirinya tidak seperti yang mama dan papa fikirkan. Aliff diam mendengar jawapan dari Shazrina... hancur luluh hatinya mendengar kata-kata gadis kesayangannya itu.. semudah itu sahaja Shazrina mahu meninggalkannya setelah buat hatinya betul-betul sayang.. kalau Shazrina tidak menerimanya dulu mungkin dia tidak sekecewa ini. Shazrina berlalu pergi meninggalkan Aliff yang diam tidak berkutik... dia terus pulang tanpa memandang ke belakang dengan titisan air mata yang berjurai. Mungkin masa ini tak sesuai Aliff... tapi tunggulah saya untuk beberapa tahun lagi... dan masa tu tiada siapa lagi boleh halang cinta kita... bisik hatinya sendiri.
Last edited by misssakura on 29-11-2012 11:27 AM

misssakura Publish time 29-11-2012 11:28 AM

Aliff masih lagi berteleku merenung padang permainan meski pun kini matahari tegak dikepala... jam sudah menginjak ke pukul 3 petang... semenjak Shazrina pergi meninggalkannya beberapa minit yang lalu, seluruh daya dan tenaga seolah-olah disedut pergi.. namun, khayalannya sedikit terganggu dengan sentuhan seseorang pada bahunya. Aliff memusingkan wajah.. mahu melihat siapa yang menegurnya.
“Farah....” Aliff menyeru nama gadis itu lembut... sangkanya Farah sudah pulang bersama-sama Shazrina sebentar tadi. Wajah Farah yang sentiasa tersenyum direnungnya.
“boleh saya duduk kat sini...” minta Farah sopan. Meminta keizinan dari Aliff untuk duduk disebelah jejaka itu... bangku yang mengadap taman permainan itu disapu lembut.. membuang segala habuk dan debu yang melekat.
“bukan kerusi saya... duduk je la..” Jawab Aliff pendek namun ada sedikit dingin dalam kata-katanya. Dia sebolehnya mahu bersendiri tanpa gangguan.. Farah duduk setelah diberi kebenaran.
“Aliff kalau saya cakap satu benda boleh...” minta Farah lagi... Aliff memandang kearah Farah yang sedang merenungnya. Tergelak kecil meski pun ketawa itu kedengaran sumbang. Kurang keikhlasannya.
“awak ni kenapa dari tadi mintak kebenaran dari saya? kitakan kawan... tak perlu nak minta izin sangat...” Farah tersengih mendengar balasan dari Aliff.
“haa...ni baru Aliff yang saya kenal... tak main la monyok-monyok macam tu...” usik Farah. Cuba menceriakan suasana dan hati Aliff.. untung-untung boleh membuatkan hati Aliff terpikat padanya. bukankah itu rancangan asalnya.
“hmm apa yang awak nak cakap?” soal Aliff... berbalik kepada tujuan utama si cantik manis ini menemuinya. Farah diam seketika... menarik nafas perlahan dan menghembusnya satu persatu...
“sebenarnya perkara ni berat sikit nak cakap... tapi saya tak ada niat lain..oleh kerana saya sayangkan awak... saya sayangkan Shaz... jadi saya nak yang terbaik untuk awak berdua.” Farah memulakan bicara... dia tidak mahu Aliff mencurigainya sekiranya dia terlalu terburu-buru. Aliff mengerutkan dahi tanda tidak mengerti percakapan Farah namun permulaan gadis itu buat dia tertanya-tanya dan tidak bosan untuk terus menadah telinga.
“apa maksud awak...”
“saya tahu awak dan Shaz dah putus dan awak cuba kembali kepadanya... betulkan??”Tanya Farah pendek meski pun sudah tahu jawapannya. Aliff mengangguk memberi jawapan.. digunakan isyarat mata supaya Farah meneruskan kata-katanya yang masih tergantung.
“saya kawan baik Shaz dan apa yang saya cakap ni bukanlah nak burukkan dia mahu pun melagakan korang berdua..... saya hanya nak cakap kebenaran supaya awak tak terus menaruh harapan terhadap dia.. saya tak nak awak kecewa dan membuang masa untuk Shaz sebab awak pun kawan saya.. saya nak kedua-dua kawan saya gembira... lagi pon sikap awak yang terlalu menggesa Shaz membuatkan dia lebih rimas dan tidak selesa jer...” sambung Farah lagi. lebih membuatkan hati Aliff melompat ingin tahu.
“saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan... detailkan lagi.” minta Aliff.
“Shaz minta putus dengan awak bukan sebab dia tak bersedia untuk bercinta...”
“habis tu sebab apa?” potong Aliff... dia sendiri merasa ada perkara lain yang disembunyikan oleh Shazrina... dia tidak rasa alasan tidak bersedia itu merupakan faktor utama perpisahan mereka.
“perasaan Shaz terhadap awak semakin berkurang disebabkan awak sendiri... selain dari factor keluarga awak yang tidak setaraf dengan keluarga dia, keturunan keluarga awak pon menjadi salah satu factor perasaannya semakin pudar.”
“apa maksud keturunan keluarga? Saya tak faham...” soal Aliff dengan perasaan yang berdebar. Namun hatinya seolah-olah mengerti apa yang cuba disampaikan Farah.
“awak jangan terasa tau apa yang saya nak cakap ni...” ucap Farah terlebih dahulu.
“berterus terang je la Farah... tak ada sebab saya nak terasa dengan awak...”
“Shaz tak boleh terima awak anak penagih dadah. Dia geli dan jijik bila dengar tentang kenyataan tu. Lagipon, dia takut awak akan ulang perkara yang sama. bapak borek anak rintik lebih kurang macam tu la maksud dia... dan dia tak nak nanti nasib dia sama macam mak awak.. dia tak nak jadi bodoh macam mak awak yang sanggup kawin dengan penagih dadah macam abah awak hanya kerana cinta...” tepat tekaan Aliff. Dia sedar, perangai Shazrina mula aneh selepas kisah keluarganya disingkap.. hatinya hampir gugur mendengar cerita dari Farah yang memandang kearahnya penuh simpati.
Sampai hati Shazrina... sanggup menghinanya dan yang penting menghina ibunya! Dia tidak akan maafkan gadis itu! Perempuan yang menghina emaknya akan mendapat balasan yang setimpal.. kalau bukan hari ini,esok lusa pasti dia akan merasanya juga. Dia tidak pelik bagaimana Farah tahu tentang bapanya seorang penagih dadah sedangkan tiada orang lain tahu perkara itu selain Shazrina... pasti Shazrina sudah mengumpat dan mengejinya didepan Farah kerana Farah adalah kawan baiknya.. tak sangka perempuan berwajah cantik,berotak pandai seperti Shazrina memiliki peribadi yang sangat jijik dan kotor..
“awak jangan lah buat muka macam ni. Buat saya rasa bersalah jer cerita semua ni kat awak.. saya tahu Shaz tak terniat pon nak cakap semua tu.. awak tahulah kan mulut dia macam mana... kadang-kadang dia main cakap jer tapi hati dia tak macam tu. Mungkin sebab dia dah tawar hati dengan awak... pasal family awak tu mungkin alasan dia saje untuk berpisah dengan awak... jadi, awak berhentilah berharap... saya tak nak tengok kedua-dua kawan saya sedih. Tu je.” Tokok Farah lagi... wajah Aliff yang agak tegang dipandangnya sekilas.. tersenyum apabila misinya semakin berjaya.. mungkin juga sudah ‘checkmate!” dia tahu tentang bapa Aliff seorang penagih dadah pon secara kebetulan.. dia terdengar perbualan Aliff dan Shazrina semasa diperpustakaan baru-baru ini..
Aliff mengeluh kecil mendengar jawapan dari Farah.. dia tahu kata-kata Farah itu sekadar menutup keburukan yang sudah dibuat Shazrina mungkin juga cerita dari Farah ini sudah ditapis 80 peratus.. entah-entah dihadapan Farah lagi teruk Shazrina mengeji dia dan ibu.. Farah kan kawan baik Shazrina.. pasti gadis itu sedaya upaya melindungi Shazrina!
“thank Farah... saya tahu niat baik awak dan saya tahu perasaan awak yang tersepit antara dua sahabat... tindakan awak ni betul. Sekurang-kurangnya cerita awak ni boleh jadikan modal untuk saya lupakan Shaz dan berhenti menaruh harapan padanya... terima kasih yer Farah.” Ucap Aliff ikhlas. Dia tahu gadis sebaik Farah hanya mahukan yang terbaik untuk semua rakan-rakannya... Shazrina...sekarang kau bukan lagi orang aku sayang tetapi dah menjadi orang yang aku benci! Kalau aku tak boleh balas apa yang kau buat hari ni, Allah akan balas tindakan kau pada masa akan datang.. kau tunggu je lah!
Last edited by misssakura on 29-11-2012 11:36 AM

fatehana Publish time 29-11-2012 11:41 AM

misssakura posted on 29-11-2012 11:21 AM static/image/common/back.gif
itu bru sikit farah punya perangai... jom sakura tmbh sikit lagi

dah agak dah Farah akan melaga2kan 2 merpati nie
sbbnya senang dia jeles
kenapa
sbb masa shaz benci dan jijik at aliff
dia lak suka aje
dan hati dia patah bila aliff dan shaz menjadi pasangan

tp ana mmg rasa nak bunuh farah taw
geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa {:scoldo{:beato{:football2o{:kicko

sellie003 Publish time 29-11-2012 11:52 AM

misssakura posted on 29-11-2012 11:28 AM static/image/common/back.gif
Aliff masih lagi berteleku merenung padang permainan meski pun kini matahari tegak dikepala... jam s ...

Hamboi, makin melampau farah nih reka cipta dialog shaz..memandai jek...x pasal2 alif simpn dendm kat shaz...

misssakura Publish time 29-11-2012 11:55 AM

fatehana posted on 29-11-2012 11:41 AM static/image/common/back.gif
dah agak dah Farah akan melaga2kan 2 merpati nie
sbbnya senang dia jeles
kenapa


farah ni kan depan aliff baik suci murni je... kt belakang fuh.... kejam.
p/s: kisah zmn diorang besar mybe slow skit kot sakura update... byk yg x siap:'(

fatehana Publish time 29-11-2012 11:59 AM

misssakura posted on 29-11-2012 11:55 AM static/image/common/back.gif
farah ni kan depan aliff baik suci murni je... kt belakang fuh.... kejam.
p/s: kisah zmn diorang...

tuelah lg bahaya yg talam dua muka cam farah
mmg leh sakit jiwa jadinya
depan shaz kata lain'depan aliff kata lain
sudahnya aliff yg berdendam dgn shaz :(

apa pun ana ttp menanti next storylinenya :'(

Cik_Andak Publish time 29-11-2012 01:25 PM

ala miss....nk sambungan lg...
mula2 baca cerita ni suka kt farah yg low profilr tuh...dh sampai sini rasa geram ya hamat!!!

suria74 Publish time 29-11-2012 02:33 PM

Sambunglah lagi....huhuhu geramnya kat farah nih....manusia talam 2 muka...patutllah smpi dah dewasa, Aliff masih simpan dendam kt shaz....sian betul shaz mangsa keadaan kawan baik sendiri... :mad:

misssakura Publish time 29-11-2012 04:12 PM

fatehana posted on 29-11-2012 11:59 AM static/image/common/back.gif
tuelah lg bahaya yg talam dua muka cam farah
mmg leh sakit jiwa jadinya
depan shaz kata lain'dep ...

org talam dua muka ni mmg teruk... dan memang ramai pon org mcm ni... depan bukan main baik.. kt belakang fuh :huffy

misssakura Publish time 29-11-2012 04:18 PM

Cik_Andak posted on 29-11-2012 01:25 PM static/image/common/back.gif
ala miss....nk sambungan lg...
mula2 baca cerita ni suka kt farah yg low profilr tuh...dh sampai si ...

ok2 sakura nk smbg dah.. nak habiskan zaman sekolah diorang ni cepat2 sikit:C

misssakura Publish time 29-11-2012 04:20 PM

suria74 posted on 29-11-2012 02:33 PM static/image/common/back.gif
Sambunglah lagi....huhuhu geramnya kat farah nih....manusia talam 2 muka...patutllah smpi dah dewasa ...

hahaha... kiranya balasan untuk shaz la ni menyombong tak hingat zaman dulu2 kala;P;P

misssakura Publish time 29-11-2012 04:21 PM

“kenapa?” soal Aliff pelik apabila hampir 15 minit Johan memandangnya aneh... ada yang tak kena ke dengan rupanya sekarang? Atau dia makin kacak?
“tak ada apa-apa lah...” balas Johan sambil menyambung menyonteng buku tulisnya...bosan tahap cipanzi apabila guru tidak masuk ke kelas.
“takkanlah tak ada apa-apa... lain macam je kau tenung aku... gay ke apa!” tuduh Aliff selamba... kemudian dia ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri... tidak terbayang pada otaknya yang kurang genius lelaki segagah Johan mempunyai selera terhadap kaumnya sendiri..
“gila kau... mahu meraung semua wanita dalam dunia ni kalau aku ni gay!” sela Johan.. ketawa Johan dan Aliff bergabung. agak lucu dengan jawapan dari Johan yang selamba.
“aku nak tanya kau sikit... kalau tak betul kau jangan marah..” sambung Johan lagi... Aliff menanti Johan menyambungkan kata-katanya.. dikerling wajah teman baiknya itu. Dah agak dah.. mesti ada sesuatu yang mengganggu pemikiran Johan.
“apa dia?”
“kau cakap abah kau dah meninggal betul ke?” Tanya Johan...
“betul la kenapa?” tipu Aliff. Rasanya tiada sebab untuk diceritakan tentang perkara sebenar kepada Johan... takut Johan akan buat perkara yang sama seperti Shazrina.
“tak adalah... ada sorang student ni bagitau aku yang mak ayah kau bercerai..bukan meninggal.. ayah kau penagih dadah katanya... aku rasa macam tak logic. Ye la kau cakap bapak kau dah meninggal masa kau baby lagi.” jelas Johan...darah Aliff menyiarap... sapa pulak pandai-pandai bawak mulut... antara Farah dan Shazrina? Hanya mereka dua orang je yang tahu pasal ni.
“hish tak adalah... pandai-pandai je diorang buat cerita... sapa yang beritahu kat kau ni? Selidik Aliff.. hatinya semakin mendidih... tangan yang berada diatas peha dikepal kuat.
“kawan aku kelas 5 Sains 3 yang cakap... tapi dia kata Shazrina budak 5 Sains 1 yang beritahu. Shazrina kawan kau tu la kan...” jantung Aliff tersentap hebat...Shazrina tak habis-habis dengan perangai suka membawa mulut.. kali ini gadis itu sengaja menjatuhkan maruahnya dikhalayak ramai pulak. tak cukup agaknya selepas dia mengumpat tentang keluarga didepan Farah.. Aliff mengepal tangannya... rasa benci dan dendam mula berkepuk didada.
“tak betul pon sume tu... saja je diorang nak burukkan nama aku.. entah apa-apa jer!” bebel Aliff geram.
“tu la pasal. Aku pon rasa macam tu... ada lah tu yang dengki kat kau... kau kan dah masuk top 10 sekarang..” sokong Johan.. daripada dia dengar cerita si Hakim budak 5 Sains 3 baiklah dia percayakan Aliff... lagi pon teruk sangat ke jadi anak penagih dadah? Bukan Aliff pon yang menagih dadah!
Last edited by misssakura on 29-11-2012 04:27 PM

misssakura Publish time 29-11-2012 04:28 PM

“kau dengan Aliff betul-betul break up ke Shaz?” soal Farah pada waktu pertukaran dua guru... sebentar lagi waktu sejarah dan seperti biasa guru yang sudah hampir pencen itu sering masuk lewat ke kelas mereka. Shazrina yang sedang mengemas buku matematik sekadar mengangguk... dia tiada hati untuk berbincang tentang Aliff... Aliff semenjak dua menjak ini kelihatan sombong dengannya. Langsung dirinya tidak ditegur sekiranya mereka berpapasan...
Kenapa Aliff berubah sampai tahap itu? Adakah hubungan persahabatan antaranya dan Aliff turut terlerai dengan terputusnya cinta mereka? Yang pasti Aliff dan Farah kelihatan semakin rapat.... entah-entah cinta Aliff sudah beralih arah... ada rasa cemburu membakar hati Shazrina namun tidak lama... untuk apa dia cemburu. Siapa dia untuk cemburu? Bukankah dia dan Aliff sudah tiada hubungan lagi...jadi dia tiada hak untuk cemburukan Aliff dan Farah.
“korang tak berkawan balik ke? Walaupun putus cinta, tak semestinya hubungan kawan kena putus jugakkan.” Sapa Farah lagi... sekadar mahu melihat reaksi Shazrina dan menyorak kekalahan gadis itu didalam hati.. puas hatinya dapat memisahkan Aliff dan Shazrina.
“mungkin macam ni lagi sesuai untuk kami... rasa kekok pulak nak berkawan lepas dah putus..”jawab Shazrina perlahan. Tidak diceritakan perangai Aliff yang semakin sombong itu... buat apa? Memalukan sahaja!
“kau tak kisahkan aku rapat dengan Aliff? Ye la kau dan dia dua-dua kawan aku... aku tak nak la sebab kau putus dengan dia, dengan aku sekali terkena tempias tu...”duga Farah... Shazrina memandang ke arah sahabat baiknya... senyuman ikhlas ditebarkan kepada gadis itu.
“nak kisah apanya... bukan ke memutuskan silaturahim tu perkara yang tak baik. aku tak nak la dapat dosa percuma macam tu. Dosa yang ada ni pon dah tak tertanggung banyaknya. kau teruskan je la berkawan dengan dia macam biasa... aku dengan dia mungkin perlukan sedikit masa lagi untuk kembali seperti sebelum kami start bercinta.”jelas Shazrina tenang... kenapa dia perlu menghalang tali persahabatan antara Aliff dan Farah? Hanya kerana cemburu tidak boleh dijadikan satu alasan yang kukuh untuk dia bersikap pentingkan diri sendiri.
“terima kasih Shaz.... ni yang aku sayang sangat kat kau ni..” ucap Farah mesra sambil memaut bahu temannya...
“tak perlu berterima kasih Farah... aku tak ada buat apa-apa pon.” Balas Shazrina senang. Dibalas pautan sahabatnya itu.. walaupun dia hilang kasih sayang dari Aliff tapi dia masih ada kasih sayang Farah yang masih utuh buatnya...
Last edited by misssakura on 29-11-2012 04:32 PM

Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15 16 17 18 19
View full version: MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH


ADVERTISEMENT