Goldkey Publish time 12-11-2012 04:06 PM

10pp: Tak Suka Tak Mengapa

kalau tak suka tak mengapa,
tapi jangan mengata,
tambah dosa...

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 04:11 PM

10pp: Terbasuhkah?

terbasuhkah luka dengan curahan air mata?
sedang pedih bukan kepalang.

CNM

Goldkey Publish time 13-11-2012 07:46 AM

10pp: Aku Tahu

aku tahu dalam hidup ini,
tak semua seperti yang diinginkan.

CNM

Goldkey Publish time 13-11-2012 09:09 AM

10pp: timbang tara

guna timbang tara budi bicara, bila melibatkan hubungan dua jiwa.

CNM

Goldkey Publish time 14-11-2012 07:17 AM

10pp: titik perubahan

jadikan semalam titik akhir bermalasan,
jadikan hari ini titik perubahan...

CNM

Goldkey Publish time 14-11-2012 07:18 AM

10pp: Indah Hidup

indah hidup andai saling menyayangi,
rasa kasih terlalu mahal dipersiakan...

CNM

Goldkey Publish time 14-11-2012 08:50 AM

10pp: keizinan

keizinan tanpa syarat,
senyum ria melekat,
hidup ceria tambah berkat.

CNM

Goldkey Publish time 14-11-2012 09:02 AM

10pp: kerana-Nya

berjanjilah
bercintalah
kerana mencari redha-Nya,
menyatu berpimpin ke pintu syurga.

CNM

Goldkey Publish time 14-11-2012 09:05 AM

10pp: satu detik

sekian
berpisah kita sementara,
satu detik nanti ketemu di sini.

CNM

Goldkey Publish time 14-11-2012 05:30 PM

10pp: wangian syurga

dikaukah wangian syurga,
mengharumkan taman hidupku,
semerbak haruman kasih suci...

CNM

Goldkey Publish time 15-11-2012 12:26 PM

10pp: Melensa

nak melensa isi alam, sudah beberapa hari dibantut hujan renyai...

CNM

Goldkey Publish time 15-11-2012 04:36 PM

10pp: plastik memadai

andai sendiri tak pasti antara intan dan kaca, plastik memadai.

CNM

Goldkey Publish time 15-11-2012 05:01 PM

10pp: bagaimana cara

aku nak tulis panjang-panjang,
tanpa tanda baca,
cuma satu nokhtah.

CNM

Goldkey Publish time 15-11-2012 05:02 PM

10pp: bagaimana cara

aku nak tulis panjang-panjang,
tanpa tanda baca,
cuma satu nokhtah.

CNM

Goldkey Publish time 15-11-2012 05:02 PM

10pp: jernih di kuala

jika mengharap jernih di kuala,
jagalah setiap alur dari puncanya.

CNM

Goldkey Publish time 15-11-2012 09:38 PM

10pp: air mata perpisahan

yakinlah andai air mata yang mengiringi perpisahan, masih ada ruangmu.

CNM

Goldkey Publish time 15-11-2012 09:38 PM

10pp: bertahan

halangan bercinta biasa,
bertahan jika diberi harapan,
walau tak menyakinkan...

CNM

Goldkey Publish time 15-11-2012 09:41 PM

10pp: keruh warna

bagaimana ingin menyelam ke dasar hati,
jika dikeruhkan warna kemesraan...

CNM

Goldkey Publish time 15-11-2012 09:58 PM

10pp: bekalan tangisan

jika kasihmu ditinggalkan
jangan sesekali bekalkan tangisan
kerana itu kekuatannya...

CNM

Goldkey Publish time 15-11-2012 09:59 PM

10pp: terus mengalir

ayat-ayat madah pujangga terus mengalir tanpa henti syukur kepada Ilahi.

CNM
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: Puisi 10 Patah Perkataan@10pp


ADVERTISEMENT