Goldkey Publish time 9-11-2012 10:01 PM

10pp

di mana kamu teman, membiarkan aku sendirian menarikan jemari sepi.

CNM

Goldkey Publish time 10-11-2012 08:02 AM

10pp

cukupkah ilmu,
sering kali membuai diri,
dengan pegangan belum pasti.

CNM

Goldkey Publish time 11-11-2012 07:20 AM

10pp

berhenti dan berfikir,
lebih bijak dari terus berjalan mundar mandir.

CNM

Goldkey Publish time 11-11-2012 08:38 AM

10pp: Selamat Pagi

Selamat pagi teman,
senyumlah bagai rembulan,
terukir kemanisan tanda kesejahteraan.

CNM

Goldkey Publish time 11-11-2012 08:56 AM

10pp: Minum Pagi

dah minum pagi?
kurangkan manisan gula,
lebihkan manis pada senyuman.

CNM

Goldkey Publish time 11-11-2012 10:40 AM

10pp: Apa Warna Hati

apa warna hati,
yang telah dipilih,
moga tak tersalah pilih.

CNM

Goldkey Publish time 11-11-2012 09:55 PM

10pp

andai tertakdir aku sendirian, aku rela kerana masih punyai-Mu Tuhan.

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 06:28 AM

10pp: Selamat pagi

Selamat pagi teman,
kudoakan kesejahteraan dikurniakan,
memperoleh nikmat dan rahmat-Nya.

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 06:32 AM

10pp: Sebelum embun pergi

sebelum embun disimbah mentari pagi, bangkitlah teman sujud kepada Ilahi.

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 06:33 AM

10pp: jangan dipaksa

cinta jangan dipaksa,
kerana hilang manisnya,
yang ada hanya sandiwara.

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 06:37 AM

10pp: cinta di hati

cinta jangan hanya di atas kertas, cintai sepenuh hati terikhlas.

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 06:56 AM

10pp: Meniti Suratan

dalam meniti suratan,
miliki akan kebahagiaan,
terlalu rugi merintih kekecewaan.

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 07:00 AM

10pp: Berlandas Suci

cinta yang berlandas kesucian,
tidak pernah mungkiri janji,
jangan persiakan...

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 07:22 AM

10pp: termimpi-mimpi

jika kamu termimpi-mimpi akan dia,
sah engkau sedang dalam keangauan.

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 07:32 AM

10pp: Terbakar sendiri

berkasih bercinta sumpah setia,
waspada jerat cinta,
kelak terbakar sendiri...

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 08:22 AM

10pp: Dugaan

apalah sangat dugaan yang menimpa, berbanding janji ganjaran-Nya di sana.

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 08:46 AM

10pp: Tanpa Ragu

tanpa ragu aku mencintaimu, kerana kutahu apa yang hatiku mahu.

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 01:04 PM

10pp: Siapa yang rampas

siapa yang rampas cintamu itu,
kejam dan tak tahu malu...

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 01:28 PM

10pp: Sebelum meninggalkan pesan

sebelum meninggalkan pesan,
carilah sehingga ke hujung dunia,
demi cinta...

CNM

Goldkey Publish time 12-11-2012 03:30 PM

10pp: pahit ada manisnya

tak siapa ingin memilih jalan derita, dugaan pahit ada manisnya.

CNM
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Puisi 10 Patah Perkataan@10pp


ADVERTISEMENT