sarizu Publish time 12-6-2012 06:09 PM

biasa Nicki suka buat thrill...
mana tahu lepas ni bwk balik jumpa mak kat kg, mak tak nak, nak suh kawin ngan Tizz yg betul2 jugk... :laugh3:

ok, next!

Nicki_Meow Publish time 12-6-2012 08:45 PM

Ada sambungan lagi...

Cerita ni memang cliche dari awal sampai akhir, tak ada thrill apa sangat pun. Kisah cinta biasa-biasa.

Saja suka-suka nak menaip - nak menajamkan skill mengarang kononnya. Maklumlah, saya budak baru belajar. {:1_141:}

Yang sudi baca, yang sudi komen... terima kasih daun keladi {:1_149:}
Segala teguran dan pandangan amatlah di hargai :loveliness:

Nicki_Meow Publish time 12-6-2012 08:46 PM

Reply 57# awanjingga

Cik Awan... tak payah tunggu cuti sekolah. Weekend pun boleh kahwin...

Heheh...

Nicki_Meow Publish time 13-6-2012 08:41 AM

Post Last Edit by Nicki_Meow at 13-6-2012 08:51

“Hi” Aisyah menyapa jiran-jiranya yang sedang duduk di tepi gelanggan badminton. Mereka semua menyapa kembali. Aisyah tersenyum memandang Ramdhan, tetapi Ramdhan tidak tersenyum. Sebaliknya, pandangannya di arahkan kepada jejaka di sebelah Aisyah.

Dari tadi dia memerhatikan Aisyah yang berbual mesra dengan jejaka itu sambil menuju ke arah ini. Bukan saja mesra, malah bertepuk tampar pula. Tiba-tiba dia terasa cemburu.

“Ramdhan, ini Alif” Mereka bersalaman.

“Abang, ini Ramdhan” Aisyah memperkenalkan. Tidak perlu dia memperkenalkan Alif kepada yang lain-lain kerana mereka sudah saling mengenali kecuali Ramdhan.

“Oh..ini ke kawan yang Yayang cakap tu?” Aisyah tersenyum mengangguk.

Abang? Yayang?

Kau cakap, kau tak ada boyfriend lagi?

Aarrgghh! Sampai hati kau Aisyah!

Walaupun tersenyum, Ramdhan terasa hati.

***********************************************

Nicki_Meow Publish time 13-6-2012 08:49 AM

Ramdhan memerhatikan lagi Alif dan Aisyah yang ralit berbual mesra dan tertawa. Sesekali Aisyah merenung ke arahnya, membuat muka yang kadang-kadang selamba, kadang-kadang pelik. Ramdhan menarik nafas.

Eh, boleh main share air pulak…

Hati Ramdhan semakin di gamit cemburu apabila melihat Alif menghulurkan sebotol Hundred Plus yang telah di minum separuh.

Tak boleh jadi ni.

Perlahan-lahan Ramdhan bangun, menghampiri Alif dan Aisyah. Dia tidak peduli.

Siap kau!

****************************************************

sarizu Publish time 13-6-2012 08:54 AM

gelojoh!






:lol:

ladyFinger12 Publish time 13-6-2012 11:47 AM

lady speku Alif kembar Aisyah!

arieyana Publish time 13-6-2012 11:54 AM

Alahai nnt adan silap p sound bakal abg ipar lak huhuhu
habiss arr saham adan jatuh merudum nnt {:mlturn:}

shahrinas Publish time 13-6-2012 12:51 PM

lagi...lagi... :L

Nicki_Meow Publish time 13-6-2012 12:55 PM

Post Last Edit by Nicki_Meow at 13-6-2012 13:09

Ramdhan semakin hampir. Dia memegang erat raket badminton berjenama YONEX Voltric Z-Force di tangan. Mukanya serius.

"Bro" Ramdhan memanggil Alif.

"Ya?" Alif mengangkat muka ke arah Ramdhan.

Aisyah juga memandang Ramdhan dengan tanda tanya.

Muka Ramdhan masih serius. Dia menarik nafas.



"Jom main single match"

********************************

qimi08 Publish time 13-6-2012 01:23 PM

Reply 70# Nicki_Meow


    uwaaahhh suspen je ingat nak apa tadi;P

fatehana Publish time 13-6-2012 03:20 PM

Ramdhan semakin hampir. Dia memegang erat raket badminton berjenama YONEX Voltric Z-Force di tangan. ...
Nicki_Meow Post at 13-6-2012 12:55 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

mohtipppp bagi saspen sampai jantung kaka nak tercabut :curse:

sarizu Publish time 13-6-2012 04:05 PM

Muka Ramdhan masih serius. Dia menarik nafas.



"Jom main single match"

macho la sangat... :lol:

shahrinas Publish time 13-6-2012 04:17 PM

ish! ingatkan apa td...rupanya... ;P

Nicki_Meow Publish time 13-6-2012 04:49 PM

:lol:

Takkanlah nak bantai anak orang pakai raket tiba-tiba....

Nicki_Meow Publish time 13-6-2012 04:51 PM

Kedua-duanya kelihatan sama bagus, sama handal. Perlawanan telah di teruskan hingga ke rubber set. Set pertama telah di menangi oleh Ramdhan manakala set kedua telah di menangi oleh Alif.

Ramdhan mendahului Alif. Lagi dua mata dia akan memenangi perlawanan ini. Sesekali dia mengerling ke arah Aisyah yang memberikan sokongan yang dia pun tidak tahu kepada Alif ataupun dirinya.

Ramdhan melihat peluang. Hantaran bulu tangkis dari Alif memberikan dia peluang untuk dia melakukan jumping smash. Dia melompat tinggi. Dengan gaya Datuk Lee Chong Wei, dia memukul bulu tangkis itu tepat ke arah sudut kiri gelanggang, tidak mampu di sambut oleh Alif.

Satu lagi mata untuk Ramdhan!

Tetapi…

Seperti juga Datuk Lee Chong Wei ketika menentang Peter Hoeg Gade semasa Thomas Cup di Wuhan, China, pendaratan Ramdhan tidak stabil. Akibatnya, kaki Ramdhan terseliuh. Ramdhan jatuh terduduk. Dia cuba bangun tapi tidak boleh lalu Ramdhan jatuh terduduk lagi. Farid menerpa ke arah Ramdhan. Kasut Ramdhan di buka perlahan-lahan. Aisyah juga menerpa tapi terhenti di sebelah Ramdhan. Dia juga ingin membantu tetapi tak tahu apa yang perlu di bantu.

“Bengkak ni” Alif yang berdiri di sebelah Aisyah berkata.

“Kena pergi klinik” Dia menyambung kata. Ramdhan diam. Sudahlah hatinya sakit, kakinya turut sakit.

Farid membantu Ramdhan bangun perlahan-lahan. Alif turut membantu. Aisyah hanya memandang dengan wajah kasihan.

“Awak…awak okay?” Aisyah bertanya, simpati.

Ramdhan mengangkat muka memandang Aisyah.

Ini semua awak punya pasal!

***************************************

ladyFinger12 Publish time 13-6-2012 05:58 PM

Yesss!! Itu dia... kita baru saja menyaksikanAlifSatar Chong Wehh melakukan aksi bungee jumping smash yg hebat! Tapi... malang sekali nampaknya Alif Satar Chong Wehh telah terpeleot kakinya...

:lol:

ladyFinger12 Publish time 13-6-2012 06:00 PM

Ini semua awak punya pasal! ...
Nicki_Meow Post at 13-6-2012 16:51 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


Awak... lain kali awak tak payah nak tunjuk macho ye awak! Kan tak pasal pasal kaki awak terpeleot ;P

Nicki_Meow Publish time 14-6-2012 04:05 PM

Yesss!! Itu dia... kita baru saja menyaksikanAlifSatar Chong Wehh melakukan aksi bunge ...
ladyFinger12 Post at 13-6-2012 17:58 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifYa... itu dia Rio Ferdinand.... Rio Ferdinand....

Tetibaaa.....

:lol:

Nicki_Meow Publish time 14-6-2012 04:09 PM

Seminggu selepas itu…

Farid hanya memerhatikan Ramdhan yang ralit menukar siaran di Astro. Sekejap Astro Ria, kemudian Astro Warna dan akhirnya beralih ke siaran Astro Arena.

“Adan” Ramdhan menoleh.

“Esok kau dah start kerja kan?” Ramdhan mengangguk lalu matanya kembali mengadap televisyen.

“Adan” Ramdhan menoleh lagi.

“Kau ni sakit tekak ke sakit kaki?” Kening Ramdhan berkerut. Tapi memang sejak seminggu ni dia kurang bercakap.

“Apsal lak?”

“Aku rasa macam dah seminggu tak dengar suara kau” Ramdhan mengangkat bahu lalu kembali mengadap tv.

“Aku jumpa Aisyah semalam” Farid berkata lagi dan kali ini Ramdhan berpusing betul-betul mengadap Farid. Farid tersengih.

“Sebut nama Aisyah baru ‘hidup’ ” Perli Farid.

‘‘Dia nak apa?’’

‘‘Tanya khabar kaulah. Seminggu tak nampak. Rindu kot?’’ Ramdhan diam.

‘‘Dalam hati ada taman kau ni. Kalau dah suka cakap ajelah terus terang dengan dia’’

‘‘Boyfriend dia tu nak campak mana?’’

‘‘Mana kau tahu dia ada boyfriend?’’

‘‘Yang datang main badminton sekali tu, bukan boyfriend dia?’’

‘‘Alif?’’ Ramdhan mengangguk.

‘‘Alif tu abang dia lah bingai!’’

‘‘Ya ke?’’ Kali ini wajah Ramdhan bertukar riak.

‘‘Kau biar betul?’’

“Betullah’’


Senyap.


“Oi, kau nak pergi mana?” Farid hanya memerhatikan Ramdhan yang bangun secara tiba-tiba. Dia berjalan masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu.

“Ahmad Ramdhan... Ahmad Ramdhan....” Farid menggelengkan kepala. Remote Astro di ambil lalu menukar ke siaran AXN.


*********************************************
Pages: 1 2 3 [4] 5 6
View full version: Cerpen: MyVi (Lagi Best..Woo oh oh) - (U)


ADVERTISEMENT