Nicki_Meow Publish time 11-6-2012 04:42 PM

Aisyah menarik nafas, keningnya berkerut. Sudah berkali-kali dia cuba menghidupkan enjin tapi enjin keretanya tidak mahu memberi kerjasama. Di cubanya lagi, tetapi hampa. Aisyah mengeluh. Akhirnya dia keluar dari kereta lalu membuka penutup enjin.

Apa aku nak buat ni? Aisyah menunjal-nunjal dahinya sendiri.

Apalah yang dia tahu pasal enjin dan kereta…

“Assalamualaikum”

“Waalaikummusalam”

Tak ada orang lain ke? Aisyah mengeluh lagi.

“Mesti dalam hati awak cakap, tak ada orang lain ke?” Aisyah buat tak reti, tetapi mengetap bibir menyembunyikan senyum. Dia mengambil telefon bimbit dari dalam beg tangan lalu mula mendail.

“Hishhh, tak angkat pulak” Aisyah merungut.

“Awak call siapa?” Aisyah tidak menjawab.

“Kenapa kereta awak?” Ramdhan bertanya lagi. Aisyah masih lagi mendiamkan diri.

“Mana tau saya boleh tolong…” Ikhlas kedengarannya.

Senyap.

“Tak boleh start” Akhirnya Aisyah menjawab. Masam mukanya berkurangan.

“Bateri weak kot?” Ramdhan meneka. Aisyah hanya mengangkat bahu.

“Macam nilah, apa kata saya tumpangkan awak pergi kerja. Nak check kereta sekarang pun, dah lambat” Ramdhan berkata sambil melihat jam yang menunjukkan 6:40 pagi. Aisyah diam. Dia mendail lagi tetapi masih tidak berjawab. Aisyah mengeluh.

“So?” Ramdhan tersenyum memandang Aisyah.

“Okaylah” Aisyah menjawab perlahan.
Senyuman Ramdhan makin lebar.


****************************************************

Nicki_Meow Publish time 11-6-2012 04:43 PM

Sepanjang perjalanan, mereka berbual mesra. Wajah Aisyah semakin manis di pandangan mata Ramdhan. Macam-macam yang di bualkan. Jalan Kuching yang sesak langsung tidak terasa, malah, Ramdhan berharap jalan itu lebih sesak dari biasa supaya dia dapat berbual lama dengan Aisyah.

“Lainlah muka awak bila tak pakai spec” Aisyah berkata.

“Iya?”

“Iya”

“Lagi handsome ke?” Tapi itu cuma bergema dalam hati Ramdhan.

Mereka terdiam seketika.

“Kenapa awak diam tiba-tiba?”

“Tengah fikir, macam nak balik petang nanti” Aisyah menjawab perlahan.

“Tak apalah, awak tumpang je kereta saya”

“Boleh ke?”

“Boleh… mestilah boleh”

“Thanks” Aisyah tersenyum.

Ramdhan juga tersenyum.

******************************************

Nicki_Meow Publish time 11-6-2012 04:45 PM

“Hi” Aisyah menegur sambil tersenyum ke arah Ramdhan yang sedang menunggunya di kereta. Pada mulanya, Aisyah ingat Ramdhan tidak serius untuk menumpangkannya tetapi nampaknya si pemilik MyVi hitam itu mengotakan janji. Ramdhan tersenyum memandang Aisyah.

Kau dah kenapa Aisyah, tiba-tiba nak control cun?

Dengan tiba-tiba Aisyah terasa mukanya merah dan langkahnya mula menjadi bersimpang-siur. Nasiblah hari ini dia memakai seluar, kalau pakai baju kurung, mungkin dia sudah jatuh tersungkur sebab terpijak kainnya sendiri.

“Lama ke awak tunggu saya?” Aisyah bertanya. Ramdhan hanya menggeleng.

“Jom” Ramdhan mengajak lalu mereka pun masuk ke dalam kereta untuk pulang.

*************************

zeeghaz Publish time 11-6-2012 05:25 PM

Sambung lagi......

sarizu Publish time 11-6-2012 10:37 PM

dalam hati sudah ada taman :loveliness:

shawa29 Publish time 12-6-2012 01:03 AM

haha..best2 nk lg

Nicki_Meow Publish time 12-6-2012 08:26 AM

Pagi ini sengaja Ramdhan turun ke tempat parkirnya lebih awal. Tapi dia hampa. Kotak parkir selang dua petak darinya kosong. Nampaknya kereta MyVi oren itu telah di baiki.

Siapa yang repair kereta dia? Aku tengok ada je parking kat sini tak bergerak…

Persoalan itu di biarkan sahaja tanpa cuba mencari jawapan. Ramdhan mengurut tengkuknya. Sejak tiga hari lepas dia menumpangkan Aisyah ke tempat kerja dan dia benar-benar berharap yang kereta MyVi orenitu rosak lebih lama supaya dia dapat menumpangkan pemiliknya lebih lama.

Apalah kau ni Ramdhan, kenapa kau tak mintak nombor telefon dia?

Ramdhan menggelengkan kepala. Dia kemudian masuk ke dalam MyVi hitamnya lalu menghidupkan enjin.


********************************************************

Nicki_Meow Publish time 12-6-2012 08:27 AM

Post Last Edit by Nicki_Meow at 12-6-2012 08:36

Bila tak nak jumpa, hari-hari terserempak. Bila nak jumpa, nak tengok bayang pun susah!

Aisyah terasa hatinya seperti di usik sesuatu. Sudah empat hari dia tidak berjumpa dengan pemilik MyVi hitam itu. Sama ada dia yang terlebih cepat atau Ramdhan yang terlambat.

Isk, aku dah jatuh cinta ke? Aisyah menggelengkan kepala.

MyVi hitam itu sudah di parkir di kotak A22, pemiliknya tiada. Dan pemilik MyVi hitam itu sengaja mengosongkan parkir A10.

Tiba-tiba Aisyah terasa segan sendiri, tersipu sendiri, tersenyum sendiri.


**********************************************

Nicki_Meow Publish time 12-6-2012 08:29 AM

Petang ini, sengaja Ramdhan menunggu di parkir Berjaya Time Square dengan harapan Aisyah muncul di depannya.

Yes! Kereta dia ada lagi.

Sudah setengah jam.

Aisyah tak muncul-muncul juga.

Dia balik lambat kot hari ni. Tak apalah.

Ramdhan masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin.

**************************************

Nicki_Meow Publish time 12-6-2012 08:30 AM

Aisyah mengerutkan kening, kehairanan.

Siapa pulak yang main selit note kat wiper ni?

Assalamualaikum,

Kalau awak sudi, saya nak ajak awak minum malam ni.
Pukul lapan setengah.
Café tepi swimming pool.

Yang benar,
MyVi Hitam

Aisyah tersenyum.

Nampaknya, tunas-tunas bunga sudah tumbuh di dalam taman.

**************************************************

zeeghaz Publish time 12-6-2012 08:48 AM

Walaupun n3 pendek-pendek tapi ada juga, best!!!!!!

Nicki_Meow Publish time 12-6-2012 08:56 AM

Reply 51# zeeghaz

Nama pun cerPen....

Jadi entrynya pun Pen Pen.... :lol:

sarizu Publish time 12-6-2012 11:05 AM

Replyzeeghaz

Nama pun cerPen....

Jadi entrynya pun Pen Pen....
Nicki_Meow Post at 12-6-2012 08:56 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

asal bleh jawab :lol:

Nicki_Meow Publish time 12-6-2012 04:17 PM

asal bleh jawab
sarizu Post at 12-6-2012 11:05 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif



;P

Nicki_Meow Publish time 12-6-2012 04:19 PM

Gelas-gelas kosong terbiar di atas meja. Dari satu gelas ke satu gelas, akhirnya, enam gelas air sudah di pesan oleh Ramdhan dan Aisyah. Mereka berbual mesra, bagai sudah kenal lama, bagai sudah setahun tidak berjumpa. Perbualan kali ini lebih menjurus ke arah perihal keluarga dan rakan-rakan sekeliling. Mungkin ingin mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dalam.

Sesekali ketawa, adalakalanya serius. Nampaknya dinding yang terbina antara Aisyah dan Ramdhan mula runtuh sedikit demi sedikit.

Ya, mungkin juga mereka memang ada jodoh.

“Awak, dah pukul 9:30, jomlah balik” Asiyah berkata selepas melihat jam di tangan. Ramdhan mengangguk, separuh rela. Walhal hatinya mahu terus berada di situ, berbual dengan si pemilik MyVi oren. Mereka berjalan saing menuju ke arah blok D, blok rumah mereka. Tinggal di blok yang sama, tingkat yang sama cuma rumah Ramdhan di hujung mengadap utara, rumah Aisyah di hujung mengadap selatan.

TING! Lif berhenti di tingkat 10.

Aisyah keluar dahulu, diikuti oleh Ramdhan.

“Okaylah, thanks ya sebab belanja saya minum” Aisyah berkata, tersenyum comel.

“No problem” Ramdhan menjawab. Tapi masing-masing masih berdiri di depan lif. Seperti berat mahu melangkah pulang.

“Nak saya hantar sampai depan pintu ke?” Ramdhan menawarkan diri, berharap Aisyah berkata Ya.

“Eh takpelah. Bukan jauh pun” Aisyah menjawab.



Senyap.



“Assalamualaikum” Aisyah memberi salam.

“Waalaikummusalam” Ramdhan menjawab

Lalu masing-masing melangkah, seorang ke utara, seorang ke selatan.

Satu langkah, dua langkah, tiga langkah, empat langkah, lima langkah….

Kalau dia suka kat aku, dia mesti toleh…

Ramdhan menoleh ke belakang. Aisyah menoleh ke belakang.

Mereka menarik nafas. Senyum.

“Bye bye” Aisyah berkata sambil membuat lambaian kecil ke arah Ramdhan.

“Bye bye” Ramdhan membalas lambaian itu. Aisyah berpaling, tersipu-sipu lalu terus melangkah pulang, tidak menoleh lagi. Ramdhan juga berpaling dan melangkah, tersenyum seorang diri.

Mak, tak lama lagi mak nak dapat menantu. Woohoo!

**********************************

liawseng Publish time 12-6-2012 04:37 PM

comel jer cerpen nih .. ringkas tapi still boleh buat aku sengeh2 depan pc :d

awanjingga Publish time 12-6-2012 04:41 PM

::Mak, tak lama lagi mak nak dapat menantu. Woohoo!::

haa.. ye laaa...lepas raya nnti korang kawin lah yee..
cuti sek dh abis dh ni..;P

shahrinas Publish time 12-6-2012 04:42 PM

akhirnya...

arieyana Publish time 12-6-2012 04:43 PM

'manis' nyer cerpen cik kak & en abg myvi niey...{:mllove:}

zeeghaz Publish time 12-6-2012 05:10 PM

Ada sambungan lagi ke tidak? Macam klise aje, tak ada thrill.
Pages: 1 2 [3] 4 5 6
View full version: Cerpen: MyVi (Lagi Best..Woo oh oh) - (U)


ADVERTISEMENT