rosewhite Publish time 1-1-2012 09:38 AM

Datuk Dr. Hasan Ali

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0101/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_02.1.jpg

Hasan Ali (kiri) turut sama menyertai Ops Mungkar bersama Jabatan Agama Islam Selangor ketika melakukan serbuan ke atas pusat-pusat hiburan di sekitar Damansara dan Petaling Jaya, semalam.

rosewhite Publish time 9-1-2012 11:14 AM

'Saya dipecat kerana Anwar'

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0109/Utusan_Malaysia/Politik/po_09.1.jpg
Dr. Hasan Ali bersama isterinya ketika berucap mengenai pemecatan beliau di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, malam tadi.

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengakui terkejut dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini yang memecatnya daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menganggap keputusan yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebagai tindakan yang drastik dan berasa sedih kerana perjuangan Islam beliau selama ini dibalas sedemikian rupa.

"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut diambil.

"Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun dalam satu ucapan di kediamannya di sini malam ini, Dr. Hasan menyifatkan pemecatannya adalah disebabkan komen beliau yang tidak bersetuju dengan Kempen Bebas Anwar 901.

''Apa yang saya komen berkenaan Anwar adalah soal peribadi di mana saya tidak mahu rakyat diheret untuk menjunjung perjuangannya yang kotor itu.

''Paling tidak seronok kerana pemecatan ini disebabkan desakan daripada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali,'' katanya.

Pada Jun tahun lalu, Hasan telah digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor yang disandangnya sejak tahun 2003 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak itu telah digantikan ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman.

Beliau merupakan antara pemimpin Pas yang menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Gereja Methodist di Damansara Utama pada Ogos tahun lalu, selain melibatkan diri secara aktif menyokong gerakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bagi mengekang masalah murtad di kalangan masyarakat Islam.

Baru-baru ini, pandangan beliau dilihat bercanggah dengan pendirian pakatan parti pembangkang apabila menolak perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

keretapilaju Publish time 9-1-2012 04:27 PM

sian dia...
ada hikmah di sebaliknya...insyaAllah..

akora Publish time 9-1-2012 04:54 PM

biarlahhh..org dh x suka..nak wat canne..

ayjay Publish time 9-1-2012 06:17 PM

i like him but was disappointd dia join PKR. i hope he stays apolitical.

immortallez Publish time 9-1-2012 10:14 PM

ada hikmahnya diatas semua yg berlaku
aku prefer Dr Hasan jangan join mana2 parti politik
senang nak menegur mana2 pihak yg wat salah.....
PAS sekarang pun dah mcm PKR....
nama je ulamak yg wat big decision..hakikatnya ramai yg dalam tu dah tak pegang pada prinsip asal penubuhan PAS tu

P/s: aku tak pro mana2 parti..pada aku sama je UMNO, PAS ni..when u have the power...payah nak pertahankan kita punya principles

marjono Publish time 9-1-2012 11:53 PM

dia akan joint abangnya ibrahim ali untuk menyerang anwar .

Gedebook Publish time 10-1-2012 12:06 AM

dia akan joint abangnya ibrahim ali untuk menyerang anwar .
marjono Post at 9-1-2012 23:53 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

:o uihhhh....depa adik beradik noooo.......

rosewhite Publish time 13-1-2012 02:13 PM

Sultan Selangor perkenan gugur Hasan Ali sebagai Exco

SHAH ALAM 13 Jan. – Nasib Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sebagai Exco kerajaan negeri hari ini terjawab apabila beliau digugurkan dari jawatan itu selepas dipecat sebagai ahli Pas pada 8 Januari lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pagi ini bagi mendapatkan perkenan baginda mengenai pengguguran Hasan sebagai exco itu.

"Memandangkan Datuk Dr. Hasan bukan lagi ahli Pas, saya telah membuat keputusan bahawa Datuk Dr. Hasan tidak lagi boleh menjadi ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan telah menasihati Tuanku untuk membatalkan pelantikan beliau (dari jawatan itu).

"Tuanku telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan Datuk Dr. Hasan sebagai ahli MMKN," katanya pada sidang media di Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

asamfish Publish time 13-1-2012 05:00 PM

i like him but was disappointd dia join PKR. i hope he stays apolitical.
ayjay Post at 9-1-2012 18:17 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
yup....
should be like lee lam thye

pka88 Publish time 15-1-2012 03:08 AM

Reply 5# ayjay

agreed....

pka88 Publish time 15-1-2012 03:09 AM

kesian....it's not his loss but their loss kan..

puterikhaleeda Publish time 15-1-2012 11:44 AM

aktifkan semula AKRAB ...

mawarberduri Publish time 15-1-2012 11:54 AM

dah ko kutuk2 parti sendiri..mmg cari nahas la.xkan PAS still nak simpan org mcm ko.pastu kecoh2 kat media pengampu UMNO.mmg jd bahan la UMNO nak kenakan PAS blk..lain kali jgn jd duri dlm daging.kalau tak puas hati tu,duduk la bermuzakarah dgn PAS..masalah rumahtangga x baik bawa keluar

md_nana Publish time 15-1-2012 09:47 PM

aku tak bape kenal dia ni. tau pasal dia pas dia kene pecat la...

rosewhite Publish time 17-1-2012 09:08 AM

Tolak Anwar – Hasan

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0117/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpg
SEBAHAGIAN daripada berpuluh-puluh wartawan yang hadir pada sidang akhbar oleh Datuk Dr. Hasan Ali di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, semalam. [/

#Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

# Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

# Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

# Pada sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur, semalam, Hasan turut mendedahkan mengenai ancaman golongan parasit dalam Pas.

rosewhite Publish time 17-1-2012 09:14 AM

Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0117/Utusan_Malaysia/Politik/po_01.1.jpg
HASAN Ali pada sidang akhbar di kediaman beliau di Kuala Lumpur, semalam.

wnazzee Publish time 17-1-2012 09:59 AM

tumpang dengar jek

c_manis Publish time 17-1-2012 12:47 PM

Biasalah mainan politik.. :dizzy:

rosewhite Publish time 22-1-2012 11:30 AM

Pas tidak maksum, tetap lakukan kesalahan

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0122/Utusan_Malaysia/Politik/po_06.1.jpg
Hasan Ali ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, Klang, semalam.

KLANG 21 Jan. – Pas tidak boleh dianggap sebagai sebuah agama yang bersifat maksum, sebaliknya ia hanyalah parti politik yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, sesetengah pihak yang taksub di dalam Pas sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia.

Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membuatkan pengikutnya bersikap fanatik serta takut untuk berbeza pendapat dengan pemimpin mereka kerana khuatir tindakan itu boleh membuatkannya terkeluar daripada agama.

“Pas hanyalah sebuah parti politik dan dakwaan yang mengatakan Pas setaraf dengan agama hanyalah sebagai usaha menjadikan pengikutnya sebagai fanatik kepada parti dan sekali gus takut untuk berbeza pendapat dengan ketua mereka kerana bimbang akan terkeluar daripada ajaran agama Islam.

“Ini tidak betul dan sekiranya kita selidik secara mendalam doktrin seperti ini boleh merosakkan akidah umat Islam,” katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, di sini malam tadi.

Selain Hasan, turut menjadi panel pada program itu ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan Exco Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mukram Mohd. Taib.

Hasan memberitahu, sebab utama beliau menyertai Pas pada 15 tahun yang lalu adalah kerana parti itu majoritinya dipimpin oleh barisan ulama yang merupakan pejuang Islam tulen.

“Namun pada hari ini hanya tinggal 23 peratus pemimpin di dalam Pas yang merupakan golongan ulama.

“Sebanyak 72.28 peratus lagi pemimpin di dalam Pas bukan daripada golongan ulama dan mereka itulah yang merupakan ‘parasit-parasit’ yang merosakkan parti itu pada hari ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Hasan Basri menyelar pihak yang mengangkat perjuangan komunis dan menghina pejuang kemerdekaan, meskipun mereka bermati-matian berjuang untuk memerdekakan negara yang kesannya dapat dinikmati sehingga hari ini.

“Saya nak tanya, apakah Leftenan Adnan yang terbukti sanggup bergadai nyawa demi agama, bangsa dan negara juga mereka anggap sebagai pengkhianat negara,” soalnya.
Pages: [1] 2
View full version: Datuk Dr. Hasan Ali


ADVERTISEMENT