JohnnyDepp Publish time 22-1-2012 10:42 PM

orang politik, tak bleh percaya sangat, temasuk hasan ali...

none88 Publish time 23-1-2012 04:55 PM

dah ko kutuk2 parti sendiri..mmg cari nahas la.xkan PAS still nak simpan org mcm ko.pastu kecoh2 kat ...
mawarberduri Post at 15-1-2012 11:54 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    setuju...{:1_132:}

HannahMontana Publish time 27-1-2012 05:00 PM

caraDr. Hasan Ali pun byk yg x kena....

idea bernas tp cara x betul sama mcm buat perkara salah.

Ada hikmah , buktikan bhw perjuangan Dr. Hasan Ali adalah utk Islam kerana Allah semata2....oleh itu berjuanglah !

rosewhite Publish time 29-1-2012 08:59 AM

Hasan kecam pemimpin Pas

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0129/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpg
HASAN Ali berucap di hadapan kira-kira 5,000 pengunjung pada majlis Himpun di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

KEPALA BATAS 28 Jan. - Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad.

Menurutnya, adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.

''Bila pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, saya pergi juga. Majlis berhimpun untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes liwat Anwar Ibrahim), dia suruh datang tapi majlis mengesakan Allah, mentauhidkan Allah, dia kata, jangan pergi...jangan pergi, di mana logiknya?

"Kalau teman daripada PKR, saya tidak terasa sangat sebab mereka parti campur. Ada orang Cina, India dan Melayu, saya boleh faham.

"Tetapi saya tidak faham jika bekas parti saya tidak membenarkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis akidah dan menghalang mereka pergi program akidah.

"Saya bukan nak bawa irama politik tetapi inilah realiti," katanya ketika berpidato pada Himpun peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.

Kira-kira 5,000 hadir pada program bertemakan Selamatkan Akidah itu.

Hadir sama Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid; Pengarah Urus Setia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan menambah, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, Himpun tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.

Jelasnya, ia penting kerana ramai masyarakat Islam termasuk pemimpin Pas sendiri tidak percaya tentang gejala murtad yang semakin serius dan perlu dibendung segera.

Malah, katanya, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat.

rosewhite Publish time 1-2-2012 09:21 AM

Hasan dedah pemimpin parasit

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0201/Utusan_Malaysia/Politik/po_01.1.jpg
HASAN Ali berucap pada 'Program Bicara Memurnikan Aqidah Ummah' yang turut dihadiri Hasan Basri Mohd. (kanan) dan Adib Ghazali (dua dari kanan) di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17, Shah Alam, malam semalam.

SHAH ALAM 31 Jan. - Buat kali pertama, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan pemimpin Pas yang selama ini dianggap ‘parasit’ dengan menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Khalid Samad sebagai individu terbabit.

Beliau yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam negeri pada 13 Januari lalu mendakwa, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang menentang usahanya untuk melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.

Hasan berkata, Khalid juga beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) meskipun pihak berkuasa menerima maklumat mengenai penganjuran satu majlis yang bermatlamat bagi menyelewengkan akidah umat Islam di negeri ini.

“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket Pas.

“Sebab itu saya hendak ingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan beri satu undi pun kepada dia (Khalid) pada pilihan raya umum akan datang kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 di sini malam ini.

Program itu dihadiri lebih 1,000 orang termasuk bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Aidit Ghazali.

Hasan berkata, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk mempertahankan Islam, Melayu dan institusi diraja di negara ini.

Kata beliau, pertubuhan yang akan dikenali sebagai Jati itu akan menggabungkan beberapa NGO lain yang turut mempunyai perjuangan sama selain individu yang berminat untuk menyertainya.

“Pertubuhan itu dijangka dilancarkan pada 21 Februari di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 keahlian.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan jaringan ketiga iaitu sebagai pengimbang kepada parti pemerintah serta parti pembangkang dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja Melayu (IMR) di negara ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hasan Basri berkata, penyebaran fahaman ‘Anwarism’ kini semakin merbahaya kerana ia jelas bersifat sekular dan liberal yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

“Sebagai contoh, demi untuk kuasa dan mendapat sokongan negara Barat, Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sanggup mengiktiraf sebuah negara haram Israel yang sejak sekian lama melakukan kekejaman terhadap umat Islam di Palestin.

“Selain itu, atas nama hak asasi manusia, Anwar juga bersungguh-sungguh menganggap Seksyen 377B (Kanun Keseksaan) yang melarang seks gay dan lesbian sebagai lapuk serta tidak lagi relevan dan sebab itulah saya kata fahaman ‘Anwarisme’ ini merbahaya kepada umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Aidit pula mengingatkan umat Islam di negara ini supaya taksub hanya kepada Allah dan bukannya kepada seseorang pemimpin mahu pun organisasi kerana ia adalah tuntutan Islam.

rosewhite Publish time 17-2-2012 09:15 AM

Jati tidak terlibat politik - Hasan Ali

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0217/Utusan_Malaysia/Politik/po_06.1.jpg
HASAN Ali bersama Aidit Ghazali (kiri) dan Nor Azizan Abd Majid pada sidang media penubuhan Jati di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 16 Feb. - Jalur Tiga (Jati), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang digerakkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali tidak akan terlibat dalam mana-mana kempen pilihan raya atau bertanding atas tiket pertubuhan itu.

Beliau yang juga Pengerusi Penaja Jati menegaskan, penubuhan NGO berkenaan bertujuan memartabatkan Islam, Melayu dan institusi raja-raja dan bukannya memperjuangkan nasib pihak tertentu dalam politik.

Bagaimanapun kata beliau, mana-mana ahli Jati yang mahu menyertai pilihan raya, mereka tidak dilarang berbuat demikian tetapi tidak boleh menggunakan nama pertubuhan tersebut untuk meraih sokongan orang ramai.

"Kalau ahli-ahli Jati ingin bertanding, mereka boleh lakukan atas tiket kerusi Bebas atau mewakili mana-mana parti pilihan mereka, tetapi kita tidak benarkan mereka menggunakan nama Jati," katanya pada sidang akhbar pra pelancaran Jati di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Hadir sama Anggota Jawatankuasa Penaja Jati, Datuk Mohd. Aidit Ghazali Hasan memberitahu, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana NGO yang turut memperjuangkan Islam, Melayu dan institusi raja-raja (IMR).

Katanya, penubuhan Jati bukan bertujuan mewujudkan persaingan antara NGO di negara ini termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), sebaliknya demi kepentingan bersama untuk memartabatkan ketiga-tiga agenda berkenaan.

"Jati sedia bekerjasama dengan mereka (NGO lain) sama ada mewujudkan hubungan atau menganjurkan program bersama selagi mereka mempunyai tiga elemen itu (IMR)," ujarnya yang memberitahu Jati akan menjadi pelengkap kepada pertubuhan lain yang mempunyai matlamat sama.

Hasan seterusnya menasihati masyarakat bukan Islam supaya tidak bimbang dengan penubuhan Jati yang akan dilancarkan di SACC pada 21 Februari ini kerana hak mereka tetap dipertahankan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, pendaftaran ahli Jati akan dibuka pada majlis pelancaran tersebut yang bakal dihadiri kira-kira 1,000 orang terdiri daripada pelbagai golongan, manakala pelancaran peringkat negeri akan dilakukan di Perak pada 27 Februari ini.

Tambah beliau, pihaknya telah menghantar semua dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran Jati kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dengan sokongan orang ramai, keahlian pertubuhan itu akan diperluaskan di peringkat negeri.

rosewhite Publish time 22-2-2012 11:34 AM

Jati dilancar secara rasmi

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0222/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_07.1.jpg
Hassan Ali (tengah) memegang logo Jati sambil diperhatikan oleh Harussani Zakaria (kiri) dan Mohd. Aidit Ghazali Hasan ketika melancarkan pertubuhan itu di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 21 Feb. - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang dilancarkan secara rasmi hari ini bagi memberikan tumpuan untuk memartabatkan kedudukan Islam, Melayu dan institusi raja (IMR) mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 1,000 orang telah menganggotainya setakat ini.

Penubuhan Jati yang digerakkan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali merupakan antara perkara utama yang pernah dijanjikan oleh beliau bagi memastikan agenda itu dapat terus diperjuangkan demi memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat.

Dalam majlis pelancaran di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu, lebih 1,000 ahli Jati yang memenuhi dewan mendapat dukungan semangat apabila Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harusani Zakaria turut hadir.

Hasan yang juga Presiden Jati berkata, pertubuhan itu mempunyai tanggungjawab besar dan menjadi pelengkap kepada peranan kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu.

"Kita (Jati) ada kekuatan untuk bersama-sama mencari penyelesaian masalah yang dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu dan Islam.

"Hari ini orang Melayu berhadapan dengan masalah agama, akidah, syariah dan moral selain keciciran serta ketirisan dalam pelbagai perkara,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Jati.

Hadir sama Timbalan Presiden Jati, Datuk Mohd. Aidit Ghazali Hasan; Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor serta Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.

Hasan menegaskan, Jati bukan sebuah pertubuhan yang bersifat perkauman sebaliknya ia dibuka kepada semua masyarakat pelbagai kaum untuk bersama-sama menyumbang idea dalam memajukan negara ini demi kepentingan generasi masa depan.

Malah katanya, Jati turut mewujudkan jawatan ahli kehormat kepada masyarakat bukan Melayu untuk menyertai pertubuhan itu sebagai ruang bagi menyumbangkan idea berguna.

Katanya, idea yang dikemukakan termasuk oleh bukan Islam akan diambil kira oleh Majlis Syura Jati yang dianggotai 12 orang melihatkan para ahli akademik dan profesional dalam pelbagai bidang.

Dalam pada itu, Hasan menegaskan Jati juga tidak mempunyai agenda tersembunyi yang hanya meletakkan kepentingan Melayu semata-mata dalam pergerakan pertubuhan itu.

"Jati memegang prinsip Islam yang menekankan keadilan sejagat. Islam melarang kita meminggirkan manusia kerana perbezaan agama, keturunan dan ideologi politik. Jadi tidak ada agenda tersembunyi," tegasnya.

rosewhite Publish time 22-2-2012 11:54 AM

http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/120221235843.jpg
21 FEB. 2012: Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali (kiri) bersama Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (tengah) dan Datuk Aidit Ghazali (kanan) memerhatikan logo Jati selepas melancarkannya di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor.

rosewhite Publish time 3-4-2012 09:07 AM

Hasan tayang video pengakuan murtad

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0403/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_02.1.jpg
Hasan Ali menunjukkan keratan akhbar Sinar Harian mengenai kenyataan beberapa pemimpin Pas dan PKR yang merasakan isu video murtad tidak penting pada sidang media di kediamannya, di Taman Tun Dr. Ismail, semalam.

KUALA LUMPUR 2 April - Bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali hari ini mendedahkan bukti berlakunya kegiatan memesongkan akidah umat Islam yang dilakukan oleh beberapa pergerakan Kristian di negara ini.

Bukti menerusi rakaman video itu ditayangkan kepada media di kediamannya di sini dengan paparan pengakuan sepasang suami isteri yang pernah dimurtadkan sekitar 2002.

Rakaman video dengan tiga versi iaitu rakaman tanpa suntingan berdurasi sejam setengah serta rakaman dengan suntingan selama 16 minit dan 42 minit itu turut merekodkan pengakuan pasangan berkenaan menjalani upacara pembaptisan di sebuah pangsapuri di ibu negara.

amarkun Publish time 8-4-2012 09:36 PM

na'uzubillah...
Pages: 1 [2]
View full version: Datuk Dr. Hasan Ali


ADVERTISEMENT