fizziany Publish time 21-12-2011 02:25 PM

KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)

Edited by fizziany at 5-3-2016 05:31 PM

Post Last Edit by fizziany at 28-12-2011 23:34

Bismillahirrahmanirahimm....

Aku cuti 2 minggu...3rd January baru masuk kerja semula....

So, aku nak buang-buang masa dengan buat cerita ni.

Ni cerita sempoi-sempoi ja....{:1_141:}

fizziany Publish time 21-12-2011 02:26 PM

Post Last Edit by fizziany at 21-12-2011 14:28

“Boleh tekan?” soal si perempuan.


“Boleh…boleh…tekanlah..” balas si lelaki sambil tersenyum.



Jari jemari yang halus dan runcing terus menyentuh dengan lembut punat hitam di bawah. Warna hijau kekuningan terpancar. Si perempuan tersenyum puas sambil memerhati skrin yang hitam gelap, kini beransur menampakkan cahaya.

Komputer yang baru siap dipasang oleh pekerja teknikal sudah boleh berfungsi.


“So, you go to programme, then you klik at Microsoft outlook to see your email. ..” sambung pekerja teknikal itu lagi sambil tangannya ligat melarikan tetikus computer ke kiri ke kanan. Si perempuan hanya memandang dan angguk bak burung belatuk.



“So, to start your email account, now, key in your name and your password….” Kata pekerja teknikal itu lagi. Si perempuan memandang pekerja lelaki berbangsa cina yang gempal itu lagi.



“What’s my name ah?” soal si perempuan.



“Haiya!!! Nama sendiri pun tak ingat!!!” jerit si lelaki geram. Si perempuan tersengih sambil jarinya ligat menaip. Saja je nak menyakat….hihi….



“N, O, R, A, Z, A,H……Norkiah….” Sambil menaip, si perempuan sempat mengeja. Tapi, lain dieja, lain pula bunyinya. Lucu kedengaran di telinga si lelaki.



“You main2 haa….” Si lelaki gempal ketawa kecil. Azah senyum. Hari pertama di pejabat baru. Segalanya baru! Meja baru, kerusi baru…plastic pun belum bukak lagi ni haa…. Dan computer baru…..



“Okey….you go through with your sytem first. Kalau ada problem dengan your computer or your email account, call I…KC…” pesan lelaki bernama KC itu.



“I will…” Azah mengangguk2. Sudah pasti! Tak ada orang lain lagi yang aku akan cari kalau aku ada problem dengan computer ni.



KC sudah mengemaskan peralatannya, mahu beredar pulang ke jabatannya. Dia merupakan salah seorang pekerja di Jabatan Teknologi Maklumat di syarikat import eksport itu.



“Thanks ya KC…” sempat lagi Azah mengucapkan terima kasih kepada KC yang sudah beransur meninggalkan bilik pejabatnya. KC hanya membalas dengan lambaian sebelum bayangnya hilang dari celah pintu pejabat. Azah senyum lebar.

fizziany Publish time 21-12-2011 02:27 PM

“Kau dah tengok budak baru kat opis kita?” soal Din, salah seorang pegawai di situ. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Biasalah..waktu2 macam ni, memang menjadi sasaran bagi mereka berempat untuk melepak di kantin kilang.


Kadang2, mereka turut disertai oleh pekerja2 bawahan. Meskipun mereka berempat merupakan pegawai atasan di Jabatan Logistik itu, namun hubungan sesama pekerja bawahan tidak pernah dibeza2kan.


Tapi, tatkala sedang melepak beramai2 dikantin, dan bos besar lalu, cepat2 mereka berpecah. Selalunya, yang menjadi mangsa, pekerja2 bawahan yang merupakan penyelia kilang pasti akan ditolak pergi dari kantin.


“Ada budak baru??” soal Harris menyuap karipap yang liat kulitnya ke dalam mulut. Makanan di kantin kilang itu, tidaklah sesedap mana. Tetapi, memandangkan itulah satu2nya tempat makan yang ada, karipap yang macam chewing gum pun ditelan juga. Paling best, pekerja2 perempuan Indonesia yang comel lote dan manis sentiasa menanti mereka.


“Lorr...tak tahu ke? Tulah, datang lambat lagi!” tempelak Halim. Harris tersengih. Dalam banyak2 pegawai dijabatan itu, dia memang champion! Champion datang lewat! Orang lain masuk kerja pukul 8.00 pagi, dia sesedap rasa meggi masuk kerja pukul 8.30 pagi.


“Aku bukan lewat…sampai opis je, terus kena masuk meeting. Kau bukan tak kenal si Rashid tu. Pukul9 pagi meeting, pukul 9 pagilah baru nak bagitahu…bukannya dia nak bagitahu awal2…” gumam Harris.


Halim, Din dan Md. Noor mengangguk, membenarkan kata2 Harris. Ketua Jabatan mereka, Encik Rashid memang begitu. Orangnya memang suka bercakap! Kalau dapat bercakap, paling cepat boleh habis syarahannya adalah 2 jam! Paling lama, berjam-jam!!! Dan dia memang suka buat emergency meeting. Padahal, hal yang dibincangkan, tidaklah secemas manapun!


“Lawa siot…badan cutting model,” tambah Din lagi. Dalam mereka berempat, Din salah seorang yang sudah berkahwin. Anak dah 4. Tapi, memang pandai mengayat perempuan. Nak tambah satu lagi katanya!


“Ye ke….mata ko tu bukan boleh percaya. Dah expired,” tukas Harris sambil menghabiskan kopinya.


“Tak nak cakap banyak arr….jom masuk opis, kita tengok..” kata Din. Harris menjuihkan bibir. Kelam kabut mereka berempat menyudahkan minum pagi mereka.

fizziany Publish time 21-12-2011 02:30 PM

Azah bangun menuju ke bilik Ketua Jabatan. Sebentar tadi, dia baru saja dipanggil oleh Ketua Jabatannya. Dengan senyum yang paling manis, Azah masuk ke bilik yang sentiasa terbuka itu.

“Ya Encik Rashid,” Azah melapor diri. Dia berbalas pandang dengan seorang lelaki berkulit cerah yang sedang berdiri di depan meja Encik Rashid.

“Azah..kenalkan, ini Harris. Senior Executive kat sini, merangkap Head of Operation Department. As I said, you will be handled all export to East Malaysia work and I need you to learn from him. Harris, ajar amoi cantik ni baik2….ada apa2 masalah, jumpa saya. Okay Azah?” Encik Rashid tersenyum lebar menerangkan perincian tugas kepada Azah.

Azah dan lelaki di depannya saling berpandangan. Mereka kemudian sama2 mengangguk, kemudian melangkah keluar dari bilik Encik Rashid.

Lelaki yang mukanya kelihatan endah tak endah itu terus mengekori langkah Azah menuju ke tempatnya. Azah cuma ditempatkan di bilik bersebelahan lelaki itu.

fizziany Publish time 21-12-2011 02:30 PM

Sebaik sampai ditempatnya, Azah terus duduk. Lelaki itu menarik sebuah kerusi kosong lalu duduk di sebelah Azah.

“Pergi desktop,” arah lelaki itu. Azah memandang lelaki yang sedang tekun merenung skrin komputernya.

“Aku nak panggil kau apa?” soal Azah. Lelaki itu menghala pandang ke wajah Azah. Keningnya sedikit terjungkit.

“Harris..” balas lelaki itu dingin. Azah angguk.

“Lepas tu, pergi kat icon kuning yang tulis JD3 tu. Double klik,” arah Harris lagi. Azah hanya mengikut. Tak sampai 2 minit, satu system software terbentang di depan mata mereka.

“Ini…software yang company ni guna untuk buat all the transactions. Kau pun, akan start belajar buat pakai benda ni. Memandangkan ni hari pertama kau, aku ajar yang simple2 dulula. Kau ada buku nota?” soal Harris.

Azah angguk lalu menarik laci mejanya. Sebuah buku berwarna pink dan sebuah pen dengan bulu2 merah jambu diambil. Harris yang memandang terjungkit kening lagi. Pink???

“Aku nak tulis apa?” soal Azah. Harris memberi isyarat agar Azah melepaskan pegangan tangannya pada tetikus. Azah ikut. Kini Harris pula yang memegang tetikus computer. Digerakkan ke kiri ke kanan.

“Tak payah tulis apa2 dulu. Aku bagi penerangan secara menyeluruh pasal kerja ni dulu…buku tu, standby kemudian. Kau memang kena ambil nota banyak…” kata Harris.

Azah melopong. Tadi sibuk suruh stand-by nota ! Namun dia angguk.

Harris kini sudah melukis beberapa carta kerja, lalu diterangkan satu persatu kepada Azah. Beberapa buah fail diambil lalu diserahkan kepada Azah agar Azah dapat memahami skop kerjanya dengan lebih baik. Hampir tengahari, barulah kelas mengajar tidak rasmiitu tamat.

“Setakat ni dululah. Nanti, bila kau dah start buat kerja, lama2 kau pandailah,” kata Harris lalu bangun. Dia menelek jam tangannya. Sudah masuk waktu makan tengahari rupanya. Patutlah perut pun dah berkeroncong!

“Eh..makan kat mana?” soal Azah sambil menyimpan buku notanya di laci.

“Kat mulut..” balas Harris spontan lalu terus menghilang ke meja Md. Noor di hujung sudut.

Taik! Azah mendengus. Azah bangun, membetulkan skirt paras lutut yang dipakainya. Hari pertama bekerja, dia mengenakan blaus beropol didada berwarna merah hati dengan skirt hitam. Rambut panjangnya didandan rapi. Siap ada cucuk sanggul berbentuk rama2.

Azah menghampiri seorang pekerja wanita yang sibuk menyusun kertas2 yang bertimbun.

“Hai…tak keluar lunch ke?” soal Azah. Wanita itu senyum.

“Staff baru kan? Nak lunch sama?” soal wanita itu . Azah angguk cepat2. Di Jabatan itu, cuma ada 3 orang pekerja perempuan. Yang lain, semuanya lelaki! Seorang, si penyelaras jabatan itu yang berbangsa Cina. Dia sudah awal2 keluar bersama temannya dari jabatan lain. Jadi, yang tinggal hanya mereka berdua.

“Nama siapa?” soal wanita itu sambil membimbit dompetnya yang panjang.

“Azah,” balasnya pendek.

“PanggilMiah je,” kata wanita itu memperkenalkan dirinya lalu berjabat tangan dengan Azah. Azah senyum gembira.

fizziany Publish time 21-12-2011 02:31 PM

“Kalau aku cerita mesti kau tak percaya…” kata Harris sambil menyuap nasi goreng kampung ke mulutnya. 3 sekawan lagi bulat memandang muka Harris.

“Aku percaya…aku percaya…” sampuk Din. Yang lain tersengih. Tak sabar hendak mendengar cerita tentang pengalaman Harris yang bertuah dapat menjadi orang pertama berbual dengan si pekerja baru yang cantik mentik tu.

“Muka kiut, tapi hati legend beb…” kata Harris lagi. Semakin galak dia bercerita. Lebih2 lagi melihatkan muka cemberut kawan2nya itu.

“Apa yang legend?” soal Halim lagi. Md. Noor dari tadi hanya diam. Dia yang paling pendiam dalam kumpulan itu. Tidak banyak mulut seperti kawan2nya yang lain. Hanya bercakap bila perlu sahaja.

“Dia bahasakan diri dia ‘aku’ ‘kau’ aje….macam tak percaya..” sambung Harris.

“Oooo…”melopong mulut si Halim dan Din.

“Dia dah kahwin belum?” soal Din.

“Haha…betul! Itu yang paling penting nak tahu tu,” sampuk Halim pula. Harris terdiam sambil menyambung makan.

“Entah! Ada aku kisah kalau dia dah kahwin ke belum…” sambung Harris. Dia tidak berminat hendak mengetahui latar belakang gadis itu.

“Hissyyy…itu yang paling penting! Takpe, nanti lepas lunch, aku nak tanya….” Ujar Din.

“Tanya…tanya…” sokong Halim. Niat murni Din memang susah nak disembunyikan. Pantang nampak perempuan lawa. Mesti dia mengayat!

fizziany Publish time 21-12-2011 02:31 PM

Masuk kali ni dah 3 kali Din lalu di depan bilik pekerja baru.Harris turut perasankan kelibat Din. Malah dia tahu tujuan Din. Namun dia buat endah tak endah saja. Malas nak ambil tahu. Biarlah…ada aku kisah? Lagipun kerjanya masih berlambak….

Dengan senyum yang terkulat2, Din menghampiri bilik Azah, kemudian bersandar di pintu bilik sambil membetulkan posisi badannya agar kelihatan lebih gagah di mata Azah.

“Nama siapa tadi? Azah ye?” soal Din, pura2 lupa. Padahal, nama itu masih melekat di dalam kepalanya tatkala si penyelaras jabatan, Ching memperkenalkan Azah kepada seluruh isi pejabat.

“Ha’a…” Azah menoleh ke belakang lantas mengukir senyuman.

“Husband kerja kat mana?” soal Din dengan senyum yang terkulat2. Azah menjungkit keningnya, kemudian mengulum senyum. Sudah acap kali dia mendengar soalan serampang dua mata itu. Cakap sajalah nak tanya dah kahwin ke belum. Bukan berdosa pun!

“Hmmm….dia kerja kat Shah Alam,” balas Azah. Di dalam hatinya, tergelak kecil. Hahahah….padan muka kena tipu.

“Ooo…tak jauh la tu,” sambung Din tersengih macam kerang busuk. Dia terus menapak keluar dari bilik Azah lalu melangkah 3 tapak ke belakang, berdiri di depan pintu bilik Harris yang bersebelahan.

“Dah kahwin…” ujarnya separuh berbisik dengan muka kelat. Harris yang memandang buat muka selamba. Ada aku kisah….???

“Tak dek can…” Din menghampiri Harris lalu menepuk belakang Harris yang masih tekun membuat kerja di komputernya. Tersedak sedikit Harris dibuatnya dengan tepukan itu. Din dipandang menyampah.

“Blah! Aku banyak kerja ni…” halau Harris. Din terus keluar dari situ, menuju ke tempat si Halim pula demi menyampaikan berita panas itu.

fizziany Publish time 21-12-2011 02:32 PM

cukup sini dulu....buat intro.....:C

nursalidah Publish time 21-12-2011 02:53 PM

Ye..ye..ada cerita baru.Terima Kasih Fizz dan selamat bercuti!!!

arieyana Publish time 21-12-2011 03:01 PM

intro yg best{:gambateho
x sabo nk tggu sambungan nyer...

mie07 Publish time 21-12-2011 04:00 PM

Yeee yeee ada citer baru tq fizzi.................

katara1 Publish time 21-12-2011 04:05 PM

buah tangan fizzi mmg best... sambung cepat ye cik fizzii...{:2conggalo

sophyz Publish time 21-12-2011 04:38 PM

haifizzy.. thankss de cite baru la... selama ni jadi silent reader je.. tapi cite fizz mmg superb.. besh..kalau free2 sambung banyak2 lagi n3 yeaaaa.. :loveliness:

qimi08 Publish time 21-12-2011 04:49 PM

weh best arrr...
sbg lagi blm npk hero dan heroin lagi ni;P

fizziany Publish time 21-12-2011 10:03 PM

camana aku nak edit tajuk dia ni supaya ada kaler n bold???

sapa-sapa tolong buat....aku tak reti2 lagi....adehhh....:shakehead3:

qimi08 Publish time 21-12-2011 11:08 PM

Reply 15# fizziany

Cuba ko pm tanyer kat mod jaza or mek jing

masa ko edit tu kat situ ada tulis bold front size and clrs kan

asyriqa Publish time 22-12-2011 12:41 AM

amboiii3 harris dingin bekunya dia... macam tak dek perasaan jep...;P

fizzi.. tajuk cite pun ala2 garang gitu... mesti si harris yg dingin beku ni yg cakap gituh...:P

yatipauzi Publish time 22-12-2011 08:27 AM

{:stoneoyeayyyy!! citer baru lg...{:childlikeo
bru smlm marathon abis kn citer faris....
best tol ending nye.....

ADRIANAQISTINA Publish time 22-12-2011 08:39 AM

lme tunggu buah tgn dr fizziany

wawin Publish time 22-12-2011 11:43 AM

best intro. xsabar...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)


ADVERTISEMENT