midar Publish time 20-1-2012 07:35 AM

Aik harris....
Dlm hati sudah ada taman ker????
:lol:

alifinara Publish time 20-1-2012 08:36 AM

sorry la ya kalau ada salah kat mana2....ni taip main taram ja....langsung tak baca balik n edit dah ...
fizziany Post at 19-1-2012 23:47 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    saya jumpa jumpa yg ni:

“Along makan ubat kurus ke?” soal Azah kepada kakaknya. Melihat dari fizikal Amirah, jelas berat badan gadis berusia 30-an itu sudah banyak menyusut. Nak jaga badan barangkali!

tapi tak menjejaskan cerita pun....:) keep up the good work!

qimi08 Publish time 20-1-2012 10:31 AM

Sbg lagi fiz ...ni cuti raya cina panjang ni {:1_152:}

prettyuglybabe Publish time 20-1-2012 10:50 AM

lagi please.. {:hoorayo

auntieagony Publish time 20-1-2012 11:59 AM

Salam.

Auntie suka sgt continuation ni....{:1_132:}

Biar Harris tu merindu lama lagi.... Auntie harap Azah tambah lagi EL sebyk 3 hari lagi dan auntie harap syarikat tempat Azah bekerja bagi 2/3 hari compassionate leave sbb parents kena hospitalization. Biar Harris menanggung "derita rindu" lama sikit, so that he'll appreciate Azah more...

Brutal sgt ker plot fantasy auntie ni?;P

atahanje Publish time 20-1-2012 02:09 PM

tq fizi harap2 lepas raya cina nie byk la n3

shahrinas Publish time 20-1-2012 02:41 PM

hehehe...
mesti HARIS ngan AZAH kan... :L

nhid_tam Publish time 20-1-2012 10:01 PM

best2...hehe

asyriqa Publish time 21-1-2012 12:56 PM

aaiiikkk... harrissss dah pandai nak bau2 rindu di angin lalu nampakk... macam ne la rupa mamat dingin beku ni bila dia angau nanti gamaknye... tak sabo nak tengok...:lol:

fizziany Publish time 21-1-2012 11:51 PM

hua!hua!hua!

raya cina dtg lagi......alhamdulillah, ada la masa nak menaip....hihi...:lol:

fizziany Publish time 21-1-2012 11:54 PM

Azah mengeluarkan keropok lekor yang di bawa pulang dari kampong dari beg kertas. Yani dan Shitah nampaknya sudah tidak sabar hendak melihat isi kandungan beg kertas yang di bawa pulang oleh Azah. Selalunya, jika Azah pulang dari kampong, dia pasti akan membawa pulang beberapa ole-ole berupa makanan untuk mereka bertiga.

“Bapak kau dah sihat?” soal Shitah yang membantu Azah mengemaskan plastic.

“Alhamdulillah. Lepas operation tu, dia dah tak sakit lagi. Keadaan dia makin baik berbanding sebelum ni. Tapi, masih dalam pantang,” ujar Azah ceria. Melihat keadaan bapanya selepas pembedahan tempohari, nampaknya bapanya benar-benar gembira. Barangkali, sudah tidak merasa sakit seperti dahulu.

“Baguslah kalau macam tu…” kata Shitah. Yani sudah mengambil keropok lekor yang dibawa pulang oleh Azah lalu di bawa ke tepi dapur untuk dipotong.

Azah mengukir senyum. Hatinya turut senang melihat bapanya yang sudah sihat. Azah melihat saja Shitah dan Yani yang sedang menggoreng keropok lekor sambil berbual-bual kosong.

Azah menongkat dagunya di meja makan. Penat badannya yang memandu pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur sudah pun hilang. Namun, masih ada sesuatu yang tertinggal di benak hatinya.

Perbelanjaan perubatan bapanya tempohari ditanggung sepenuhnya oleh Azah. Kata-kata kakak sulungnya yang mahu berkongsi duit untuk membiaya perubatan itu, tidak tahu samada akan menjadi realiti atau tidak. Kakaknya tidak menghubunginya langsung selepas pembedahan itu berlangsung.

Takkanlah Azah pula hendak menelefon kakaknya dan bertanyakan hal itu? Segan pula dia…Akhirnya, Azah membuat keputusan untuk tidak mahu menghubungi kakaknya. Jika kakaknya benar-benar mahu mengotakan kata-katanya, biar dia saja yang menghubungi Azah dan berbincang tentang hal itu. Azah tidak akan sekali-kali mengungkit tentang kos perubatan tersebut.

Jika ditakdirkan kakaknya tidak mahu bercakap langsung tentang hal kos perubatan itu sampai mati pun, Azah tidak kisah. Dia ikhlas saja membantu bapanya. Lagipun, itu sudah menjadi tugasnya sebagai seorang anak.

Duit dalam akaun banknya juga sudah berkurangan. Hmm…Azah mengeluh kecil. Tidak mahu Yani dan Shitah mendengar keluhannya.

Mungkin selepas ini, dia perlu mencari kerja sambilan untuk mengumpul wang semula? Atau, dia terpaksa mengkaji semula perbelanjaannya? Entahlah…dia sendiri belum tahu apa yang harus dilakukannya….

Esok, dia akan kembali bekerja semula…Wajah Harris tiba-tiba melayang dihadapan matanya. Ah!

fizziany Publish time 21-1-2012 11:55 PM

Azah melewati pintu pagar syarikatnya. Dengan langkah yang perlahan, dia berjalan menuju ke pejabatnya. Hari masih awal. Hari ini dia sampai awal setelah 3 hari bercuti. Tatkala melewati pondok pengawal keselamatan, Azah melempar pandang ke tepi pondok pengawal tersebut.

Ah! Awal mamat ni sampai.??? Harris sedang duduk melepak di bangku yang terdapat di tepi pondok pengawal itu.

Dari ekor mata Azah, Harris memerhatikannya sejak dia keluar dari kereta sebentar tadi, tapi sebaik pandangan mereka berlaga, Harris cepat-cepat memandang kea rah lain.

Azah menelek jam di tangan. Baru pukul 7.45 pagi…awal sangat untuk Harris sampai. Apa sudah jadi dengan budak ni sekarang? Bukankah dahulu dia selalu datang lambat?

Kaki Azah terus melangkah. Malas hendak berfikir panjang lagi.

fizziany Publish time 21-1-2012 11:57 PM

“Bapak kau dah sihat?” soal Miah yang bertandang ke tempat duduk Azah. Jam sudah menunjukkan angka 12.30 tengahari. Setengah jam lagi, waktu rehat. Memandangkan Miah sudah tidak ada semangat untuk membuat kerjanya, dengan segera dia bertandang ke tempat Azah untuk bersembang.

“Alhamdullillah. Okay..” angguk Azah.

“Nak makan kat mana hari ni?” soal Miah.

“Ntah! Abang Din ajak kita makan tengahari sama-sama. Nak ikut?” soal Azah. Dia juga kadang-kadang hilang idea untuk mencari tempat makan tengahari. Hendak harapkan menu di kantin kilang, hmmm….baik jangan berharap langsung!

Menu di kantin , jarang-jarang menepati seleranya. Tambahan pula, Azah malas sungguh hendak berebut-rebut dengan pekerja lelaki yang suka berkerumun di sekeliling rak makanan.

Daripada bersesak dengan lelaki-lelaki di kantin, Azah lebih rela tak makan! Begitu jugalah halnya dengan Miah.

“Ikut je lah! Aku pun tak tahu nak gi mana…” saran Miah. Azah angguk. Dalam kepalanya, masih terdapat perkara yang berlegar di ruang otaknya. Azah memandang Miah di sebelahnya.

“Kau pernah kerja part-time?” soal Azah berbasa basi, sambil menyembunyikan niat sebenarnya mahu mencari kerja sambilan. Miah memandang kembali.

“Tak. Kenapa kau tanya?” soalMiah.

“Takde apa..saja tanya..” pantas Azah menggeleng. Pintu biliknya diketuk kuat dari luar, lalu Din terus masuk ke bilik Azah.

“Rehat sekali ye…jangan pergi mana-mana pulak!” pesan Din memandang keduanya.

“Iyelah abang Din…Ni yang bersungguh-sungguh ajak kitorang makan sekali ni kenapa? Nak belanja ke? ” marah Miah. Din sengih.

“Alah..ikut sajalah! Adaorang nak belanja…” kata Din lagi. Azah dan Miah senyum lebar.

“Asal ada orang belanja, kitorang on saja…” balas Miah sambil disambut dengan anggukan dari Azah.

fizziany Publish time 22-1-2012 12:00 AM

“Kau menang nombor ekor ke Harris? Tiba-tiba nak belanja kitorang ni…” soal Miah yang baru melabuhkan punggungnya di kerusi restoran Pizza Hut tengahari itu. Matanya melingas memandang sekelilingnya. Azah turut duduk diikuti dengan Harris dan Din.

“Siapa pulak cakap aku nak belanja korang?” soal Harris kembali. Dalam masa yang sama, dia melirik kea rah Din. Din sudah terlepas cakap pada budak berdua inikah? Tak boleh harap punya Din….

“Habis, tadi abang Din kata ko nak belanja!” tambah Miah hairan.

“Aku tak bawak duit ni…jangan main-main..” tokok Miah lagi sambil menunjukkan tangannya yang kosong.

“Aku bawak dua posen je. Kalau kau nak pinjam…bolehlah…” Azah pula menyampuk sambil memandang Harris yang duduk berhadapan dengannya. Aduiii…kenapalah mamat ni duduk depan aku. Macammana aku nak makan pizza yang melekat tu…

“Betullah…tadi si Harris ni yang beria-ia suruh abang ajak Azah dengan Miah makan sama. Dia sendiri kata nak belanja kita….” Din memecahkan tembelang Harris yang sejak dari pagi memintanya mengajak Azah dan Miah makan tengahari bersama.

Miah dan Azah memandang kea rah Harris yang sedang tersenyum sumbing dengan tempelak Din. Pelayan restoran datang menghulurkan menu. Keempat-empat mereka leka meneliti menu di tangan.

“Korang order banyak-banyak sikit….order yang mahal-mahal. Harris ni bukan senang nak belanja orang..” pesan Din lagi. Miah dan Azah tersenyum. Sepintas lalu, pandangan Harris dan Azah berlaga. Namun, cepat-cepat mata dilarikan merenung menu di tangan.

“Tapi, aku peliklah dengan ko ni Ris….kenapa kau nak belanja kami? Isk…musykil aku..” risau betul Miah. Dia memandang Harris menunggu jawapan.

“Kau tanya lagi sekali, kau bayar sendiri makanan kau!”itu saja jawapan Harris. Pendek. Terus dia merenung menu di tangan lagi. Dalam hatinya, geram tidak terkata dengan Miah ni. Dah orang nak belanja makan tu...…makan sajalah! Banyak pulak soalannya! Azah di depan dilirik seimbas lalu.

fizziany Publish time 22-1-2012 12:04 AM

Harris termenung sejenak sebaik mendengarpenerangan Encik Rashid. Dia tunduk merenung kertas-kertas yang bertimbun dihadapannya. Encik Rashid pula memandangHarris di depannya yang termenung lama.

“Mau tak?” soal Encik Rashid lagi. Sebenarnya, dia tidak perlu bertanya soalan itu kepada Harris. Hal ini kerana, jika Harris tidak mahu pergi ke Kuching pun, dia tetap perlu ke sana juga kerana sudah tidak ada orang lain yang boleh melakukan kerja itu.

Harris menarik nafas dalam-dalam, memandang Encik Rashid lagi. Dia mengukir senyum simpul. Sebenarnya, dia tidak kisah jika dia harus ke mana-manasekalipun. Ia langsung tidak menjadi masalah baginya.

Malah, lagi dia suka jika berpeluang makan angin di sesetengah negeri yang sebelum ini belum pernah dikunjunginya sejak kecil.Tapi, kali ini entah kenapa dia agak keberatan mahu pergi.

“Saya tak kisah bab nak pergi tu….tapi…” kata-kata Harris terhenti sejenak.

“Tapi apa?” soal Encik Rashid tidak sabar. Harris mengukir senyum lagi.

“Kalau saya bawak sorang budak saya ke sana jugak, boleh?” soal Harris sekadar menduga. Dia juga tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat kebenaran dari Encik Rashid.

“You nak bawak budak you? Kenapa?” soal Encik Rashid sambil menongkat dagu dengan sebelah tangannya.

“Supaya senang nak mintak tolong. Takut jadi macam opening kat KK dulu, bila mintak tolong dengan budak sana, semua blur. Semua baru…tak tahu hujung pangkal. Lepas tu pulak, ada setengah yang bercakap dengan loghat yang pekat. Saya tak faham dia cakap apa. Dia pun tak faham saya nak apa. Macam ayam dengan itik bercakap. Last-last, semua benda saya buat sendiri. Susah bang…” luah Harris akan isi hatinya.

Encik Rashid ketawa kecil mendengar penjelasan Harris. Masuk akal juga. Kasihan jugak kalau terpaksa buat kerja sorang-sorang di tempat asing. Pulak tu, bukan sehari dua.

“Hmm…okaylah…you bawak sorang ikut you…Tapi, siapa you nak bawak?” soal Encik Rashid pula. Terjungkit kening Harris bila Encik Rashid sudi membenarkannya untuk membawa seorang pembantu bagi memudahkan kerja-kerjanya di sana.

Harris mengukir senyum simpul, sambil memeluk tubuh. Dia sebenarnya sudah pun membayangkan siapa yang bakal menemaninya nanti. Bertambah panjang senyuman Harrisbila membayangkan wajah gadis itu nanti.

“Saya nak bawa Azah…” kata Harris tersenyum. Berkerut dahi Encik Rashid.

“Azah? Dia nak ikut you ke?” soal Encik Rashid. Tak pernah Encik Rashid membayangkan yang Harris akan mencadangkan nama Azah. Pada fikirannya, mungkin Harris akan membawa mana-mana pekerja lelaki memandangkan Harris lebih selesa dengan pekerja lelaki berbanding pekerja pekerja perempuan.

“Nanti saya pujuk dia…” ujar Harris penuh yakin. Encik Rashid mengangguk setuju.

auntieagony Publish time 22-1-2012 01:40 AM

Salam Fizziany.

Bagi lah can utk Azah to show some resistance - tak nak ler asyik marah memuncung jer tapi tak bertindak apa2x.... Kesian Azah asyik kena buli dgn Harris....

Auntie ni pembela kaum wanita yg tertindas... Hihihi....;P

nhid_tam Publish time 22-1-2012 09:05 PM

hehehe....azah gi bercuti sambil bekerja ngan harris lak...

qimi08 Publish time 22-1-2012 09:33 PM

Tentu azah setuju ikut harris untuk dpt duit tambahan ....
klu kerja luar tentu ada duit tambahan diberi kan...

prettyuglybabe Publish time 25-1-2012 11:41 AM

best.. best.. nak lagi.. {:thumbo

shahrinas Publish time 25-1-2012 11:53 AM

hihihi...kita suka...kita suka... :L
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15 16 17 18 19
View full version: KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)


ADVERTISEMENT