Goldkey Publish time 23-12-2011 06:20 PM

Ketinggalan

"bang, jom tengok ombak rindu".

sejam kemudian
di pesisiran pantai
"sayang,
macam mana nak tahu ombak rindu"?

Goldkey, 23/12/11, 18.18 pm
BBB

Goldkey Publish time 23-12-2011 09:54 PM

Post Last Edit by Goldkey at 23-12-2011 21:55

Pemuisi vs Komentator

Pemuisi
garaplah puisi mengikut gayamu tersendiri
klasik moden
konvensional berinovasi
tradisional berinfomasi
kias mengias tidaklah dikisahkan
namun
apabila nukilanmu dikongsi di laman ini
haruslah berlapang dada dengan komentar komentator
barangkali ada ruang dan peluang untuk menambah baikan puisimu.

Komentator
kamu baca betul-betul
apapun aliran pemuisi biarkan saja
andai kamu ingin memberi komentar
berikan komentar yang membina
kerana itu akan memartabatkan lagi kualiti puisi kita
berikan cadangan penambahbaikannya
bukan hanya mengkritik tanpa apa-apa usul
kerana kritikan tanpa usul menyendeng ke arah memperendahkan suatu karya
harus belajar menghormati teman sepemuisi.

Belajar dan terus belajar
jangan menggelepar tak tentu pasal
nanti hati calar balar
laman jadi pudar
emosi tercakar
idea meliar
puisi hambar
bicara tak segar
ukhwah longgar
keharmonian terbubar.

Goldkey, 23/12/11, 21.33 pm
BBB

Goldkey Publish time 23-12-2011 11:33 PM

Maafkan

Bila aku
terpandang
duri sembilu terpacak
mencacah luka di hati-hati mereka
maafkan
aku terpaksa mencabutnya
sebelum nanah membarah
tak terubati lagi.

Goldkey, 23/12/11, 23.23pm
BBB

Goldkey Publish time 25-12-2011 08:58 PM

Keras Kerak Nasi

Sekali dengar keras
susah nak dimakan
sekali kena siram dengan air
lembik lunyai.

Itik ayam suka kerak nasi
kalau nak brutal jangan jadi kerak nasi.

Goldkey, 25/12/11, 13.14 pm
FTS

Goldkey Publish time 25-12-2011 08:59 PM

Aku berdehem

Ehem! Ehem!
aku berdehem
kerana aku rasa geli tekak
barangkali dah lama tak bertekak
kering meledak.

Alih-alih
ada yang tersedak
macam budak-budak
makan gelojoh
tak dikunyahnya main telan saja.

Ada aku kesah
kalau makan
sendiri mahu ingat
kalau tak tahu makan
belajar makan
jangan nak marah orang.

Goldkey, 25/12/11, 20.47 pm
BBB

Goldkey Publish time 25-12-2011 09:22 PM

Surat Orang Tua

Aku sudah tua
tiada lagi gigi untuk menggigit
cuma ada petua-petua tua
yang barangkali dipersenda
anak muda.

Anak muda
dalam meniti hidup peganglah dan susuri waspada
agar kamu tak tergelincir jatuh ke lembah hina
jika kamu makan jangan sampai menyepahkan meja
tak elok dipandang mata.

Goldkey, 25/12/11, 21.18 pm
BBB

Goldkey Publish time 26-12-2011 10:50 PM

Andai

Andai tinta ini
tidak lagi menari
merangkaikan kata-kata
tiada lagi aku di sini
menanti
bicaramu teman.

Andai tinta ini
tidak lagi menyanyi
memelodikan syair jiwa
tiada lagi aku di sini
meneliti
nukilanmu teman.

Andai tinta ini
enggan lagi menitis
jangan sesekali ditangisi
yang patah akan kering layu
yang tumbuh akan berpucuk berbuah
menggantikan.

Goldkey, 26/12/11, 22.43 pm
BBB

Goldkey Publish time 27-12-2011 08:27 AM

Aduhai Murai

Dari jendela kamar
pagi-pagi yang bening indah
kudengar siulan murai betina yang sumbang
mendendang lagu cinta agung
konon cintanya cinta sejati
menemukan murai jantan tampan berbudi bahasa.

Aduhai Murai betina
kamu hanya dipandirkan
murai jantan sering berselingkuh
kanan sayang kiri pun sayang
usah terlalu yakin
hatta kentut murai jantan pun kau kata wangi.

Adehsss Murai,
Kesian kamu.

Goldkey, 27/12/11, 8.19 pm
BBB

Goldkey Publish time 27-12-2011 07:26 PM

Singa Jantan main wayang

Pepagi dah mengaum
konon dialah hebat mengawal malam
senang taik mata bertepek.

Maka tunduklah singa betina
kagum dengannya
kelihatan gagah perkasa.

Sedarlah singa betina
kamu dibelacikan
usah nak berjaga malam
makannya pun engkau burukan.

Goldkey, 27/12/11, 8.56am
BBB

Goldkey Publish time 27-12-2011 07:27 PM

Jika nak membakar

Jika kamu nak membakar
simbahlah petrol
biar terbakar hangus
dan semua berakhir di situ.

Jangan biar ia berbara
berasap memedih mata
kelak kamu yang tak selesa
makan hati berulam kaca.

Goldkey, 27/12/11, 9.11am
BBB

Goldkey Publish time 27-12-2011 07:28 PM

Garam dan Gula

Kalau garam masih bertukar dengan gula
usah berlagak jadi dewasa
belajar dulu selok belok alam remaja
kenal dulu dosa pahala
kiri kanan dipersenda
atas bawah memperkuda
sungguh tiada harga
celikkan mata.

Goldkey, 27/12/11, 9.18am
BBB

Goldkey Publish time 27-12-2011 07:29 PM

Aku kata jangan

Jangan monyet, jangan!
itu buah jangan dicuba
jangan monyet, jangan!

Hah! Kan dah tercabai
menggelepar sana sini
Ada aku kesah.

Goldkey, 27/12/11, 15.28 pm
BBB

Goldkey Publish time 27-12-2011 07:29 PM

Aduhai Murai II

Pesan orang tua-tua
jika murai bersiulan
tandanya ada berita nak dibisikkan
maka berilah salam kepadanya.

Jika berita baik yang kaubawa
aduhai sang murai bersiullah
jika berita buruk yang kaukhabarkan
aduhai sang murai silalah terbang pergi.

Lihatlah
apa yang murai buat
terus bersiulan atau terbang pergi.

Moga tiada hampa di hati.

Goldkey, 27/12/11, 15.36 pm
BBB

Goldkey Publish time 27-12-2011 07:30 PM

Singa jantan main wayang II

Penat singa betina memburu
dimintanya singa jantan menjaga hasil buruan
singa jantan beragenda pura-pura ingin tidur
konon malam nak berkawal
sedang sebenarnya berselingkuh dengan singa betina seberang.

Ditinggalkan singa jantan hasil buruan
dimintanya dubuk menjaga
maka bertepuk soraklah si dubuk
yang entah dari mana datang menjadi balaci singa
maka dipandir-pandirkan singa betina itu.

Goldkey, 27/12/11, 16.12pm
BBB

Goldkey Publish time 27-12-2011 07:31 PM

Duhai Merpati

Usah terlalu jinak
telah kau ketahui
ular sawa jantan ada pasangan
ular sawa betina sedang mengeram
bahaya, kerana dia kelaparan.

Duhai merpati
kenali ular sawa jantan
sekali membelit rela nyawanya tergadai
ingat! lebih baik kamu terbang tinggi
dari menghampiri.

Goldkey, 27/12/11, 16.47 pm
BBB

Goldkey Publish time 28-12-2011 07:23 AM

Dinda

Usah tunduk tersipu
menahan debar sukma
donggakan pandanganmu
tataplah senyuman ini
agar tenang getaran dadamu.

Usah melirik pandang
mencuri renung tampangku
palingkan jelingan
lihatlah semahu-mahumu
esok jangan rindu-rinduan.

Goldkey, 27/12/11, 22.46 pm
BBB

Goldkey Publish time 28-12-2011 07:24 AM

Kelelakianku berahimu.

Kelelakianku
ingin memasuki kamar hatimu
mencumbui cintamu yang seksi
biar berahiku tertunduk
puas.

Kelelakianku
ingin menyingkap kelambu ranjangmu
berbaring menghirup wangian mungil dadamu
biar berahiku melesu
puas.

Kelelakianku
menggebu mulus seperti mulunya ulas bibirmu
ingin sekali kubiarkan kau mengucup hangatnya
biar berahimu tersenyum
puas.

Goldkey, 27/12/11, 23.17 pm
BBB

Goldkey Publish time 28-12-2011 07:28 PM

Dedalu

Buka pandangan
sedari dedalu
sedang memerah
segenap kudrat
nanti kelumpuhan
meranapkan impian.

Goldkey, 28/12/11, 14.48 pm
BBB

Goldkey Publish time 28-12-2011 07:29 PM

Garis putih

Memandu
ke destinasi
dicabar hujan
hanya pengalaman
jadi taruhan.

Goldkey, 28/12/11, 18.43pm
BBB

Goldkey Publish time 28-12-2011 10:35 PM

Post Last Edit by Goldkey at 29-12-2011 07:46

Kelelakianku, berahimu II

Kelelakianku
menyeka ghairah
bila bibirmu mengucup hangat bibirku
diiringi melodi nafas
mengasyikkan.

Kelelakianku
memendam rasa
bila rangkulan ghairahmu mengepam laju jantung cintaku
disusuli bisikan asmaramu
menghayalkan.

Kelelakianku
lemas dalam berahimu
terdampar di pesisir pantai asmara
dan terukir senyuman
di bibir nakalmu.

Goldkey, 28/12/11, 21.50 pm
BBB
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II


ADVERTISEMENT