Goldkey Publish time 30-12-2011 08:52 AM

Yang memenjara

Terperangkap dalam kebuasan
Sedang cahaya terang menyuluh
Yang terpandang hanya lorong-lorong hanyir
Terpenjara dalam kebebalan hati
Hanyut dan terus hanyut
Sehingga kematian menjemput
Moga ada kebajikan yang tak terpadam.

Goldkey, 3012/11, 00.10 am
BBB

Goldkey Publish time 30-12-2011 08:58 AM

Tukang cat

Di sapu atas bawah kiri kanan
dicat-cat
yang comot jadi bersih
yang lama nampak baru
aku tengok saja
pening bau cat.

Goldkey, 30/12/11, 0.31am
BBB

Goldkey Publish time 30-12-2011 10:35 AM

Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2011 14:18

Ligat

Berpusing
bak kipas siling
laju
membawa bahang.

Goldkey, 30/12/11, 10.32am
BBB

Goldkey Publish time 30-12-2011 11:33 AM

Mendung

Meneduh
menghitam langit
dingin
memberi cahaya.

Goldkey, 30/12/11, 10.43 am
BBB

Goldkey Publish time 30-12-2011 11:33 AM

Luka

Ditoreh
luka berdarah
memercik darah duka
hati
bahagia.

Goldkey, 30/12/11, 11.14 am
BBB

Goldkey Publish time 30-12-2011 12:33 PM

Manis

Andai kamu teguk cinta
biar manisnya kekal ke senja
jangan hanya
ada madu di tangga
ruang tamu berserakan taburan kaca.

Goldkey, 30/12/11, 11.59 am
BBB

Goldkey Publish time 30-12-2011 06:54 PM

Suatu Renungan Di ambang 2012

Aku, kamu dan kamu
apakah sumbangan kepada Ilahi?
sudahkah melaksanakan syariat-Nya?
berapa kalikah mengucapkan kalimah syahadah di luar solat?
sempurnakah solat?
cukupkah puasa di bulan ramadhan?
bersihkah harta dari yang berhak ke atasnya?
berapa kali mendoakan untuk keampunan kedua ibubapa?
sepanjang 364 hari yang sudah dilalui
renungi.

Selamat menyambut tahun baru kepada semua Warga Forum Cari
sambutlah dengan cara dikehendaki-Nya
bukan dengan cara bermaksiat kepada-Nya.

Goldkey, 30/12/11, 18.37 pm
BBB

Goldkey Publish time 1-1-2012 12:37 AM

Dengan Nama Allah
Ya Rahman Ya Rahim

Kumulakan bicara di awal tahun 2012
mari kita bersama menjulang bahasa kita
larikan bait-bait kata terindah
menjadi pesanan yang berfaedah
demi masa telah difirmankan
manusia dalam kerugian
kecuali
yang beriman dan beramal soleh
dan berpesan-pesan dengan kebenaran penuh kesabaran.

Goldkey, 1/1/12, 00.01am
BBB

Goldkey Publish time 1-1-2012 12:37 AM

Sebelum

Sebelum kita ditakbirkan
dengan empat kali takbir
mohon agar nur keimanan
tidak sesekali Allah palingkan
dari menetap di kalbu
kerana hanya keredhaan-Nya
menyelamat
dari terhumban ke dalam jahanam.

Goldkey, 1/1/12, 00.13 am
BBB

Goldkey Publish time 1-1-2012 12:49 PM

Secebis Pesanan

Tahun baru bermula
setelah azam dipajak ke ladang harapan
bertebarlah kumpul baja pohon kehidupan
biar akar mencengkam kejat
tak terhakis dek arus kemodenan
berpucuk-berbunga-berbuah kejayaan
dan terbalas ruyung yang kaupecahkan.

Goldkey 1/1/12, 12.42tgh
BBB

Goldkey Publish time 1-1-2012 01:33 PM

Salam Ceria

Selamat tahun baru
jalani azam baru
moga sejahtera milik kamu
senyum-senyum selalu
sucikan kalbu
bebaskan diri dari dibelenggu
masalah yang menganggu
esok langit pasti membiru
tiada yang lebih mengerti dirimu
ingat Tuhan Yang Satu
cukuplah kepada-Nya tempat mengadu
kepada-Nya kita memohon restu.

Mulakan tahun dengan ceria
semai benih-benih bahagia
hilangkan segala luka
ubati calar-calar duka
biar terbunuh barah sengsara
berkubur malapetaka
dan biar melata
pohon-pohon bersilara
menaungi kehidupan penuh makna
menuju pulang ke sisi-Nya
dalam keredupan cahaya takwa
anugerah Yang Esa.


CNM, 1/1/12, 13.21 pm
BBB

Goldkey Publish time 1-1-2012 03:27 PM

Cuti

Tiada lagi
esok lusa kembali bertugas
amanah tergalas
bina insan jadi yang teratas
memakmurkan bumi yang luas
berpegang kepada batas-batas
syariat yang tegas
menyelamat dari terbabas
ke jurang ganas.

CNM, 1/1/12, 15.23pm
BBB

Goldkey Publish time 1-1-2012 04:45 PM

Frame Cinta

Frame cinta yang kamu ukir
terlihat indah sekali
jika digantung
pada dinding hati
yang tiada contengan cemburu
yang bebas dari calaran syak wasangka
yang bersih dari percikan darah keegoaan.

Kamu akan asyik
menatapi senyuman cinta
biasan cermin diri pada frame cinta.

CNM, 1/1/12, 16.37pm
BBB

Goldkey Publish time 2-1-2012 03:50 PM

Hujan huru hara

Hujan huru hara
yang merejam bara
menempiarkan kekalutan
syukur
payung petunjuk Ilahi
melindungi kami
dari lemas
dalam banjir api kebejatan
dan manusia bertopeng syaitan
insaflah kamu sebelum terlambat.

CNM, 2/1/12, 15.33pm
BBB

Goldkey Publish time 2-1-2012 08:33 PM

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/395862_347422018616878_100000472490864_1493369_147924661_n.jpg

'Cap Rumah'

Tak termampu sendirian
kerana lumrahnya diutus berpasangan
terbang hinggap ke mana pun
kembali kepada fitrahmu
terbang sepasang
di bumi tuhan.

CNM, 2/1/12, 16.03pm
BBB

Goldkey Publish time 2-1-2012 08:34 PM

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/404307_347424835283263_100000472490864_1493376_1796404734_n.jpg

Berbahagia

Berbahagialah kamu
beranak pinak
mencari rezeki
yang tidak datang sendiri
jika tidak dicari.

CNM, 2/1/12, 16.13pm
BBB

Goldkey Publish time 2-1-2012 08:35 PM

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/403248_347510351941378_100000472490864_1493852_1308021381_n.jpg

Seindah Mentari

Jadilah seindah mentari
menerangi alam semesta sejak azali
memberi cahaya sepanjang hari
satu galaksi berseri.

CNM, 2/1/12, 20.16 pm
BBB

Goldkey Publish time 2-1-2012 08:36 PM

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/397490_347518485273898_100000472490864_1493866_2135696094_n.jpg

Langit Tak Bersuara

Tak sesekali ia bersuara
sekadar menukar warna dada
ada kala ceria
ada kala bermuram durja
dan dentuman di langit terbuka
tidak harus rerumput mencurah air yang ada.

CNM, 2/1/12, 20.27pm
BBB

Goldkey Publish time 2-1-2012 09:24 PM

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/400314_347548208604259_100000472490864_1494168_640179872_n.jpg

Hitam Putih

Hitam akan putih
pada rerambut
seiring peningkatan usia.

Putih akan hitam
pada kanvas kehidupan
seandai menyusuri jalan penuh jelaga.

Hitam dan putih
warna
amalan.

CNM, 2/1/12, 21.19 pm
BBB

Goldkey Publish time 3-1-2012 09:22 AM

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/388807_347621305263616_100000472490864_1494708_2038746840_n.jpg

Sinar

Sinar itu
membimbingi
menuju jalan keluar yang terang
tidakkah kamu melihatnya.

CNM, 2/1/12, 23.23pm
BBB
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15 16 17 18 19
View full version: Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II


ADVERTISEMENT