attokz Publish time 27-5-2011 11:27 AM

** Serambi Pantun - Sireh Bertepuk Pinang Menari **

Serambi Pantun - Sireh Bertepuk Pinang Menari

http://farm4.static.flickr.com/3261/2499787864_80ac3a391c.jpg
makan sireh berpinang tidak
pinang ada di bawah tangga
makan sireh mengenyang tidak
canang petanda budi bahasa

http://www.urbanmin.org/wp-content/uploads/2011/02/blue-flower-border-2.gif

Bagi meneruskan legasi kesantunan dan lambang pemikiran Melayu yang bijaksana dan kreatif, maka disediakan sebuah serambi untuk kita semua menjual-membeli pantun dalam usaha merapatkan dan memesrakan tautan ukhwah antara kita. SERAMBI PANTUN ini serambi kita.

Pantun-pantun yang baik (dari segala aspek, akan diberikan mata kredit). Untuk itu peliharalah kesantunan dan keindahan bahasa dalam berpantun.

Selamat berpantun~

attokz Publish time 27-5-2011 11:35 AM

Sudi-sudikan,

keris berintan cantik bertatah
merpati pekaka jadi ukiran
guris ditangan tampak berdarah
dihati luka mana gambaran?

ciksurie Publish time 27-5-2011 11:55 AM

Post Last Edit by ciksurie at 27-5-2011 11:56

Sudi-sudikan,

keris berintan cantik bertatah
merpati pekaka jadi ukiran
guris ditangan tampak b ...
attokz Post at 27-5-2011 11:35 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

indah tersergam istana kota
tapi sayang dikatakan berhantu
tiada kata tiada cerita
peritnya luka tuannya yang tahu




TQ attokz buka rumah pantun seloka{:1_152:}

attokz Publish time 27-5-2011 03:30 PM

dahan melati singgahan kenari
melindung kekwa di rumpun pandan
luka di hati tanggung sendiri
merana jiwa terseksa badan

ciksurie Publish time 27-5-2011 06:19 PM

jauh merantau ke negeri china
singgah berdagang di tanah jawa
hati terseksa badan merana
bibir tersenyum penghibur jiwa

attokz Publish time 27-5-2011 09:16 PM


jauh merantau ke negeri china
singgah berdagang di tanah jawa
hati terseksa badan merana
bibir tersenyum penghibur jiwa
ciksurie Post at 27-5-2011 18:19 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

CikSurie,
Sebagai perkongsian bersama ~ pantun di atas lebih menyerupai satu lagi puisi melayu lama iaitu syair. Perhatikan pada rima akhir, dimana bersifat a,a,a,a sedangkan pantun yang baik bersifat a,b,a,b.
Tapi tak bermakna tidak boleh digunakan, cuma perlu dielakkan.
:P

nolya Publish time 27-5-2011 10:17 PM

Reply 4# attokz


anak2 pergi mengaji
balek mengaji singgah di taman
luka di hati Allah menguji
sabar dan taqwa peneguh iman

ciksurie Publish time 27-5-2011 10:56 PM

Reply 6# attokz

duduk bersembang bersama rakan
sambil bersembang memakan roti
pesan tuan hamba turutkan
tersemat ingatan didalam hati

ciksurie Publish time 28-5-2011 09:27 AM

meneguk air barang secangkir
hilang lelah penat kembara
mulut berkata senyum terukir
didalam hati lain bicara

attokz Publish time 28-5-2011 01:51 PM

Reply 7# nolya

balik mengaji singgah di taman
sambil berjalan bergelak tawa
sabar dan taqwa peneguh iman
buat bekalan ke hujung nyawa

attokz Publish time 28-5-2011 01:57 PM

Post Last Edit by attokz at 28-5-2011 14:10

Reply 9# ciksurie

hilang lelah penat kembara
bawa beradu di dalam tandu
di dalam hati lain bicara
ibarat madu rasa hempedu

attokz Publish time 28-5-2011 02:06 PM

Post Last Edit by attokz at 28-5-2011 14:08

Sudi-sudikan,

didahan lurus hinggap Belibis
singgah serupa burung Kenari
keris dihunus serangan ditangkis
berpencak mengapa tertikam diri?

ciksurie Publish time 28-5-2011 02:40 PM

Sudi-sudikan,

didahan lurus hinggap Belibis
singgah serupa burung Kenari
keris dihunus serangan ...
attokz Post at 28-5-2011 14:06 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


dari Acheh ke Pulau Bali
mencari ilmu bagai disaran
ilmu sejengkal berlagak ahli
langkah tersadung tersilapnya aturan

ciksurie Publish time 28-5-2011 02:59 PM

Replyciksurie

hilang lelah penat kembara
bawa beradu di dalam tandu
di dalam hati lain bicar ...
attokz Post at 28-5-2011 13:57 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

hatiku hiba menangis tersendu
jiwaku buntu tersesat jalan
andai madu terasa hempedu
sudah suratan pahitnya kutelan

nolya Publish time 28-5-2011 09:10 PM

Sudi-sudikan,

didahan lurus hinggap Belibis
singgah serupa burung Kenari
keris dihunus serangan ...
attokz Post at 28-5-2011 14:06 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


dari kuching hendak ke miri
hendak menjual bakul dan raga
silat berpencak tertikam diri
langkah menangkis tersalah duga

nolya Publish time 28-5-2011 09:30 PM

hatiku hiba menangis tersendu
jiwaku buntu tersesat jalan
andai madu terasa hempedu
sudah sur ...
ciksurie Post at 28-5-2011 14:59 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

indah sungguh bunga kemboja
kemboja diramas di air mandian
madu nan pahit telankan saja
ada rahmat di balik kejadian

ciksurie Publish time 28-5-2011 09:53 PM

indah sungguh bunga kemboja
kemboja diramas di air mandian
madu nan pahit telankan saja
ada r ...
nolya Post at 28-5-2011 21:30 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

pengat pisang jadi sajian
sebelum tuan pergi berniaga
redha ku hadap setiap ujian
moga esok janjikan bahagia

3mazlina Publish time 31-5-2011 09:10 AM

pengat pisang jadi sajian
sebelum tuan pergi berniaga
redha ku hadap setiap ujian
moga esok j ...
ciksurie Post at 28-5-2011 21:53 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
nak ku sayang orangnya tiada
mengenang nasib dirundung hiba   
dimanabahagia itu berada
hakitu robek tetap x kunjung tiba

ciksurie Publish time 31-5-2011 10:41 AM

nak ku sayang orangnya tiada
mengenang nasib dirundung hiba   
dimanabahagia itu berada
haki ...
3mazlina Post at 31-5-2011 09:10 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

takkan panas sampai ke petang
hujan turun bagai dinanti
tabah menempuh ujian mendatang
tuhan janjikan bahagia menanti

bungasakura Publish time 31-5-2011 11:08 AM

Pisang muda si pisang berangan
masaklah gulai di dalam guri
ku harap malam biarlah berpanjangan
tidaklah berpisah di hujung mimpi
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: ** Serambi Pantun - Sireh Bertepuk Pinang Menari **


ADVERTISEMENT