cmf_sweetLove Publish time 25-8-2011 08:51 AM

http://www.ceritamamat.com/wp-content/uploads/2011/08/kad-raya-2-.jpg

cincin disarung berdebar di dada
batu permata cantik bergemerlap
untuk salah yang pernah ada
pintu maaf selalu ku harap..

iDputera Publish time 26-8-2011 12:35 AM

selera dijamah sebelum subuh
azan maghrib tanda berbuka
sebulan cuma Ramadhan berlabuh
moho ...
cmf_sweetLove Post at 31-7-2011 14:48 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

anak emak makan ketupat,
makan ketupat sambil melompat
mengirim warkah sudah tidak sempat
pakai sms pun nak taip pun tersekat2 ...:)

`dari hati ku ucapkan MINAL AIDZIN WAL FAIDZIN..
mohon maaf lahir dan bathin.....

cmf_sweetLove Publish time 26-8-2011 04:39 PM

anak emak makan ketupat,
makan ketupat sambil melompat
mengirim warkah sudah tidak sempat
pak ...
iDputera Post at 26-8-2011 00:35 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif



gema takbir sedang dinanti
maaf dipinta mensuci diri
cukup dengan ucapan di sini
untuk kita saling ingat mengingati...

`tq..samalah kita... :$

iDputera Publish time 27-8-2011 12:51 AM

gema takbir sedang dinanti
maaf dipinta mensuci diri
cukup dengan ucapan di sini
untuk ki ...
cmf_sweetLove Post at 26-8-2011 16:39 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

kurung biru dihari raya
baju melayu berwarna kelam
hendak kesanun tidak ada daya
cukuplah disini mengucap salam...:lol:

`berbahagia dihari raya...

maklang2011 Publish time 5-9-2011 12:02 AM

anak teruna tiup serunai
tepi perigi rmh tok imam
puasa yg wajib sudah tertunai
marilah kita berpuasa enam........:loveliness:

al-lavendari Publish time 20-10-2011 12:23 PM

Post Last Edit by al-lavendari at 20-10-2011 12:27

.

http://4.bp.blogspot.com/_xYv-9p7ybPo/SgKf_eCCjqI/AAAAAAAACRA/UmeRi6lQ2Cc/s320/PUTIK_68HARI_7.5.09.JPG

usah diharap kepada itik,
entah ke sawah entahkan tidak;
apa diharap kepada putik,
entah berbuah entahkan tidak.

.


attokz Publish time 11-11-2011 04:13 PM

Reply 86# al-lavendari

Itik bukan sebarang itik,
Itik bertelur merah delima,
putik bukan sebarang putik,
putik subur menjadi bunga.

*Ada pesta pantun Bestari IPTA di TV1 setiap Ahad jam 2ptg.
Separuh akhir antara UM vs Unisza.

attokz Publish time 29-11-2011 06:52 PM

mana pergi si merbah hutan
dipucuk tembusu hinggap setara
mana pergi sahabat sekalian
elok membisu tanpa bicara?

adifrs Publish time 30-11-2011 02:39 PM

tadi baru makan sumbat tahu
makan sambil tengok kartun
hari ini baru ku tahu
adanya tempat berpantun

sumbat tahu sambil buat tak tahu
tom & jerry...memang best punya kartun
bila sudah tahu
nampaknya hari-hari lah boleh berpantun

:lol:

attokz Publish time 30-11-2011 07:04 PM

Reply 89# adifrs

banyak daun perkara daun
daun berbucu pohon melati
banyak pantun perkara pantun
pantun lucu pilihan hati.

Apalagi Adif, silakan la. Gelanggang dah dibuka...hehehe!

adifrs Publish time 1-12-2011 11:14 AM

Replyadifrs

banyak daun perkara daun
daun berbucu pohon melati
banyak pantun perkara pantun
pantun lucu pilihan hati.
attokz Post at 30-11-2011 07:04 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


ku idamkan cinta sejati
tetapi tidak ku temui sehingga kini
pantun lucu pilihan hati
moga ceria serambi pantun atok ni.....

:lol:

adifrs Publish time 1-12-2011 11:19 AM

ke manakah semua wahai insan
mari lah kita berbalas pantun
adif seorang rasanya tak cukup terkesan
ramai-ramai baru lah syok nak berpantun....

cmf_sweetLove Publish time 1-12-2011 02:08 PM

mana pergi si merbah hutan
dipucuk tembusu hinggap setara
mana pergi sahabat sekalian
elok membis ...
attokz Post at 29-11-2011 18:52 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


terlalu rindu tidak terperi
rasa hati bagai nak gila
tiada niat menghilangkan diri
ketiadaan masa membataskan segala..:$

bintang Publish time 1-12-2011 04:41 PM

pegaga dipetik buat ulam si dara
teruna berpantun dalam kereta
berkunjung sedetik secuil bicara
salam santun membuka kata

:loveliness:

adifrs Publish time 1-12-2011 05:00 PM

pegaga dipetik buat ulam si dara
teruna berpantun dalam kereta
berkunjung sedetik secuil bicara
s ...
bintang Post at 1-12-2011 04:41 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    balik nanti mahu singgah ke pekan
    cadangnya mahu bersauna...:lol:
    salam perkenalan adif hulurkan
    hai...apa kabar bintang di sana??

    {:2Hio

bintang Publish time 1-12-2011 05:11 PM


balik nanti mahu singgah ke pekan    cadangnya mahu bersauna...:lol:
    salam perkenalan adif hulurkan
    hai...apa kabar bintang di sana??
adifrs Post at 1-12-2011 17:00 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif




janganlah sedih bila disisih
bersifat dini jika bertanya
salam kenal Adif, terima kasih
bintang di sini sihat seadanya

{:2Hio

adifrs Publish time 1-12-2011 05:14 PM

janganlah sedih bila disisih
bersifat dini jika bertanya
salam kenal Adif, terima kasih
bintang di sini sihat seadanya...
bintang Post at 1-12-2011 05:11 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


petang hari enak bersantap cucur
tambah-tambah lagi dengan sos cilinya
alhamdulilah....ku ucap syukur
moga sentiasa sihat hendaknya


{:childlikeo

attokz Publish time 2-12-2011 03:44 AM

Pantun yang baik mempunyai :

1. konsep a,b,a,b pada rima akhir (paling baik pada kata kedua juga)
2. mempunyai 8-12 sukukata dalam setiap baris
3. menggunakan pembayang tentang keindahan alam, flora-fauna, busana, batu permata etc

*terkenang kehidupan semasa mendepani Pesta Pantun MAKUM dulu. Keropok Lekor pun digelar RAPUHAN KASIH, Roti Canai pula CINDAI MENARI, manakala Teh Tarik dipanggil BUIHAN KELARAI.

tajam belati menikam jantung
nafas nyawa putus terkulai
hajat hati nak peluk gunung
apakan daya tangan tak sampai

adifrs Publish time 5-12-2011 10:39 AM

tangkap ikan haruan
dapat si ikan keli
kalau salah haluan
cari tok guru...belajarlah lagi

{:smileo

cmf_raudah Publish time 5-12-2011 10:54 AM

Pantun yang baik mempunyai :

1. konsep a,b,a,b pada rima akhir (paling baik pada kata kedua juga)
2. mempunyai 8-12 sukukata dalam setiap baris
3. menggunakan pembayang tentang keindahan alam, flora-fauna, busana, batu permata etc

*terkenang kehidupan semasa mendepani Pesta Pantun MAKUM dulu. Keropok Lekor pun digelar RAPUHAN KASIH, Roti Canai pula CINDAI MENARI, manakala Teh Tarik dipanggil BUIHAN KELARAI.

tajam belati menikam jantung
nafas nyawa putus terkulai
hajat hati nak peluk gunung
apakan daya tangan tak sampai
attokz Post at 2-12-2011 03:44 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

baris tu mcm x sesuai{:angel2o
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12
View full version: ** Serambi Pantun - Sireh Bertepuk Pinang Menari **


ADVERTISEMENT