CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13572|Reply: 8

Indonesia berjaga-jaga Gunung Ruang meletus lagi

[Copy link]
Post time 19-4-2024 09:19 PM | Show all posts |Read mode




JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi  lebih banyak letusan dari sebuah pulau gunung berapi terpencil yang memaksa beribu-ribu penduduk berpindah pada minggu ini.


Gunung Ruang di Sulawesi Utara meletus hampir enam kali dalam tempoh 24 jam bermula lewat Selasa  lepas dengan memuntahkan lahar serta menghamburkan abu dan petir vulkanik.


Beberapa pegawai berkata, Gunung Ruang mulai  tenang hari ini tetapi pihak berkuasa mengekalkan amaran tahap 4 iaitu peringkat tertinggi sistem amaran bencana yang menunjukkan gunung berapi itu masih aktif.


Pihak berkuasa meminta pelancong dan penduduk untuk berada di luar radius 6 kilometer dari kawah gunung berapi itu.


“Aktiviti vulkanik Gunung Ruang masih tinggi dan letusan boleh berlaku. Ia akan menyaksikan batuan dihamburkan ke semua arah diikuti oleh awan panas dan aliran lahar,” kata ketua agensi vulkanik Indonesia, Muhammad Wafid dalam satu kenyataan.


Sementara itu, beratus-ratus penduduk di pulau berhampiran, Tagulandang dilihat membersihkan abu gunung berapi dari jeti dan halaman rumah mereka pagi tadi dengan dibantu anggota polis dan tentera.


Sebilangan mereka menceritakan perasaan panik ketika letusan bermula.


“Saya berpindah. Terdapat sebuah rumah dan saya berpindah ke sana. Kemudian hujan turun dan batu juga. Saya meminta belas kasihan Tuhan supaya menyelamatkan saya,” kata wanita berumur 59 tahun,  Ninice Hoata. – AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang menangkap Gambo Ni pung..takde ke port yang elok sikit .
Nampak bontot terselit plak
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts






Backup:



Original spicy:

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-4-2024 09:20 PM
Yang menangkap Gambo Ni pung..takde ke port yang elok sikit .
Nampak bontot terselit plak

Haha nampak je uols kan. Iols lebih perati gunung berapi tu. Sebab nampak cantik view
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:02 PM | Show all posts
Woow.. Tampaknya amarah angkara murka sebagai bentuk hukuman Tuhan masih berlanjut ..... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
@nusaraya setakat tengok je ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 19-4-2024 10:42 PM
Haha  nampak je uols kan. Iols lebih perati gunung berapi tu. Sebab nampak cantik view

Iols tengok Gunung tu.
Tapi terganggu dek anasir2 liar

Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 05:37 PM | Show all posts
Mesti ler, puak2 Nusakoyak kan buat ajaran sendirik sambot raya awal hari tu khennn. Kawen campor pon siap tak tukor agama. Agaknya inilah kemurkaan Tuhan akibat perbuatan mengarot puak2 dia tu

Ujong2 meratib salahkan rakyat tanah ayer ni ke hulu ke hilir dalam porum ni!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz: Yang menangkap Gambo Ni pung.. ...

Aku tak sampai hati nak komen..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050070 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list