sfhzuraz Publish time 14-4-2024 09:12 PM

Wan Azharuddin Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu

Wan Azharuddin Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 14, 2024 @ 8:51pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/kuala_muda_1713099061.jpg
Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan (Kiri) menyerahkan tugasnya kepada Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail (kanan) sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu dan disaksikan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh (tengah). NSTP/Zuliaty Zulkiffli



SUNGAI PETANI: Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Wan Azharuddin sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.
Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang ditukarkan ke Bukit Aman bagi menjalankan tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan) Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi.
Wan Azharuddin sebelum ini yang pernah bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Muda berkata, beliau gembira apabila dapat kembali ke daerah ini dan yakin dapat melaksanakan tugas dengan berkesan kerana sudah mengenali sebahagian besar pegawai dan anggotanya.
Katanya, beliau yakin dengan kerjasama semua peringkat akan dapat mengurangkan indeks jenayah di daerah ini."Selain itu, saya juga akan mengambil langkah bersesuaian untuk membanteras jenayah termasuk mengekang aktiviti haram di daerah ini," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Zaidy yang memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda selama dua tahun menyerahkan jawatan itu di majlis serah tugas antara mereka yang disaksikan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini.
Wan Azharuddin Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Wan Azharuddin Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu


ADVERTISEMENT