Vellfire Publish time 26-3-2024 09:51 PM

Lelaki direman empat hari bantu siasat kes khianat dengan parang

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240326/sbw-ub260324-mu-remankhianat-p1.jpg

Anggota polis dibantu oleh anggota bomba ketika menjalankan tangkapan ke atas suspek di Jalan Kampung Nyabor, petang Isnin.
SIBU: Seorang lelaki ditahan reman selama empat hari berhubung satu kes khianat yang berlaku di sebuah bengkel membaiki pendingin hawa di Jalan Hua Kiew di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu, pengadu yang juga pemilik bengkel berkenaan telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang bertindak memukul dan memecahkan cermin sebuah ambulans dengan menggunakan parang jenis 'kwan tao'.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 43 tahun itu kemudian berjaya dikesan dan ditahan berdekatan Pintu Gerbang Sibu pada jam 2 petang.
"Suspek kini direman selama empat hari sehingga 30 April depan dan punca kejadian masih dalam siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan parang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Zulkipli berkata, polis juga merampas sebilah kerambit dari tangan suspek dan sebilah parang jenis 'kwan tao' yang dijumpai di dalam kenderaan yang dipandunya.Menurutnya lagi, suspek serta barang rampasan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.
"Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.
"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/26/lelaki-direman-empat-hari-bantu-siasat-kes-khianat-dengan-parang
Pages: [1]
View full version: Lelaki direman empat hari bantu siasat kes khianat dengan parang


ADVERTISEMENT