Changa Publish time 10-3-2012 09:50 PM

aku ingat filem ni shoot di Bunohan tumpat, kawasan tu sebelah ja dgn patung buddha duduk
-ak ...
sekngucing Post at 10-3-2012 21:43 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    Dalam list itu, saya ada menonton wayang dan jogho selain yg terbaharu bunohan. Wayang tidak tinggal kesan apa apa kepada saya. Namun jogho sampai sekarang saya masih ingat.

sekngucing Publish time 10-3-2012 10:12 PM

wayang tu agak berat la pada peminat2 filem genre adnan sempit, hantu dlm botol kicap dan lain2 tu :lol:

adikmanis Publish time 10-3-2012 11:00 PM

Lawak statement kawan ko tu.... hahahahahhaa

Spoiler :

Budak tu jiran Pok Eng, cuma yg last2 ...
takeshi_anwar Post at 8-3-2012 15:38 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   ler...mati2 AM igt budak tu saka pok eng, kejap ada kjap xde :$;P

nk review skt, smlm g tgk citer ni, panggung xde orang pon :shutup: cite start 12.20, 12.15 AM dtg ngan adik, akak tiket kata citer xtayang sbb xde orang..dia siap da nk klik kt crita cinta kure2 da..hahaha tapi last2 dapat gak masuk, ktorang 2 je kat situ, rasa cam wayang itu ana yg punyeee :lol: (xde org mebi sbb waktu keje n solat jumaat)

bile citer start, ok x paham..sbb ktorang mmg kureng tgk citer2 cmni, kunun nk cube la tgk crita ilmiah skt, slalu tgk cite katun je :P bile dia stat kenalkan watak2 dalam citer tu mmg lost habis la, smpai 1 part tu, part faizal jmpa zahiril xsilap, baru faham apa kaitan diorang nih (ktorang xbc sinopsis awal2..bajet suprise) then bla3, continue tgk crita ni, xtau nk komen apa sbb smpai da part last baru leh cantum2 sume plot dia, da ala2 jigsaw puzzle plak :sweat3: kuar wayang, puas hati {:thumbo barulah rasa cm tgk filem, klau x selama ni asek la tgk filem drama melayu...:sleepy: tapi adik xpuas hati sbb sume mati...ops spoiler :P

tang bahasa tu ktorang xkesah, sbb ada subtitle, lagi best sbb leh ngajuk cara diorang cakap..at least blh gak blaja skt2..keke
tang cinematography (eh btul ke ni) mmg tiptop {:1_152:} cantik gilos! paling AM igt part faizal dok cakap2 dgn burung, dgn part zahiril jmpa pok wah mintak ubat tu..waaa kt mana diorang shoot tu
satu part AM xpaham, apa watak pmpuan tu? kejap kuar dari air tu, kejap kat situ, kejap kat sini..konpius2 :L
overall: 4/5 ~dari kaca mata penonton biasa~

Changa Publish time 10-3-2012 11:14 PM

ler...mati2 AM igt budak tu saka pok eng, kejap ada kjap xde

nk review skt, smlm g...
adikmanis Post at 10-3-2012 23:00 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    Kelas kamu nonton tanpa baca sinopsis sebegitu.

Wanita itu mek yah, ibu ilham dan adil yang udah meninggal itu.

honam Publish time 10-3-2012 11:32 PM

First time aku tengok citer melayu bila masuk adegan sembelih leher nampak real dan menakutkan,

Disebabkan review dalam thread ni kata best aku pun pegi layan tadi, apa yang aku bleh cakap lakonan faizal hussain memang mantap, takuttt aku tgk watak dia, org sebelah aku siap tutup tutup mata lagi,

Citer ni bagi aku ada kelas dia yang tersendiri, cuma yg sedih org tak ramai datang tengok, byk tgk john carter

Citer ni memang layak dpt 4.5/5

True-X Publish time 11-3-2012 12:23 AM

oohhhh my gudnes... hahaha

aku promote abes abessan bunohan... dan 1 of my fren g tengok.. dia kater x best.... aku lupe nak clssified.... sepatutnyer peminat pilem2 prof maideen.. adnan sempit...tipikal malayanto movie dan sebagainyer... mungkin Bunohan bukan taste mereka...

ooowwhhh aku dah kene lahar ngan mereka2 yg kater movie ni x best...... hehehhe

True-X Publish time 11-3-2012 12:27 AM

Post Last Edit by True-X at 11-3-2012 00:28

ooowwwhhh soo called peminat movie PPRT really2 exist.... soo sadd....

kes kawan aku ni remind me peritiwa 10 years ago.. aku dok promote LOTR triology.... dan kawan aku enngok.. dia kater nengok sampai tertido2.... same la ngan kes Bunohan ni...

True-X Publish time 11-3-2012 01:08 AM

mmg puas hati tgk filem nie....

saya tak rasa cerita nie slow sbb setiap scene tu mmg ada intipat ...
defeduck Post at 10-3-2012 18:23 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

sampai saat akhir pon aku tertunggu "wat next?.....".... aku nak sgt nengok scene diorg main puteri untuk ubatkan budak tuh.... rupenyer abes sampai situ je......

kalaula dain said ade wat Special Extended Version - included extra scene esp bab main puteri.. mesti best... hehehheh

dino Publish time 11-3-2012 07:28 AM

Kelas kamu nonton tanpa baca sinopsis sebegitu.

Wanita itu mek yah, ibu ilham dan adil...
Changa Post at 10-3-2012 23:14 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
mak bakar klau tak silap masih idop bukan?
ayah adil tu nmpk mcm tak peduli anak sgt.... smp masing2 bawak diri... bakar balik pun psl tanah... tp dgn keratan paper psl adil ngan tomoinya itu... mmg nmpk die still pollow perkembangan anak die......
btw masa scene adil n ilham bongkar zaman silam mereka..... adil dlm bilik.., ilham bwh rumah.... ape maksudnya kat .... hiks

dino Publish time 11-3-2012 07:30 AM

sampai saat akhir pon aku tertunggu "wat next?.....".... aku nak sgt nengok scene diorg main put ...
True-X Post at 11-3-2012 01:08 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
main puteri tu mcm mana yea....elemen mistik tu aku tak dpt tangkap sgt... since mmg kurang tahu.....

Changa Publish time 11-3-2012 10:10 AM

sampai saat akhir pon aku tertunggu "wat next?.....".... aku nak sgt nengok scene diorg main put ...
True-X Post at 11-3-2012 01:08 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    Kan awal cerita dah ada dialog pasal orang filem suruh lakonkan semula main puteri tu segala dan orang kg tu bilang baso bodo, mano boleh buat main main benda lagu tu.

rock_stars_roll Publish time 11-3-2012 10:22 AM

Post Last Edit by rock_stars_roll at 11-3-2012 22:23

It surprised me a little of how complicated the storyline was; from the start till the end, I was like what is going on here?

:) Nak Palare boleh

suargh Publish time 11-3-2012 12:06 PM

dari review korang ni memang kena tengok citer ni

eddlisa_uyuk Publish time 11-3-2012 01:12 PM

byk review best je

wordlife Publish time 11-3-2012 08:04 PM

serius tak paham langsung. mohon sesiapa kasi pencerahan tolong cerita balik satu demi satu.
adegan yang aku boleh paham ialah :

1) Adil mati kena racun dek Jolok sbb kes dia guna ubat telur kambing :lol:
2) Bakar sibuk nak tanah sbb nak bina resort apa tah

chaoyunjie Publish time 11-3-2012 08:49 PM

Filem: Bunohan hampir sempurna

FILEM: Bunohan
GENRE: Drama dan aksi
ARAHAN: Dain Said

PELAKON: Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azira

TAYANGAN: 8 Mac 2012
ULASAN: Rudy Imran Shamsudin

         
IBARAT melihat sebuah lukisan abstrak yang penuh dengan warna dan corak dan diadun indah, begitulah gambaran filem Bunohan arahan pengarah iklan terkenal, Dain Said yang mula ditayangkan di pawagam 8 Mac lalu.

Namun untuk mentafsir filem ini, terpulang kepada interpretasi penonton. Jalan ceritanya mudah, menampilkan sisi kehidupan manusia yang berlaku kini, manusia nampak baik tidak semestinya baik dan yang kelihatan jahat tidak jahat sebenarnya. Tamak, perebutan harta juga sengketa sesama sendiri menjadi plot pelengkap kepada Bunohan.
Begitupun, penyampaian jalan cerita mudah ini berlapis dengan hasil kerja seni yang teliti. Gerak kamera dan gambaran situasi turut bercerita kepada penonton. Malah, pengucapan dialog dalam dialek Kelantan menjadikan Bunohan begitu organik.

Melihat filem ini daripada mula hingga tamat, penonton akan mengagumi keindahan visual dihasilkan Dain. Permainan warna pada filem menjadikan situasi setiap babak hidup. Malah, menilai teknikal pembikinan filem ini, tidak keterlaluan jika dikatakan ia hampir sempurna.


Begitupun, keindahan visual tidak akan sempurna tanpa pemain (pelakon) yang bagus. Di sinilah kelebihan dimiliki Bunohan apabila hampir semua pelakonnya memainkan peranan dengan baik.


Persembahan mereka nampak bersahaja, minimal dan tidak keterlaluan. Walaupun sedikit diberi (penghayatan watak) di layar, ia kelihatan gah dengan emosi tidak berlebihan tetapi ‘makan dalam’.

Pujian harus diberikan kepada Faizal Hussein atas persembahan lakonan yang cemerlang. Pelakon berpengalaman ini berjaya menggerakkan watak Ilham dengan mainan emosi cukup dalam. Penonton boleh menyelami gelojak hatinya hanya menerusi ekspresi wajah dan pandangan mata.

Sepanjang pembabitannya sebagai pelakon, Bunohan adalah persembahan terbaiknya dan tidak mustahil tahun ini anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di mana-mana festival menjadi milik Faizal.

Bunohan bermula di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang’ atau Adil lakonan Zahiril Adzim mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi membabitkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya daripada maut, mengubah mereka menjadi pelarian.

Ilham (Faizal), pembunuh upahan, dihantar memburu mereka yang dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Ia juga kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya nazak dan meninggal.

Pada waktu sama, Bakar (Pekin Ibrahim), abang sulung Adil, juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur, tetapi sebenarnya punya agenda untuk merampas dan menjual tanah demi kepentingan peribadi.



HARIAN METRO

dino Publish time 11-3-2012 08:59 PM

serius tak paham langsung. mohon sesiapa kasi pencerahan tolong cerita balik satu demi satu.
adega ...
wordlife Post at 11-3-2012 20:04 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
paham la tuh.... :lol:

Changa Publish time 11-3-2012 09:45 PM

serius tak paham langsung. mohon sesiapa kasi pencerahan tolong cerita balik satu demi satu.
adega ...
wordlife Post at 11-3-2012 20:04 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   apa yg kamu ga faham selain saka/semangat/mitos mek yah itu rasanya yg lain pretty much straight forward bagi saya?
ko guano?

Changa Publish time 11-3-2012 09:50 PM

antara babak yg saya suka adalah babak ilham akan di matikan dengan dialog nya cerita kita berakhir di sini or something selepas itu beliau di bunuh sebegitu.

walaupun babak itu satu babak kematian namun garapan nya sgt indah

wordlife Publish time 11-3-2012 10:02 PM

apa yg kamu ga faham selain saka/semangat/mitos mek yah itu rasanya yg lain pretty much str ...
Changa Post at 11-3-2012 21:45 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

1. mek yah tu hantu ke apa, tiba2 muncul dari air
2. kenapa budak tu last sekali ditunjukkan dia jatuh atas badan Pok Eng?
3. kenapa Ilham bunuh si Gasi & Ketek ke ape orang suruhan Jalok tu. dorang tgh cari apa time tu kat paya tu
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16 17
View full version: [2012] BUNOHAN [LAKONAN FAIZAL HUSSEIN , AIDIL ZAHIRIL ADZIM]


ADVERTISEMENT