mattzzx Publish time 19-3-2024 02:54 PM

Ikrar muatan perabot rupanya seludup rokok RM7.92 juta

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-19-at-2.19.36-PM-2048x1537.jpeg
Roselan (kiri) ketika sidang akhbar rampasan rokok seludup di Stor Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang, Butterworth, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mematahkan sindiket cubaan penyeludupan rokok putih yang dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor, 7 Mac lalu.

Pengarahnya, Roselan Ramli berkata, rampasan itu dijalankan sepasukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri selepas menahan sebuah kontena kira-kira pukul 10.40 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kontena itu menemui 900 kotak bersamaan dengan sembilan juta batang rokok putih yang disyaki tidak berkastam melibatkan nilai anggaran RM1.8 juta dan cukai berjumlah RM6.12 juta.

“Siasatan awal mendapati kontena tersebut dikendalikan sebuah syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang dan ia diimport oleh sebuah syarikat berstatus Sendirian Berhad di Selangor.

“Semakan ‘bill of lading’ pula mendapati barangan tersebut diikrarkan sebagai perabot bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Menerusi dokumen yang diperolehi, dagangan ini disyaki berasal dari sebuah negara di Asia Tenggara,” katanya pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan Jermal di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, rokok terbabit dipercayai akan dijual kepada pekerja warga asing di negara ini dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek terlibat.– KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/19/ikrar-muatan-perabot-rupanya-seludup-rokok-rm7-92-juta/
Pages: [1]
View full version: Ikrar muatan perabot rupanya seludup rokok RM7.92 juta


ADVERTISEMENT