CARI-MRO Publish time 1-12-2023 11:32 AM

Alif Teega Tak Nak Beritahu Punca Kahwin Dua,"Terima Apa Sahaja Yang Allah Hidangkan Untuk Kita"

Alif Teega sudah memaklumkan keputusannya untuk bernikah buat kali kedua bersama Fatin kepada isteri pertamanya, Aisyah Hijanah sekitar Oktober lalu.


Malah, keputusan tersebut turut mendapat persetujuan daripada ahli keluarga yang lain meskipun enggan mendedahkan sebab untuk berkahwin dua.


https://b.cari.com.my/data/attachment/portal/202312/01/113151qwsw2h300063ow3x.pngFoto: IG




“Untuk bahagian itu, saya tak boleh nak ulas panjang dan cerita kenapa saya bernikah, apa sebab dan alasan utama sebab bila bercakap tentang alasan ni benda ni memang takkan memuaskan hati semua orang.


“Jadi, hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu tentang hal ini. Sebenarnya, kita sebagai manusia ni hidup kita telah diurus oleh Allah. Garis kehidupan kita ni disusun oleh Allah cantik.


“Hakikatnya kita hanya menjalani sahaja kehidupan ini dengan reda dan terima apa sahaja yang Allah hidangkan untuk kita, Insya-Allah,” katanya kepada mStar.




7307191608976346386


Tambah Alif, dia sedar keputusannya itu memang sukar untuk diterima oleh sesetengah pihak bahkan dia tidak dapat membayangkan sakitnya sekiranya terjadi kepada anak atau adik perempuannya.


Namun, pempengaruh yang terkenal dalam menyampaikan motivasi Islamik itu menyatakan dia yakin takdir hidupnya telah disusun oleh Sang Pencipta untuk sesuatu yang lebih baik.


“Benda ni memang sesiapa tak boleh terima. Saya sendiri pun bila fikir semula memang menyakitkanlah untuk anak saya ke adik perempuan saya. Benda ni susah untuk difaham.




7307191608976362770


“Soal hati ni benda yang kita tak boleh nak sebut sebab hati ni memang Allah pegang, Allah yang jaga hati kita. Kita hanya perlu berdoa semoga Allah pelihara hati kita tapi sebaliknya Allah berikan yang terbaik.


“Insya-Allah, apa je yang berlaku adalah sebab yang baik dan kalau selepas ini ada perkara lain yang berlaku adalah untuk sebab yang lebih baik. Jadi kita reda dan lalui sahaja,” jelasnya. -CARI


Sumber: XTRA

esbok Publish time 1-12-2023 11:37 AM

Tak nak juga masuk campur hal rumahtangga orang, cuma pesanan bok kepada umum

Berhenti guna nama Allah/Nabi untuk sesuatu yang kau putuskan sendiri. Tuhan dah bagi pilihan, kita yang pilih jalan mana kita mahu lalu.

Kalau yang sebut ni orang selain dari tuan badan, baru lah kena.

doubleA Publish time 1-12-2023 11:57 AM

Hidang? Pilihan di tangan ko takyah salahkan Tuhan. So jamah jela hidangan yg ko pilih tu. Tak boleh brain penonggang punya skrip, dah la self claim influenza yislamik pigidah

fossil Publish time 1-12-2023 12:11 PM

kuatnya menunggang dia ni...semuanya dihidang? bukan ko dan penyondol yg mencari? bongoklahhhhhhh semoga cepat2 dapat kifarah

LostStar Publish time 1-12-2023 12:21 PM

aah la dari video atas tu memang muke macam larva kuning tu.

_blackbird Publish time 1-12-2023 01:00 PM

Ermmm ko yg buat keputusan nak kahwin lain, ko involved kan tuhan skali pulak umpama mcm dia yg mengatur ko kahwin 2 ala2 ko manusia terpilih mcm rainbowrainz tu diuji dengan ujian. Jadah siakkkk.. ehhh siapa yg idola kan dia ni sgt ni sebelum onar kahwin 2? Ajegila letakkan org mcm ni as role model dan idola. Yewwwww

swimswim Publish time 1-12-2023 01:37 PM

Jijikkkk.hbis bini ko nak terima ko hidang keganasan rumahtangga

leezzaliza Publish time 1-12-2023 01:41 PM

Aihhh.. Pkir anak pompuan n adik pompuan ko je..?? Bini??? Ko tak pikir??? Dasar larvaaaa

Belibis Publish time 1-12-2023 01:58 PM

Berapa banyak kisah alif tega daaa..pastu abang tesla...

Sesuatu… Publish time 1-12-2023 05:26 PM

Jln taubat juga ke ni

honam Publish time 1-12-2023 05:35 PM

_blackbird replied at 1-12-2023 01:00 PM
Ermmm ko yg buat keputusan nak kahwin lain, ko involved kan tuhan skali pulak umpama mcm dia yg meng ...

kan dia dah cakap, jodoh pertemuan tu semua telah ditentukan, ko jgn ragui lagi la

_blackbird Publish time 1-12-2023 06:41 PM

honam replied at 1-12-2023 05:35 PM
kan dia dah cakap, jodoh pertemuan tu semua telah ditentukan, ko jgn ragui lagi la

Dia nak poligami tu pilihan dia. Aku neutral bab org nak poligami. Polygamy is a choice. "ajal dan jodoh allah dah tetapkan" phrase ni sesuai ditujakan pada netijen yg meroyan bila laki org lain kahwin lagi 1. Hihihi if u know what i mean.


Pasal komen aku kat atas tu. Aku maksudkan, Apa2 saja pilihan seseorg please dont use god utk justify ur action. Why dont just hold ur head high and be a man. Ready to be accountable whatever the consequences ahhgittewww.

Sudah2 lah melayu menagongkan penunggang agama and put so much expectation to them

virgocircus Publish time 1-12-2023 06:58 PM

Sendunya tred mamat ni.. nampak sgt ummah porem whoayuss kan aje.. aku pun xpnh tgk dia kat tb..laaa rupanya pemes kat TikTok.

linb Publish time 1-12-2023 11:28 PM

LostStar: aah la dari video atas tu mema ...

Kesian kat larva kuning. Larva tak bersalah hahahaha

matjerk Publish time 2-12-2023 01:20 AM

Benci aku lelaki bahasakn diri nama ni

lolipopmanish Publish time 2-12-2023 01:35 AM

Akal ada tp hmmmm

Jajuli Publish time 2-12-2023 10:25 AM

Yg bini first tu pun puji laki terpaling bagus

hidet Publish time 2-12-2023 11:46 AM

berapa banyak thread daaaaaa..

hollahop Publish time 2-12-2023 09:52 PM

Elehhhh kau pun buat vid pasal rumah tangga org xpe pulak. Sekarang ni masa kau pulak la dgr “teguran” dari netizen. Walaupun kau xmantion sesiapa tapi bila ada issue pasal rumah tangga org, suami curang laju ja kau buat content kan.

smeetasmitten Publish time 2-12-2023 10:21 PM

Oh buni ke 2 tu sebab dihidangkan. Habis tu aishah tu buffet ke
Pages: [1] 2
View full version: Alif Teega Tak Nak Beritahu Punca Kahwin Dua,"Terima Apa Sahaja Yang Allah Hidangkan Untuk Kita"


ADVERTISEMENT