Raline Publish time 16-9-2023 09:52 PM

Jackman, isteri cerai selepas 27 tahun kahwin

Jackman, isteri cerai selepas 27 tahun kahwin


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/jackmancerai23_1694866985.jpg
Hugh Jackman dan Deborra-Lee Furness


Los Angeles: Pelakon Hugh Jackman dan isterinya Deborra-Lee Furness sepakat bercerai selepas 27 tahun melayari bahtera perkahwinan yang cukup bahagia.

Menurut laporan majalah People, Jackman, 54, dan Deborra, 67, sangat bersyukur rumah tangga mereka mampu bertahan hampir tiga dekad.

Namun begitu, mereka ada alasan untuk mengakhiri hubungan itu.

"Perjalanan kami kini berubah dan kami memutuskan untuk berpisah demi mengejar kemajuan diri-sendiri," demikian kenyataan mereka.

Pasangan terbabit bertemu di set penggambaran program TV berjudul Correlli pada 1995.

Deborra adalah pelakon yang cukup popular ketika bertemu Jackman sewaktu dia masih baru bertapak dalam industri lakonan.

Mereka berkahwin pada April 1996 dan kemudian mengambil anak angkat yang kini berusia 23 dan 18 tahun.

Bagaimanapun, keluarga masih akan jadi keutamaan mereka.

"Kami melangkah ke fasa baharu ini dengan rasa syukur, cinta, dan kebaikan. Kami sangat menghargai untuk kamu faham dan menghormati privasi kami sebagai keluarga menjalani semua peralihan dalam hidup," kata kenyataan itu lagi.

Jackman yang cukup popular dengan watak Wolverine dalam rangkaian filem X-Men serta The Greatest Showman tidak pernah lekang berkongsi mengenai hubungan mereka di media sosial.

Pada ulang tahun terbaru mereka April lalu, dia sempat mengucapkan rasa cintanya terhadap Deborra.

Pasangan itu turut dilihat bergambar sama pada Julai lalu di sebuah kejohanan tenis di Wimbledon, London.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2023/09/1010441/jackman-isteri-cerai-selepas-27-tahun-kahwin

KBW2 Publish time 17-9-2023 10:07 AM

Hmmmm iyolah pendek kata dah jemu lettew.

CiliPadiSedap Publish time 17-9-2023 10:16 AM

itu namanya jodoh. friska dapat suami orang tu jodoh or sondol?

borrow Publish time 17-9-2023 07:56 PM

dh boleh start cari gf muda , mana tau dpt baby. tgk tok k & bung moktar :lol:

diane_enaid Publish time 18-9-2023 03:36 AM

Lama bertahan 27 tahun ye akhirnya bye bye

gerbera.memopad Publish time 18-9-2023 09:16 AM

Entah la, kadang-kadang aku rasa Hugh ni nampak macam gay

mamaterrer Publish time 18-9-2023 04:26 PM

gerbera.memopad replied at 18-9-2023 09:16 AM
Entah la, kadang-kadang aku rasa Hugh ni nampak macam gay

Bukan ke ade netizen sane speku die ade skandal gay.. serammmm

gerbera.memopad Publish time 19-9-2023 02:58 PM

mamaterrer replied at 18-9-2023 04:26 PM
Bukan ke ade netizen sane speku die ade skandal gay.. serammmm

I see so betullah agaknya syak wasangka daku selama ni ;P

Tapi kalau gay pun, entah kenapa dia masih nak dalam closet lagi. Hollywood tu open kut pasal LGBT

Page88 Publish time 19-9-2023 06:46 PM

EVERYONE IS DIVORCING THESE DAYS.
Pages: [1]
View full version: Jackman, isteri cerai selepas 27 tahun kahwin


ADVERTISEMENT