JoyahMengayah Publish time 11-9-2023 04:13 AM

Celine Dion tidak dapat menyanyi lagi

Edited by JoyahMengayah at 11-9-2023 05:12 PM

Sindrom orang kaku atau Stiff Person Syndrome yang melumpuhkan penyanyi Celine Dion diibaratkan umpama banduan yang dipenjarakan oleh tubuhnya sendiri dan sumber mengatakan dia mungkin tidak dapat menyanyi semula, RadarOnline.com melaporkan.

Penyanyi lagu 'My Heart Will Go On', yang mencecah 55 tahun itu dilaporkan lemah sehingga dia tidak mampu lagi keluar dari rumahnya walaupun sebentar. Dia tidak akan meneruskan semula konsert untuk 2023/2024 yang dibatalkan sejak bulan Mei, menurut sumber.

"Hampir 600 hari Celine tidak muncul di khalayak ramai kerana keadaannya itu," kata individu terdekat dengan penyanyi itu kepada The National Enquirer.

"Dia mengalami masaalah untuk berjalan disebabkan kekejangan yang serius, menyebabkan dia mudah rebah. Bahagian belakang badan telah membongkok dan kekejangan otot kadangkala terasa kesakitan sehingga tidak tertanggung.

Lebih menyedihkan, sumber itu mendakwa kesihatan pemenang Grammy sebanyak lima kali itu terus merudum.

Kakak kepada bintang terkenal itu, Claudette mengesahkan bahawa Celine masih berusaha mencari penawar bagi merawat penyakit yang berkaitan dengan autoimun yang jarang berlaku, dikatakan hanya menyerang satu dalam sejuta orang.

Claudette berkata, kesemua ahli keluarganya memohon 'keajaiban' dan kakak mereka sendiri yang dikenali sebagai Linda, telah berpindah ke kediaman Celine di Las Vegas untuk menjaganya.

Walau bagaimanapun, pakar perubatan berkata, tiada apa yang boleh menghalang penyakit itu untuk terus-menerus menyerang bukan sahaja impak terhadap tubuh malah kepada minda penyanyi itu.

RadarOnline.com cuba menghubungi wakil Celine untuk komen lanjut.


https://radaronline.com/p/celine-dion-stiff-person-syndrome-wont-sing-again/









helicornia Publish time 11-9-2023 08:49 AM

sedihnya :'(
aku membesar dgn lagu2 dia

SedihPedih Publish time 11-9-2023 08:53 AM

iols selalu dok layan cd concert vegas dia tu..love sgt..

Semalam pun iols buka kt youtube utk test new earphone. Time tu mmg dia lawa tak kurus sgt, just nice.

Iols pun rasa dia mcm patah hati lepas husband dia xde. Semangat dh xde, lama dia dgn mamat tu since 12y/o. Probably the one and only for her.

brego Publish time 11-9-2023 09:57 AM

Edited by brego at 11-9-2023 09:59 AM

one more..

1PlrjTLQego

hyie Publish time 11-9-2023 04:28 AM

cakap pasal acik celine je mesti meols teringat adenochrome yach. Nak2 masa pkp ritu.

mojarean_X Publish time 11-9-2023 04:43 AM

Edited by mojarean_X at 11-9-2023 06:09 AM

Siannya Celine. One of the Trinity Queen alongside Mariah and Whitney

kakikuDibibirmu Publish time 11-9-2023 05:26 AM

dsUURLFnr9k

SalenaGomez Publish time 11-9-2023 06:47 AM

mojarean_X replied at 11-9-2023 04:43 AM
Siannya Celine. One of the Trinity Queen alongside Mariah and Whitney

Lepas hubby nya meninggal, dia pon mcm xde semngat nak hidup. Agaknya sebab tu penyakit pon mudah dtg tp susah nak pergi. Bila rasa hidup dah tiada

noor2 Publish time 11-9-2023 06:55 AM

Suara dia mmg antara yg paling merdu di dengar secara live...selain Whitney Houston

JoyahMengayah Publish time 11-9-2023 07:15 AM

ok-O_KzZ07w

ultra78 Publish time 11-9-2023 07:19 AM

Kalau dia ni melayu,haruslah orang suruh dia pergi berubat kampung kot2 kena sihir atau buatan orang

mejaputih Publish time 11-9-2023 07:28 AM

Sina dia muda lg 55 mcm2 boleh buat ikutkan..suara dia pun power..autoimun ni xde cure

brego Publish time 11-9-2023 07:31 AM

C5t-5ygKO9w

rosa_canina Publish time 11-9-2023 08:04 AM

sbb tu ke nmpk dia mmg kurus betul.. cengkung je

nazurah Publish time 11-9-2023 08:08 AM

Sedih ya… muda lagi 55 tu

Tinot7 Publish time 11-9-2023 08:24 AM

hyie replied at 11-9-2023 04:28 AM
cakap pasal acik celine je mesti meols teringat adenochrome yach. Nak2 masa pkp ritu.

Awat la kaitkan dia dgn adenochrome tu.. rupa dia acik2 sgt kott

Suchi Publish time 11-9-2023 08:25 AM

Insaf rasa,

Benarkah..Semua yg ada pd kita ini hanyalah pinjaman…

Dia baya ni baya ziana zain , jlotu kan
Tp mmg nampak uzur sgt gambar terbaru dia tu

Tinot7 Publish time 11-9-2023 08:26 AM

Moga2 acik celine get well jugak.. tingat jaman dia nyanyi lagu french.. ka iols salah org?

Erotika Publish time 11-9-2023 08:43 AM

yg berkaitan saraf mmg susah lah nak sembuh...

mejaputih Publish time 11-9-2023 08:48 AM

Tinot7 replied at 11-9-2023 08:26 AM
Moga2 acik celine get well jugak.. tingat jaman dia nyanyi lagu french.. ka iols salah org?

betul la tu..dia asal nyanyi lagu french...zmn era acik mariah...

umbut Publish time 11-9-2023 08:48 AM

Suara celine sedap power.. lagi satu carpenters.. merduuu

bitterchoc Publish time 11-9-2023 08:48 AM




Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Pages: [1] 2 3 4
View full version: Celine Dion tidak dapat menyanyi lagi


ADVERTISEMENT