Raline Publish time 4-9-2023 09:58 PM

Joe Jonas, Sophie Turner dah tak sehaluan

Joe Jonas, Sophie Turner dah tak sehaluan
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sehalauanj1l_1693813626.jpg
Los Angeles: Rumah tangga penyanyi, Joe Jonas bersama pasangannya Sophie Turner kini di ambang perceraian selepas dikatakan sudah enam bulan berantakan.

Menurut sumber terdekat, Jonas, 34, dikhabarkan ada berunding dengan peguam cerai di sini, kemungkinan ingin menamatkan perkahwinannya bersama Turner, 27.

Dalam tempoh enam bulan ini, hubungan mereka didakwa berdepan masalah serius. Ia sekali gus membuatkan ramai terkejut kerana mereka sentiasa muncul bersama.

Malah, Turner juga memberikan sokongan padu kepada penyanyi terbabit sewaktu siri konsert jelajah terbarunya.

Jonas turut menarik perhatian apabila tidak memakai cincin kahwin dalam kalangan rakan selebriti.

Baru-baru ini, pasangan itu turut menjual rumah agam mereka di Miami.

Hubungan mereka mula menarik perhatian pada 2016 sebelum bertunang pada 2017. Kemudian menamatkan zaman bujang pada 2019 selepas acara Billboard Music Awards.

Sejak itu, mereka bahagia menjalani kehidupan berkeluarga dan menyambut cahaya mata sulung pada 2020 manakala anak kedua tahun lalu.

Punca utama masalah rumah tangga mereka masih samar-samar. Tiga bulan kebelakangan ini, Jonas banyak menghabiskan masa menjaga dua anak mereka walaupun sibuk menjayakan siri konsert jelajahnya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2023/09/1006300/joe-jonas-sophie-turner-dah-tak-sehaluan

nadie90 Publish time 4-9-2023 10:50 PM

Haritu PC dgn NJ yg kena gosip psl bakal bercerai.....hujung2 JJ dgn ST yg xsehaluan & nak bercerai:o....mgkin yg mengikuti perkembangan depa dua bleh komen apa crita smpai depa bakal bercerai ni

delia3003 Publish time 5-9-2023 06:43 PM

Terkejut jugak nampak gossip ni sebab takde dengar ada masalah pun sebelum ni. Baru je tambah anak last year. Sophie ni kawen muda, terus beranak. Pelakon2 seusia dia masih sibuk fokus kerjaya lagi. Tapi itulah, pilihan masing masing. Sayang pulak kalau jodoh tak panjang.

I.K.A888990 Publish time 6-9-2023 03:26 AM

joe ni dulu crush giler la...suara dia best woooo
terkezut tgk news ingatkan fake rupanya betul
tgk elok je depa berdua

Farnor Publish time 6-9-2023 07:22 AM

Aik bukan masih c joe ni pakai cincin d konsert kah?

laicibiru Publish time 6-9-2023 10:39 AM

ini memang mengejutkan sebab dua-dua nampak aman je

royaldanish Publish time 10-9-2023 05:42 PM

sayangnya… sophie nama tgh naik masa GOT pastu kawen.

Page88 Publish time 19-9-2023 06:53 PM

Joe Jonas is such a dunce.

laicibiru Publish time 22-9-2023 01:44 PM

latest rumour kata sophie ni tahu pasal joe mintak cerai dari media, bukan directly dari joe.

flashback la kes SHK vs SJK

laicibiru Publish time 22-9-2023 02:13 PM

Edited by laicibiru at 22-9-2023 02:20 PM

more spicy updates

https://x.com/bimboyugari/status/1704879430265401433?s=46

https://x.com/bimboyugari/status/1704879430265401433?s=46

Page88 Publish time 22-9-2023 05:59 PM

I fully blame Joe Jonas.
Pages: [1]
View full version: Joe Jonas, Sophie Turner dah tak sehaluan


ADVERTISEMENT