CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2863|Reply: 47

Menangis Tak Lepas Jadi Pensyarah, Rupanya Graduan Selempang ‘Pink’ UiTM Ini Pemilik Ruccimodisch!

[Copy link]
Post time 11-5-2023 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik Ruccimodisch, Rufaihah Ishak mendedahkan pernah mengalami kekecewaan selepas terkandas dalam temuduga kerja pertama bagi jawatan pensyarah pada Disember 2022.


Mengakui dia menangis selama sebulan disebabkan gagal menggapai cita-citanya, ibu kepada tiga cahaya mata ini akhirnya akur dengan ketentuan Allah.




IG




Malah, dia bersyukur kerana keluarga dan suaminya tidak lekang memberi kata-kata semangat supaya dia terus berusaha untuk mencapai impian.


"ada awal tu suami berat hati apabila saya cakap nak mohon (jawatan pensyarah) tapi selepas saya yakinkan, dia akhirnya bersetuju dan membantu apa yang patut.


"Apabila dipanggil temuduga, memang rasa gembira sangat... saya bagi komitmen sepenuhnya untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan.


"Tapi apakan daya, saya tidak berjaya menempatkan diri malah semasa menghadirinya, saya sudah agak 'senior' berbanding calon lain yang rata-ratanya 20-an," ujarnya ketika dihubungi mStar.




IG




Disebabkan ingin mengetahui siapa yang berjaya menjawat jawatan berkenaan, Rufaihah memuat naik status di media sosial berhubung perkara tersebut.


Akhirnya anak kelahiran Klang, Selangor ini terkejut selepas mengetahui individu yang berjaya menyandang jawatan tersebut adalah seorang lepasan universiti yang tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja dan hanya berkelulusan ijazah.


"Saya ingatkan pesaing ada master dan sedang sambung doktor falsafah yang berjaya tapi rupanya bukan... selepas diselidiki, rupa-rupanya graduan baharu," ujarnya yang berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam jurusan Peruncitan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.


Merasakan graduan baharu itu tidak layak, dia menceritakan situasi ketika temuduga kerja berlangsung.


Menurutnya, enam calon memasuki bilik yang sama dan duduk berhadapan panel penemuduga.




IG




"Apabila diminta memperkenalkan diri, saya adalah orang pertama yang menjawab termasuk kesemua soalan yang diajukan... dan saya menjawabnya dengan baik.


"Masa ini saya terangkan sudah ada bisnes tetapi minat untuk menjadi pensyarah serta meneruskan cita-cita.


"Individu tersebut berbeza, dia hanya copy and paste ayat saya sebab itu tak jangka dia yang dapat. Mungkin juga sebab dia graduan baharu dan sesuai dengan gaji yang ditawarkan," luahnya sayu.


Meskipun masih berharap dapat mencapai cita-citanya itu, wanita berusia 34 tahun enggan terus dibelenggu kesedihan.


Dia kembali bangkit dan merencanakan perniagaan pakaian yang telah dimulakan sejak 2012 iaitu selepas tamat pengajian ijazahnya, supaya berkembang lebih besar.


Pada Februari lalu dia mula mengaktifkan diri dengan menghasilkan beberapa rekaan dan koleksi Hari Raya Aidilfitri.


Umpama rezeki terpijak, setiap rekaan yang dihasilkan di bawah jenama Ruccimodisch mendapat sambutan baik sehingga menjadi tular.




7202086677106527515


"Saya ditemu bual rancangan televisyen popular serta akhbar arus perdana. Gembira sangat dan Alhamdulillah masa tu, semua koleksi saya habis terjual.


"Bayangkan dalam tempoh sejam, kira-kira 200 pasang baju terjual," ceritanya yang memulakan perniagaan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai modal.







Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberi kata-kata semangat dan berkongsikan kisah mereka yang pernah berhadapan situasi sama.


Tidak kurang juga yang meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui Rufaihah adalah pemilik sebenar Ruccimodisch.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Interview skim khas lah kot.. Dah kalo dia ni dianggap senior (berumur)... Kalau candidates lain tu pesaing yg dpt tu muda dan degree je.

Dulu ada je skim apa ntah pensyarah muda ke apa ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatah harommmmaku x kenaiiiii rucci aoe ntah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dia apply lecturer ke trainee lecturer. setakat degree je mana boleh apply jadi lecturer. age pun one of the factors dorang consider. dah 34 baru nak jadi trainee. pastu kalau over confident pun orang meluat jugak. attitude kena betul la
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu rezeki la dik
Husband i dl pn iv jwtn tetap gomen as tenaga pengajar jg Tp bukan u la..gred 41
Interviewer tu boleh ckp ‘kptsn awk x sesuai utk ajar level ni..awak kena mengajar utk student universiti’ disebabkan degree dia 1st class..masa tu dia x futher study lg So mana boleh ajar uni..
Cemerlang pn pyh oi..kalau bodo lg la..Hahah
Ramai kwn2 dia yg degree 2nd class dpt ajar poli..sedih member…pandai pn pyh ..bodo pn pyh..So kn jd tengah2 ja..bg dpt 2nd class upper br mudah dpt keje hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 08:02 AM | Show all posts
Edited by tagas at 12-5-2023 08:03 AM

Tadak rezki la tu

takat gaji lecture 3k plus starting

better fokus biz supaya lebih maju
Pe brg mkn gaji better fikir nak gaji kan org

provide peluang kerja pd org lain

ke preparation

takut biz kelaut dlm nnti


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2023 08:42 AM | Show all posts
"Mengakui dia menangis selama sebulan disebabkan gagal menggapai cita-citanya"

Eh, tak jadi Kassim Selamat ke dik??

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 08:50 AM | Show all posts
Nham22 replied at 12-5-2023 12:12 AM
Sepatah harommmmaku x kenaiiiii rucci aoe ntah

iols kenal pun sbb kenal kakak dia..hehehhe.. diorang adik beradik perempuan cantik2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2023 08:52 AM | Show all posts
malaysiaku123 replied at 12-5-2023 03:15 AM
Tu rezeki la dik
Husband i dl pn iv jwtn tetap gomen as tenaga pengajar jg Tp bukan u la..gred 41
In ...

ye..rezeki...dah jual baju untung gila2..teruskna je la..bagi la jawatan lec tu kat orang lain pulakk
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 08:55 AM | Show all posts
ledigugu replied at 12-5-2023 12:50 AM
Bitter much. Terima laa ini bukan rezeki you. Sampai nak malukan candidate yg dapat tu, siap banggak ...

so truuuee..kenapa dah malukan orang tu..org tu tak bersalah pun..p marah la panel interviewer...dicanang2 pulak mementang2 ko owner busines, ramai follower..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 08:55 AM | Show all posts
Dari cara penulisan kau pun dah tau kau sejenis pompuan annoying & mudah bitter dengan orang, always bragging goods about yourself, pick me girl material. So, aku pun pernah dan masih kerja HR & interviewer ni baca sekali pun dah annoying dengan kau, apatah lagi panel tu kan.. Maybe calon yang dapat tu betul2 ikhlas & humble masa interview walaupun kelayakan dia ngam-ngam, lagi better daripada attitude kau. Dah lah guna duit ptptn acah-acah buat modal, sah-sah kau memang berkemampuan sampai ada duit lain nak survive..dah ada laki, cukup makan pakai.. apply ptptn & bersaing ngan budak muda sebab nak brag kau punya kejayaan jual tudung je, kan? poodahhh~~~
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 10:51 AM | Show all posts
annoying much..

akhirnya akur dengan ketentuan Allah...

tapi dok pertikai ko lagi tua dan lagi hebat dari calon2 yg lain dan yg dpt.. mendaaa
bole imagine majikan mcm mana dia ni.. confirm suka menganjing staff..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 11:25 AM | Show all posts
Bruneiku terchenta skrg ni pun susah cri krja, sbb rata2 nak pkrja yg muda2 je, start umur 18 thun & ends at 26 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 12-5-2023 08:55 AM
Dari cara penulisan kau pun dah tau kau sejenis pompuan annoying & mudah bitter dengan orang, always ...

mcm ada aku kenal sorang ni
Pi interview kt bank negara...konpidennn sgt dapat sbb dia ckp director tu suka dia and dia ckp dia better dr org lain yada yada yada
Skali x dpt, kemain merempan x cukup tanah
Lenkali jadi je la humble
Ko nak join bank negara pun sbb ko nk suruh ex-kolig ko konon kagum dgn ko
See.dr situ pun dah tahu ko x ikhlas nk duty
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 11:57 AM | Show all posts
malaysiaku123 replied at 12-5-2023 03:15 AM
Tu rezeki la dik
Husband i dl pn iv jwtn tetap gomen as tenaga pengajar jg Tp bukan u la..gred 41
In ...

kawan2 Iols first class, balik2 dapat jawapan "Overqualify."

geng pointer marhaen, dapat jawapan "Underqualify."

susah sangat dapat keja, hutang nak kena bayar. hidup nak diteruskan.

maka masing2 keje McD, KFC, shopping mall, rider FoodPanda, rider Grabfood

bila group video call, masing2 menganjing nasib badan. belajar pandai2 pun hidup susah, padan muka    

yang cuba berniaga, lingkup. tak balik modal
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 12:00 PM | Show all posts
gideoncross replied at 12-5-2023 11:25 AM
Bruneiku terchenta skrg ni pun susah cri krja, sbb rata2 nak pkrja yg muda2 je, start umur 18 thun & ...

semenanjung ni pun sama. adik laki Iols merata cari kerja. max umo 26 sahaja diterima

minta keje kilang pun tak lepas. sian dia. dia 31 tahun ni. ni jadi waiter kat kedai makan ja. itupun ada ura2 manager nak waiter muda sahaja, senang attract customer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2023 01:42 PM | Show all posts
PULANGKAN replied at 12-5-2023 12:00 PM
semenanjung ni pun sama. adik laki Iols merata cari kerja. max umo 26 sahaja diterima

minta keje  ...

Recently kat sini nak dpt krja cra snang, msti ada family or knalan. Ada yg iol knal ni bhgian admin mmg xde pngalaman tpi psl bos dh knal dia, bos pnggil je msuk pstu klau ckp psl nak tarik planggan, kdai2 bsar kat sini pun cuma nakkan prmpuan2 yg msih "muda brgetah", lgi2 utk jdi cashier sbb cashier trus brdepanan dgn pintu msuk & mcm biasa limit umur only smpai 26, 18-26. Aiol pun dh 32 thun ni tpi blum dpt krja lgi, so iol ambil upah hantarkn brg2 org mcm makanan or baju, klau nsib baik, adalh dpt $13-$20 dlm shari, klau x brapa, $5-$10 dlm shari. Slain tu iol pun ada jual kuih juga nak tmbh pndapatan, x bnyk tpi Alhamdulillah Allah SWT cukupkn, syukur. Kiranya adik uol dh kna trima krja dh wlaupn x seberapa, iol x prnh dpt, interview pun x lepas, slh stu sbb yg iol prnh kna bgithu, klulusan iol tinggi, x "layak" krja dgn dorg lol.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 02:56 PM | Show all posts
gideoncross replied at 12-5-2023 01:42 PM
Recently kat sini nak dpt krja cra snang, msti ada family or knalan. Ada yg iol knal ni bhgian adm ...

tabahnya chuols

senasib dengan adik Iols

kalau adik Iols tak gemuk gundu, dah lama Iols ajak chuols jadi adik ipar   
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 04:17 PM | Show all posts
ya allah siapa sheols ni. tapi dah anak 3. badan maintain . tekejut iols ingat kan baru 20 lebih
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 07:57 PM | Show all posts
PULANGKAN replied at 12-5-2023 02:56 PM
tabahnya chuols

senasib dengan adik Iols

Dh akhir zmn brotha/sisthur, bnyk hal yg sng, d susahkn. Btw adik uol, uol kata gundu lollll, tkjut iol.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.497928 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list