Racurve Publish time 2-10-2022 08:15 PM

Konsert depan masjid katanya, ramai acik2 gundu sampai terloncat2!

Edited by Racurve at 2-10-2022 12:27 PM

Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai Seni berdekatan Masjid Zahir di sini semalam.

Menurut Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad, MBAS melahirkan rasa kesal dengan tindakan penganjur terlibat yang disifatkan melanggar peraturan selain menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat negeri ini.

“Memang konsert atau gig tersebut dibuat tanpa kebenaran. Saya dimaklumkan pihak penganjur hanya mendapat lesen untuk mengadakan busking sahaja iaitu dua lesen yang kita bagi.

“Selain busking kita hanya membenarkan jualan termasuk trak makanan dan permainan kanak-kanak sahaja. Kita tengok macam konsert dah memang tak ada kebenaran,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut termasuk memanggil penganjur berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Tular di media sosial hari ini rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan ratusan penonton terdiri daripada anak muda dengan pelbagai aksi di Balai Seni di sini.

Acara berkenaan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai memandangkan ia diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir. – KOSMO! ONLINE


Racurve Publish time 2-10-2022 08:16 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/2hmsjid2_1664706963.jpg

Racurve Publish time 2-10-2022 08:16 PM

7149783463153896731

Racurve Publish time 2-10-2022 08:20 PM

7149680353932856603

Racurve Publish time 2-10-2022 08:19 PM

7083900287135599898

dudaberhias Publish time 2-10-2022 08:20 PM

konsert sendus apa tu? tak pernah tau pun kewujudan konsert ni...

cuba ambil info dan details semua orang yang datang tu dan ig deorang sekali...
mesti majoriti yang kat situ jenis suka komen aurat retis kat social media... :lol:;P
hujung2 gini rhopernyaa in real life agituhh...

musangbodoh Publish time 2-10-2022 09:33 PM

majlis ktenye lulus utk busking....jadah ape ader stage besar....
bebudak mcm monyet terlompat2 naya pa karim:dizzy:

nakkomenjugak Publish time 2-10-2022 10:09 PM

Hahahahaah ini agaknya sosok2 yang sibuk aurat orang
sekali deyolsss punnnn terkinja2
munafiqunnnnnn sangat tau!
:lol::lol::lol:

jiwakacau06 Publish time 2-10-2022 10:12 PM

xtau pn ada konsert2 ni...dgn musim hjn ni...xberbaloi nk bersosial di open space

MarryPottet Publish time 2-10-2022 10:55 PM

Kambeng2 yang dilepas dari kandang pepagi pun lagi skema gerakkannya. Takde terkinja serupa makhluk2 tu semua

Kurex Publish time 2-10-2022 11:03 PM

Ye tau hati tengah marah, tapi check la dulu perkataan tu. Gojet apoo

Kurex Publish time 2-10-2022 11:04 PM

Dekat sini la pentaksub ugamawan berkinja2

cicicumel Publish time 2-10-2022 11:05 PM

Lain mcm Malaysia skrg ye. Konsert bertalu2 smpai hjg tahun.

Racurve Publish time 3-10-2022 12:11 AM

Ade Satu Konsert

cicicumel replied at 2-10-2022 03:05 PM
Lain mcm Malaysia skrg ye. Konsert bertalu2 smpai hjg tahun.

nek ani SCAMMER tu jahh yang kena cancel kohkohkohhhh

sarahmirza Publish time 3-10-2022 10:26 AM

Kat JB konsert gig ni dibuat kat tempat tertutup... Tak nampak la ahli neraka sangat kot tengah azan maghrib korang terkinja2 depan pentas..


;P

acikku Publish time 5-10-2022 05:04 PM

Kalau apply lesen untuk lain tapi yg dibuat lain, silalah ambil tindakan sewajarnya
Pages: [1]
View full version: Konsert depan masjid katanya, ramai acik2 gundu sampai terloncat2!


ADVERTISEMENT