tatod Publish time 4-7-2022 03:01 PM

Terjerat Cinta Remaja 15 Tahun, Lelaki Kecewa Tak Jadi Kahwin Diugut Bayar RM800,000

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/04/132558w44zmz4p4dpn4m14.pngSumber Google


Usia baru belasan tahun tetapi sudah pandai menjerat jejaka yang lebih berusia dalam permainan cinta ciptaan mereka. Sebaik terbongkar usia sebenar, mereka akan mengugut mangsa agar memberikan sejumlah wang atau mereka dilaporkan kepada pihak polis kerana kesalahan membabitkan remaja di bawah umur seperti mereka adalah serius.


Memetik laporan Harian Metro, seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad tampil berkongsi cerita kekecewaannya apabila niat untuk memperisterikan seorang gadis yang dikenali menerusi aplikasi Facebook tahun lalu punah apabila dia mulai diugut supaya membayar RM800,000 atau skandalnya terbongkar.


Kata mangsa berusia 35 tahun itu, dia buntu mengenangkan nasibnya yang bukan hanya terus-menerus diganggu oleh gadis tersebut tetapi juga setiap hari didesak oleh ahli keluarga remaja itu yang menuntut bayaran berkenaan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/04/133622mbfwoqo0d0fp0wop.jpgSumber Google


Kata Ahmad, dia tidak berasa curiga terhadap gadis berkenaan kerana menerusi raut wajahnya yang nampak dewasa cukup menyakinkan dirinya bahawa teman wanitanya itu berumur 25 tahun seperti yang didakwa.


"Saya terkejut mengetahui bakal isteri saya itu sebenarnya baru berusia 15 tahun. Apabila ahli keluarganya membuat ugutan sedemikian, saya rasa diperguna dan dianiaya.


"Malah, ugutan yang dilemparkan juga tidak berasas. Ahli keluarganya meminta saya membayar RM800,000 dalam masa tiga bulan. Saya tidak mampu untuk sediakan wang sebanyak itu," katanya yang membuat laporan kepada Pengarah Advokasi Khidmat Guam Mahmud Jumaat.


Cerita Ahmad lagi, ketika awal perkenalan, teman wanitanya sering mengelak apabila diminta untuk memberitahu usianya yang sebenar. Gadis itu turut menipunya bahawa kononnya kadpengenalannya hilang.


Menawarkan diri untuk menemaninya membuat laporan polis, gadis tersebut mengelak dan berkata akan melakukannya sendiri.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/04/134232nwm2qax2khwsdrsd.jpg

"Dia ada tunjuk laporan polis yang dibuatnya. Ketika itu, saya lihat nombor kad pengenalannya, saya yakin dia berumur 25 tahun dan saya bersedia untuk bernikah dengannya kerana keluarga kami juga sudah mula kenal antara satu sama lain," katanya.


Bagaimanapun, penipuan gadis tersebut akhirnya terbongkar apabila mereka keluar untuk makan malam di sebuah restoran di ibu negara.


Ahmad ternampak satu dokumen yang tertera nombor kad pengenalan gadis terbabit dan tidak sama dengan laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.


Selepas beberapa hari, Ahmad bertanyakan hal itu namun dinafikan. Namun, apabila dipujuk, gadis berkenaan akhirnya mengakui usianya adalah 15 tahun.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/04/134854hf1h6k56ff856bp6.jpg




"Saya terkilan dia mempergunakan niat baik saya untuk memperisterikannya. Jika dia berlaku jujur dari awal, perkara ini tidak akan terjadi," katanya yang percaya perkara itu sudah dirancang terlebih dahulu. -CARI










azie5zoe Publish time 4-7-2022 04:24 PM

Kesian budak perempuan tu, usia muda muka dah tua.

chinta89 Publish time 5-7-2022 03:55 PM

apa yg takutnya bukan prnh berasamaradana so xde sb polis nk tangkap dia senang2..

kenapa ada term skandal dlm perenggan cerita ni x faham.

nakkomenjugak Publish time 10-7-2022 11:25 AM

Red flag berkibar kuat bila sheol mengelak dari bagitahu umur sebenar
kau patut dah boleh lari dah time tu ahmad oiiiiiiii

Cokoro Publish time 10-7-2022 05:03 PM

Kesian. Msti modus operandi bdk n famili dia tu. Mengugut mangsa

copy_paste Publish time 14-7-2022 11:27 AM

xkan la xleh beza perangai budak 15 dgn 25

ally9970 Publish time 14-7-2022 12:19 PM

Apa yg dia takutkan? Buat lah laporan polis.
Unless kalau kau dh "celup"...

fifie_olin Publish time 22-7-2022 09:39 AM

ntah gambo sapa dia bagi
tgk cun je
terus percaya
dah desperate nak berbini gamaknya:lol:

wirazam Publish time 1-8-2022 07:22 AM

Kat mana berlaku...kat Indonesia ke?
Pages: [1]
View full version: Terjerat Cinta Remaja 15 Tahun, Lelaki Kecewa Tak Jadi Kahwin Diugut Bayar RM800,000


ADVERTISEMENT