aerolit_gurlz Publish time 19-9-2010 06:14 PM

Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )


BAB 9
“Lem..betullah lu ni”runggut Ren.Perkataan ‘bap’tidak dituturkan.Aku mendengus.Beg sandang aku sangkut di bahu.
“Ada aku suruh kau tunggu aku?”.
Ren terdiam.
“Eleh..gua cakap macam tu pun lu dah nak sentap!Manja!”.
Aku jegilkan biji mata.Malas hendak melawan cakapnya,aku terus melangkah laju.
“Tunggulah gua..”jerit Ren kuat.Aku buat pekak badak.
Langkah aku terhenti apabila tiba di satu kedai pakaian.Satu senyuman terukir di bibir aku tiba-tiba.Aku berpusing ke belakang.Kelihatan Ren sedang tercunggap-cunggap mengejar aku.Aku pandang dia sambil berpeluk tubuh.
“Lu ni..na..nak..jadi pelari pecut negara ke?”soal Ren.
Aku mencebik.
“Kau ni harap aje lelaki.Tapi taklah gagah mana pun.Dasar lelaki lemah!”.
Ren buntangkan biji mata.
“Bolehlah lu cakap gua lelaki lemah.Gua punya stok tongkat ali dah habislah.Tunggu gua beli stok baru.Jangan kata pelari pecut,lari sambil kendong lu pun gua boleh tau..”.
Aku mendengus mendengar ayatnya.Sungguh kurang sopan!
“Jom..”
“Jom apa?”soal Ren pelik.Sambil tersengih,terus aku tarik lengan bajunya masuk ke dalam kedai pakaian.
“Kalau lu nak shopping..lu pergi dengan mak gualah.Gua tak minatlah shopping-shopping ni semua.Daripada gua shopping,baik gua tolong mak gua mopping lantai rumah.Lagi bagus!”.
Aku menuju ke deretan yang menempatkan seluar lelaki.Walaupun dia membebel,namun dia tetap mengikuti ke mana sahaja aku melangkah.
“Sejak bila lu jalani pembedahan bina halkum?Lu tak bagitahu gua pun”.
Aku buat muka.
“Kau jangan banyak mulut boleh tak?Aku sumbat karang seluar jeans ni dalam mulut kau”.
“Eh..lu nak sumbat-sumbat gua pula.Lu ingat gua ni apa?Tauhu sumbat?Lu nak buat apa dekat sini?Nak beli untuk siapa?Boyfriend lu?Betul ke lu dah ada boyfriend?Gua baru ingat nak hantar resume dekat lu..”bebel Ren.
Aku buat endah tak endah.Sehelai seluar jeans yang berwarna biru terang aku pamerkan di hadapan Ren.
“Lawa kan?”soal aku.Ren meraup rambutnya.
“Kalau untuk gua,warna ni macam orang yang kerja kilang aje”.
Aku mendengus.
“Kau memang..suka sangat pakai warna gelap.Macam berkabung aje”.
“Eh..suka hati gua lah.Badan gua!Bukannya gua pinjam body lu..”
Aku tarik kembali lengan bajunya menuju ke arah deretan baju kemeja.Sehelai kemeja yang berwarna hijau aku ambil.
“Yang ni?”.
Ren tayang muka bosan.
“Dah macam pendatang asing dah gua tengok lu punya taste ni”.
Heh!Pendatang asing?Dia bukan pendatang asing ke?Dengan gaya yang macam tu.
“Kau ni banyak commentlah.Habis,kau nak baju yang mana?”.
“Eh..gua tak payahlah baju-baju ni semua.Baju dengan seluar gua berlambak dekat rumah.Seluar kecik pun banyak”.
“Habis,kalau kau dah banyak sangat pakaian,apesal kau suka sangat pakai seluar jeans yang koyak dekat lutut ni?”.
“Biarlah..fesyen!Apa lu tahu.Lu tu buta fesyen”.
Huh!Aku dikatanya buta fesyen?
“Dahlah!Daripada lu buang duit dekat sini,baik lu belanja gua makan roti naan.Lagi sedap.Perut pun kenyang”.
“Bila masa pula aku kata aku nak belanja kau?Aku tolong pilih aje.Kaulah yang bayarkan”.
Ren terkejut.Terus dia tarik beg sandang aku keluar daripada kedai tersebut.
aerolit_gurlz^-^
Pages: [1]
View full version: Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )


ADVERTISEMENT