CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2721|Reply: 0

Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )

 Close [Copy link]
Post time 19-9-2010 06:14 PM | Show all posts |Read mode


BAB 9


“Lem..betullah lu ni”runggut Ren.Perkataan ‘bap’tidak dituturkan.Aku mendengus.Beg sandang aku sangkut di bahu.


“Ada aku suruh kau tunggu aku?”.


Ren terdiam.


“Eleh..gua cakap macam tu pun lu dah nak sentap!Manja!”.


Aku jegilkan biji mata.Malas hendak melawan cakapnya,aku terus melangkah laju.


“Tunggulah gua..”jerit Ren kuat.Aku buat pekak badak.


Langkah aku terhenti apabila tiba di satu kedai pakaian.Satu senyuman terukir di bibir aku tiba-tiba.Aku berpusing ke

belakang.Kelihatan Ren sedang tercunggap-cunggap mengejar aku.Aku pandang dia sambil berpeluk tubuh.


“Lu ni..na..nak..jadi pelari pecut negara ke?”soal Ren.


Aku mencebik.


“Kau ni harap aje lelaki.Tapi taklah gagah mana pun.Dasar lelaki lemah!”.


Ren buntangkan biji mata.


“Bolehlah lu cakap gua lelaki lemah.Gua punya stok tongkat ali dah habislah.Tunggu gua beli stok baru.Jangan kata pelari pecut,lari

sambil kendong lu pun gua boleh tau..”.


Aku mendengus mendengar ayatnya.Sungguh kurang sopan!


“Jom..”


“Jom apa?”soal Ren pelik.Sambil tersengih,terus aku tarik lengan bajunya masuk ke dalam kedai pakaian.


“Kalau lu nak shopping..lu pergi dengan mak gualah.Gua tak minatlah shopping-shopping ni semua.Daripada gua shopping,baik

gua tolong mak gua mopping lantai rumah.Lagi bagus!”.


Aku menuju ke deretan yang menempatkan seluar lelaki.Walaupun dia membebel,namun dia tetap mengikuti ke mana sahaja aku melangkah.


“Sejak bila lu jalani pembedahan bina halkum?Lu tak bagitahu gua pun”.


Aku buat muka.


“Kau jangan banyak mulut boleh tak?Aku sumbat karang seluar jeans ni dalam mulut kau”.


“Eh..lu nak sumbat-sumbat gua pula.Lu ingat gua ni apa?Tauhu sumbat?Lu nak buat apa dekat sini?Nak beli untuk siapa?Boyfriend lu?Betul ke lu dah ada boyfriend?Gua baru ingat nak hantar resume dekat lu..”bebel Ren.


Aku buat endah tak endah.Sehelai seluar jeans yang berwarna biru terang aku pamerkan di hadapan Ren.


“Lawa kan?”soal aku.Ren meraup rambutnya.


“Kalau untuk gua,warna ni macam orang yang kerja kilang aje”.


Aku mendengus.


“Kau memang..suka sangat pakai warna gelap.Macam berkabung aje”.


“Eh..suka hati gua lah.Badan gua!Bukannya gua pinjam body lu..”


Aku tarik kembali lengan bajunya menuju ke arah deretan baju kemeja.Sehelai kemeja yang berwarna hijau aku ambil.


“Yang ni?”.


Ren tayang muka bosan.


“Dah macam pendatang asing dah gua tengok lu punya taste ni”.


Heh!Pendatang asing?Dia bukan pendatang asing ke?Dengan gaya yang macam tu.


“Kau ni banyak commentlah.Habis,kau nak baju yang mana?”.


“Eh..gua tak payahlah baju-baju ni semua.Baju dengan seluar gua berlambak dekat rumah.Seluar kecik pun banyak”.


“Habis,kalau kau dah banyak sangat pakaian,apesal kau suka sangat pakai seluar jeans yang koyak dekat lutut ni?”.


“Biarlah..fesyen!Apa lu tahu.Lu tu buta fesyen”.


Huh!Aku dikatanya buta fesyen?


“Dahlah!Daripada lu buang duit dekat sini,baik lu belanja gua makan roti naan.Lagi sedap.Perut pun kenyang”.


“Bila masa pula aku kata aku nak belanja kau?Aku tolong pilih aje.Kaulah yang bayarkan”.


Ren terkejut.Terus dia tarik beg sandang aku keluar daripada kedai tersebut.


aerolit_gurlz

^-^
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pulis Minta Bantuan Kesan Kanak-Kanak Perempuan,Albertine Leo Jia Hui,  Enam Tahun Dilapor Hilang di Iskandar Puteri
YgBenarPulis Minta Bantuan Kesan Kanak-Kanak Pe
Views : 36599 Replies : 55
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92707 Replies : 1047
Khai Bahar bawa BF g Sarawak
leftenanhensemKhai Bahar bawa BF g Sarawak
Views : 57092 Replies : 85
Ekonomi dijangka melonjak pada separuh kedua - RHB Investment
AbahmungEkonomi dijangka melonjak pada separuh k
Views : 16682 Replies : 3
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 32239 Replies : 174
Joe Biden tarik diri perebutan jawatan Presiden, Harris calon Demokrat
ultra78Joe Biden tarik diri perebutan jawatan P
Views : 21726 Replies : 22
Warga KL paling murung, stress
JoyahMengayahWarga KL paling murung, stress
Views : 7535 Replies : 76
TAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dunia akibat kanser
mojarean_XTAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dun
Views : 6402 Replies : 8
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 21169 Replies : 348
Lelaki hampir muflis dipergunakan abang ipar guna nama buat pinjaman bank pembelian kereta baharu Rm100k.Wajar atau tidak
YgBenarLelaki hampir muflis dipergunakan abang
Views : 35696 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.056054 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list