Cintaerina Publish time 18-5-2022 03:13 PM

"Lain Dari Lain" – Pengantin Sanding Atas Lori, Ikut Tradisi Keluarga

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/18/143933mr9r24lr2497rqoz.pngSumber: Tiktok Sahir Rosle




Majlis perkahwinan merupakan salah satu detik istimewa yang dinanti-nantikan setiap pasangan mempelai.


Tidak hairanlah jika ada pengantin yang mahu mempamerkan kelainan untuk memastikan hari bersejarah mereka terus diingati.


Hal sama turut berlaku kepada pasangan pengantin dari Tanjung Piandang, Perak. Terbaru, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Sahir Rosle memuat naik video yang menarik perhatian ramai.


Menerusi video itu, kelihatan pasangan mempelai telah memilih untuk berarak ke majlis perkahwinan mereka menggunakan lori kecil.


7094191713178193178


Kelihatan lori yang digunakan untuk berarak itu dihias cantik dan bunga manggar juga diletakkan di samping pohon tebu untuk mencantikkan lagi perhiasan di atas lori tersebut.


Kemudian, kedua-dua pengantin itu disambut sanak saudara untuk mengiringi mereka ke pelamin.


Menurut kakak saudara kepada pengantin lelaki tersebut, dia mengatakanbahawa perkara itu merupakan tradisi turun temurun dalam keluarga mereka yang bermula sejak arwah datuk dan nenek mereka berkahwin.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata tradisi yang diamalkan oleh keluarga ini sangat unik dan jarang sekali dibuat pengantin lain. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/18/143928vu1zvi1v1ugvcu1v.pngSumber: Tiktok Sahir Rosle






Pages: [1]
View full version: "Lain Dari Lain" – Pengantin Sanding Atas Lori, Ikut Tradisi Keluarga


ADVERTISEMENT