CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 556|Reply: 0

"Lain Dari Lain" – Pengantin Sanding Atas Lori, Ikut Tradisi Keluarga

[Copy link]
Post time 18-5-2022 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Sahir Rosle




Majlis perkahwinan merupakan salah satu detik istimewa yang dinanti-nantikan setiap pasangan mempelai.


Tidak hairanlah jika ada pengantin yang mahu mempamerkan kelainan untuk memastikan hari bersejarah mereka terus diingati.


Hal sama turut berlaku kepada pasangan pengantin dari Tanjung Piandang, Perak. Terbaru, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Sahir Rosle memuat naik video yang menarik perhatian ramai.


Menerusi video itu, kelihatan pasangan mempelai telah memilih untuk berarak ke majlis perkahwinan mereka menggunakan lori kecil.





Kelihatan lori yang digunakan untuk berarak itu dihias cantik dan bunga manggar juga diletakkan di samping pohon tebu untuk mencantikkan lagi perhiasan di atas lori tersebut.


Kemudian, kedua-dua pengantin itu disambut sanak saudara untuk mengiringi mereka ke pelamin.


Menurut kakak saudara kepada pengantin lelaki tersebut, dia mengatakan  bahawa perkara itu merupakan tradisi turun temurun dalam keluarga mereka yang bermula sejak arwah datuk dan nenek mereka berkahwin.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata tradisi yang diamalkan oleh keluarga ini sangat unik dan jarang sekali dibuat pengantin lain. - CARI


Sumber: Tiktok Sahir Rosle






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048104 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list