CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2607|Reply: 15

Terkedu Bila Vivy Yusof Kata British Jajah Tanah Melayu Untuk Bantu Bangunkan Negara

[Copy link]
Post time 23-3-2022 01:25 PM | Show all posts |Read mode



Mata pelajaran Sejarah adalah antara subjek yang dianggap membosankan kerana membabitkan banyak perkara, tarikh serta nama-nama pembesar atau individu penting yang terbabit dalam sesebuah peristiwa.


Bagaimanapun, rata-rata semua pelajar tahu kedatangan British menjajah Tanah Melayu pada ketika itu adalah bertujuan menguasai hasil bumi seperti biji timah selain kedudukan Tanah Melayu yang strategik berada di pusat laluan pedagang.


Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter, Nabila Huda Tahar membidas kenyataan usahawan tudung, Datin Vivy Yusof yang berkata kepada anaknya bahawa British menjajah kerana ingin membantu membangunkan negara.











Menerusi rakaman dimuat naik menerusi IG Story Vivy juga dapat didengar dengan jelas gambar-gambar orang besar British itu diambil sebagai tanda penghargaan pada bantuan mereka membangunkan negara.



Ramai netizen terpanggil untuk mengulas mengenai perkara itu. Rata-rata mereka sama sekali tidak bersetuju dengan penerangan yang Vivy katakan kepada anaknya.



Malahan, ada yang mempertikaikan sebagai seorang individu yang memiliki ijazah undang-undang serta pernah diangkat sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia sepatutnya mempunyai asas pengetahuan kuat berkaitan sejarah Malaysia.























Oh, patutlah selama ini pandangannya dalam perniagaan begitu! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 02:06 PM | Show all posts
Dah kenal sangat dengan tinbo nie. Cakap dulu, fikir kemudian.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 02:27 PM | Show all posts
apa jek lah yg diharapkan keluar dari mulut dia ni ? dia sendiri pemuja penjajah london sana.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Compare dia dgn puyu .kaka rasa kecaman pada puyu ptt lebih lg..dia ni bborak dgn ank dia..dia bkn cikgu pon..job scope dia as director pon bkn required kena bijak sejarah..

Compare dgn puyu lagilaaa jahanammmm..
Dibayar dipanggil masuk tv..hujung2 Salah faham siap ajaran sesat..kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol
Kampung dia kan London situ nak expect apa
Kata spm and a levels straight a’s
Tulah
Stick with your rak baju rak bag lepak dgn gigi menyeringai jelah hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:23 PM | Show all posts
we helped them to built LONDON.... << nice. mmg pon. habis sumber asli kat sini kena teroka buat duit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2022 03:56 PM | Show all posts
memang dia nih level2 kena cerca dan maki utk stay relevant ke ??? asal keluar jer ada lah tu isu yg buat org naik angin..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 05:43 PM | Show all posts
nak cari bekalan hambar sebenarnya. tapi tak dapat sebab raja-raja kat sini dah jadi tuan pada hamba-hamba sekalian. so terpaksala slow-slow jadi "penasihat".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 06:19 PM | Show all posts
pastu nanti followers yg idolized her amik bulat2 her statement ajar kat anak depa pula
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Such a bimbo
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by haifawehbe at 24-3-2022 02:32 AM

Sedih bila ada melayu yg agungkan penjajah british mcm sekor ni.. Kalau baca balik sejarah perjuangan pahlawan & ulamak melawan penjajah dulu2 boleh menitis air mata.. tapi cucu cicit pegi back up penjajah pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa jgk yg nak diharapkan...anak2 dia pun cakap melayu mcm as if membesar dekat london. Tak ada jadi diri langsung, kalau anak melayu yang lahir & membesar di malaysia tak reti cakap melayu tolong lah malu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 08:40 PM | Show all posts
Ni puak-puak gudbabaikan Malaysia kalau apa-apa jadi kat negara kita. Sebab Tanah Melayu dijajah pun x reti. Semedang speaking london ingatkan bijak bistari. Rupanya bingai dgn sejarah sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bibik kan semedang bangga dgn brits london sume tu
Tp bila nk jual barang, hadap gak duit acik2 marhaen malaysian yg mana atuk nenek depa bergolok gadai nk merdekakan Tanah Melayu ni dr brits
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu tak bimbo bukan tinbo la kan.
Anak2 pn tak reti ckp melayu pd hal nenek masing2 elok jah ckp melayu... Tiber plak kata penjajah yg bantu bina Msia. Pegilah baca sejarah perjuangan mereka2 yg bersabung nyawa mempertahankn tanah melayu mak hitik oiii... buku lain2 kemain ko baca tp rupanya tak pndai2 gak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
OMG level datin ni punye general knowledge

Kagummm... ramai plak sanggup jd pak turut membeli brg die
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.056744 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list