|
Budaya Korea telah mempengaruhi kehidupan rakyat Malaysia dari segi lagu, filem, produk kecantikan, pakaian dan juga makanan.
Salah satu perkara yang peminat budaya Korea suka buat adalah makan "Samyang Spicy Ramen" menggunakan "chopstick" itu pernah menjadi tular suatu ketika dahulu.
kredit foto: TikTok
Petikan dari HCL, ada satu video tular di TikTok yang memaparkan seorang lelaki pertama kali mencuba menggunakan chopstick untuk memakan Samyang Spicy Ramen.
Tetapi, dia tidak sedar caranya salah dan rakannya membantu memberi tunjuk ajar kepada lelaki itu cara menggunakan chopstick yang betul.
Difahamkan, lelaki itu menggunakan dua chopstick yang tidak dileraikan lagi dan tidak tahu langsung yang iau perlu dipisahkan terlebih dahulu.
Kelihatan riak di wajahnya yang terkejut apabila chopstick itu dipisahkan.
kredit foto: TikTok
Ramai juga netizen geli hati melihat gelagatnya yang tidak tahu menggunakan chopstick. - CARI |
|