marla69 Publish time 17-3-2022 11:48 AM

seribulan replied at 11-3-2022 01:51 PM
Ada tulis @ bod sebelah...jap cari...

Ni @marla69


Lama tak borak ngan seri. Selamat nak.menyambut puasa cik seri dan semua.

seribulan Publish time 17-3-2022 02:02 PM

Edited by seribulan at 17-3-2022 07:28 PM

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA17 MAC 2022PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 16 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
[*]Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Lapan (8) negeri iaitu WP Putrajaya (100%), WP Kuala Lumpur (69%), Kelantan (65%), Perlis (64%), Selangor (59%),   Johor (62%), Melaka (53%), dan Sarawak (51%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
[*]Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Selangor (95%), WP Kuala Lumpur (89%), WP Putrajaya (84%), Melaka (82%), Terengganu (82%), Perak (81%), Perlis (78%), Sarawak (71%), Kelantan (65%), Johor (56%), Pahang (53%) , dan Pulau Pinang (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
[*]Katil PKRC: : Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
[*]Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 233 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator26%.
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/03/image-69.png?w=949
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/03/image-70.png?w=934
Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/03/image-71.png?w=965
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.Pada 16 Mac 2022, sebanyak 1,743 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
[*]743 kes (42.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
[*]1,000 kes (57.4 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/03/image-72.png?w=905
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 16 Mac 2022:
[*]Kes sembuh: 33,009 kes ;
[*]Kes baharu: 28,298 kes (3,900,433 kes kumulatif);
[*]Kes import: 698 kes ;
[*]Kes tempatan: 27,600 kes ;
[*]Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 374 kes (147 kes disahkan COVID-19; 227 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
[*]Kes memerlukan bantuan pernafasan: 233 kes (91 kes disahkan COVID-19; 142 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19Daripada 28,298 kes harian yang dilaporkan pada 16 Mac 2022:
[*]Kategori 1: 11,936 kes (42.18%);
[*]Kategori 2: 16,148 kes (57.06%);
[*]Kategori 3: 100 kes (0.35%);
[*]Kategori 4: 55 kes (0.20%); dan
[*]Kategori 5: 59 kes (0.21%).
Daripada 214 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 16 Mac 2022:
[*]56 kes (26.17%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
[*]101 kes (47.20%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
[*]57 kes (26.64%) telah menerima dos penggalak (booster);
[*]119 kes (55.61%) berumur 60 tahun dan ke atas;
[*]82 kes (38.32%) mempunyai komorbid dan;
[*]2 kes (0.93%) ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
[*]Jumlah kluster: 6,893 kluster;
[*]Jumlah kluster baharu: 6 kluster;
[*]Jumlah kluster yang telah tamat: 6,547 kluster; dan
[*]Jumlah kluster aktif: 346 kluster.
NILAI RTPerincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 16 Mac 2022
NEGERINILAI RT
Sarawak1.15
WP Kuala Lumpur1.13
Terengganu1.07
Negeri Sembilan1.06
Perak1.03
WP Putrajaya1.03
Johor1.03
Pulau Pinang1.02
Selangor1.02
Melaka1.02
Pahang1.00
Kedah0.98
Kelantan0.94
Perlis0.93
WP Labuan0.78
Sabah0.69
MALAYSIA0.96
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
[*]Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
[*]Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
[*]Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
[*]Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
[*]Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
[*]Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
[*]Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
[*]Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.Sekian, terima kasih.TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA17 Mac 2022 @ 10.00 pagiLampiran 1Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
   Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam






seribulan Publish time 17-3-2022 02:05 PM

marla69 replied at 17-3-2022 10:48 AM
Lama tak borak ngan seri. Selamat nak.menyambut puasa cik seri dan semua.

{:mlhi:}darling marla...pi mana2 tak?
Buku baharu tgh mlm ni :loveliness:

seribulan Publish time 17-3-2022 02:07 PM

farhana008 replied at 17-3-2022 09:20 AM
semoga pelaku mendapat hukuman yang setimpal

{:1_545:}ameen...lunch pe?

Ni bekpes tadi :loveliness: ada pajeri nenas...


farhana008 Publish time 17-3-2022 08:28 PM

seribulan replied at 17-3-2022 02:07 PM
ameen...lunch pe?

Ni bekpes tadiada pajeri nenas...

Lunch tadi mkn ikan kerisi goreng dgn sayur:loveliness:
Sedap pajeri nenas tu

farhana008 Publish time 17-3-2022 08:28 PM

seribulan Publish time 17-3-2022 08:29 PM

farhana008 replied at 17-3-2022 07:28 PM
Lunch tadi mkn ikan kerisi goreng dgn sayur
Sedap pajeri nenas tu

Lama tak makan ikan kerisi...:D
Lunch nasi goreng telur dadar...

seribulan Publish time 17-3-2022 08:30 PM

farhana008 replied at 17-3-2022 07:28 PM


Good info {:thumbo

BlackOpium Publish time 17-3-2022 09:11 PM

seribulan replied at 17-3-2022 07:35 AM
Bff nak pi...ikut je...dia pun baru balik Turki minggu lepas...salu dia arrange semua...kita bayar ...

Nanti sharing2 la kaka lepas balik bercuti.

BlackOpium Publish time 17-3-2022 09:16 PM

farhana008 replied at 17-3-2022 10:24 AM
bila dah berjumpa saudara mara yg lama tak jumpa, ada yang alpa dengan sop. dah lama tak jumpa sia ...

Bila kita menolak sentap pulak uols. Katanya tak mengenang saudara mara huhu. Masalahnya kita bukan tau pun orang tu infected ke tak.
Iols nak bercampur pun fikir banyak kali. Yela, risau kot2 pembawa ke apa kan.

seribulan Publish time 18-3-2022 08:08 AM

.      .
.

seribulan Publish time 18-3-2022 08:09 AM

BlackOpium replied at 17-3-2022 08:11 PM
Nanti sharing2 la kaka lepas balik bercuti.

Moga menjadi kenyataan :)

farhana008 Publish time 18-3-2022 10:52 AM

seribulan replied at 17-3-2022 08:30 PM
Good info

dari public health malaysia{:runo

farhana008 Publish time 18-3-2022 10:54 AM

seribulan replied at 17-3-2022 08:29 PM
Lama tak makan ikan kerisi...
Lunch nasi goreng telur dadar...

saya bakar ikan kerisi tu dan makan dengan sup sayur{:sleepyo

farhana008 Publish time 18-3-2022 10:57 AM

seribulan replied at 18-3-2022 08:08 AM
.      .
.

Salam Jumaat yong:)

farhana008 Publish time 18-3-2022 11:02 AM

BlackOpium replied at 17-3-2022 09:16 PM
Bila kita menolak sentap pulak uols. Katanya tak mengenang saudara mara huhu. Masalahnya kita buka ...

kalau cakap tak ada common sense dengan sedara mara yg lebih tua nak berpeluk cium masa tengah pandemik ni sentap pulak. iols pun berat hati nak terima guests terutama adik beradik ke rumah kalau sebelum datang rumah iols, pergi singgah tempat lain. :sweat3: terpaksa lah cakap tak dapat nak terima tetamu walaupun lepas ni rasa kecil hati :shutup:

seribulan Publish time 18-3-2022 11:07 AM

.         .

.

seribulan Publish time 18-3-2022 11:10 AM

farhana008 replied at 18-3-2022 09:52 AM
dari public health malaysia

Tinggi gak...

seribulan Publish time 18-3-2022 11:11 AM

farhana008 replied at 18-3-2022 09:54 AM
saya bakar ikan kerisi tu dan makan dengan sup sayur

Ni lunch tapau nasi ayam & sup kaki ayam :loveliness:

seribulan Publish time 18-3-2022 11:12 AM

farhana008 replied at 18-3-2022 09:57 AM
Salam Jumaat yong

.   .   .
.
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42


ADVERTISEMENT