seribulan Publish time 4-4-2022 07:03 PM

farhana008 replied at 4-4-2022 06:01 PM
nasi tak berapa sangat nak makan masa sahur.baru2 ni beli jam online pak mat( ayah ashraf sinclair ...

Kita serupa...wah best jam tu {:thumbo


Berbuka apa ni?{:1_515:}

farhana008 Publish time 4-4-2022 08:19 PM

seribulan replied at 3-4-2022 02:45 PM
Saya ada post nasi ayam rupanya kena auto correct national ayamklako...

perkataan bm pun ada juga kena check, tak pasal2 jadi lain. contoh nama farah. kat keyboard huruf j dan h sebelah je:lol:

seribulan Publish time 4-4-2022 08:58 PM

farhana008 replied at 4-4-2022 07:19 PM
perkataan bm pun ada juga kena check, tak pasal2 jadi lain. contoh nama farah. kat keyboard huruf...

Oopsy daisy {:smileotgh cari mana auto correct...

ipes2 Publish time 5-4-2022 01:57 AM

farhana008 replied at 4-4-2022 07:01 PM
nasi tak berapa sangat nak makan masa sahur.baru2 ni beli jam online pak mat( ayah ashraf sinclair ...

ramadhan mubarak farhana

ipes2 Publish time 5-4-2022 01:58 AM

dellashrill replied at 30-3-2022 05:26 PM
alhamdulillah, dah selamat sampai ke rumah. first time bawa elderly pergi bercuti tanpa ada assistan ...

ramadhan mubarak dellashrill

ipes2 Publish time 5-4-2022 02:18 AM

seribulan replied at 28-3-2022 04:15 PM
Kerja x habis2 kan

ya huhu
byk sgt benda nk kena buat.. so skali skala masuk forum utk layangkan minda

ipes2 Publish time 5-4-2022 02:20 AM

farhana008 replied at 29-3-2022 12:42 AM
Mesti best sebab jemaah ditatang siang malam agaknya.

dulu kawan sekerja sy bila ramadhan je dia akan ambil cuti ke mekah
dia dan adik beradik mmg ada satu arrangement di mana mereka akan sewa rooms kat hotel tu dlm ramadhan dalam sebulan gitu dan akan dtg dari pelbagai tempat utk sama2 beribadat sepanjang ramadhan tu kat hotel di mekah tu
sgt bagus plan mereka

seribulan Publish time 5-4-2022 02:36 AM

ipes2 replied at 5-4-2022 01:18 AM
ya huhu
byk sgt benda nk kena buat.. so skali skala masuk forum utk layangkan minda

Hujan pulak sini tiap malam...{:2gd9osyok bergulung...


seribulan Publish time 5-4-2022 02:37 AM

ipes2 replied at 5-4-2022 01:20 AM
dulu kawan sekerja sy bila ramadhan je dia akan ambil cuti ke mekah
dia dan adik beradik mmg ada s ...

:Dhaah...pernah jumpa kawan sekampung...umrah Ramadhan sesama siblings sebab parents dah tiada...best tengok...

seribulan Publish time 5-4-2022 02:39 AM

Edited by seribulan at 5-4-2022 10:21 AM

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA5 APRIL 2022PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 4 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
[*]Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Dua (2) negeri iaitu WP Kuala Lumpur (60%) dan Perlis (55%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
[*]Katil Bukan ICU: Dua (2) negeri iaitu WP Putrajaya (69%) dan Selangor (56%) menunjukkan peratusan pengisian≥ 50% (Jadual 1);
[*]Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
[*]Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 140 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 16%.
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-20.png?w=926
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-21.png?w=927
Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-22.png?w=923
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.Pada 4 April 2022, sebanyak 543 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
[*]226 kes (41.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
[*]317 kes (58.4 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-23.png?w=884
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 4 April 2022:
[*]Kes sembuh: 23,302 kes ;
[*]Kes baharu: 10,002 kes (4,256,469 kes kumulatif);
[*]Kes import: 98 kes ;
[*]Kes tempatan: 9,904 kes ;
[*]Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 236 kes (103 kes disahkan COVID-19; 133 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
[*]Kes memerlukan bantuan pernafasan: 140 kes (55 kes disahkan COVID-19; 85 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19Daripada 10,002 kes harian yang dilaporkan pada 4 April 2022:
[*]Kategori 1: 5,495 kes (54.94%);
[*]Kategori 2: 4,418 kes (44.17%);
[*]Kategori 3: 30 kes (0.30%);
[*]Kategori 4: 33 kes (0.33%); dan
[*]Kategori 5: 26 kes (0.26%).
Daripada 89 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 4 April 2022:
[*]31 kes (34.83%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
[*]34 kes (38.20%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
[*]24 kes (26.97%) telah menerima dos penggalak (booster);
[*]51 kes (57.30%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
[*]60 kes (67.42%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
[*]Jumlah kluster: 6,940 kluster;
[*]Jumlah kluster baharu:tiada;
[*]Jumlah kluster yang telah tamat: 6,767 kluster; dan
[*]Jumlah kluster aktif: 173 kluster.
NILAI RTPerincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 4 April 2022
NEGERINILAI RT
Selangor1.03
Sarawak0.85
Melaka0.85
Negeri Sembilan0.84
Perak0.83
WP Kuala Lumpur0.83
WP Putrajaya0.78
WP Labuan0.76
Johor0.75
Pahang0.75
Terengganu0.74
Pulau Pinang0.73
Kedah0.71
Perlis0.70
Sabah0.69
Kelantan0.68
MALAYSIA0.86
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
[*]Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
[*]Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
[*]Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
[*]Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
[*]Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
[*]Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
[*]Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
[*]Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.Sekian, terima kasih.TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA5 April 2022 @ 10.00 pagiLampiran 1Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
   Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam







dellashrill Publish time 5-4-2022 04:10 PM

ipes2 replied at 5-4-2022 01:58 AM
ramadhan mubarak dellashrill

ramadhan mubarak Dr @ipes2

farhana008 Publish time 5-4-2022 06:23 PM

ipes2 replied at 5-4-2022 02:20 AM
dulu kawan sekerja sy bila ramadhan je dia akan ambil cuti ke mekah
dia dan adik beradik mmg ada s ...

Bestnya dapat spend sebulan masa Ramadan. harga hotel di Makkah -Madinah masa bulan Ramadan pun boleh tahan juga mahal.Ada juga kenalan mak pasangan suami isteri yg dah pencen akan ke sana masa bulan Ramadan setiap tahun

ipes2 Publish time 5-4-2022 09:13 PM

farhana008 replied at 5-4-2022 06:23 PM
Bestnya dapat spend sebulan masa Ramadan. harga hotel di Makkah -Madinah masa bulan Ramadan pun bo ...

eh silap, mereka ada apartment dekat situ (dekat Mekah; mereka pakat2 beli awal2)
hotels mahal2 ya masa bulan Ramadhan tu kat situ.

dellashrill Publish time 6-4-2022 01:55 AM

ipes2 replied at 5-4-2022 09:13 PM
eh silap, mereka ada apartment dekat situ (dekat Mekah; mereka pakat2 beli awal2)
hotels mahal2 ya ...

wow! orang kayangan mampu beli apartment di sana.

saya tengah plan utk ramadhan di mekah pula tahun depan. In sya Allah, kalau panjang umur.. nak mengejar 10 malam terakhir di sana pula.


seribulan Publish time 6-4-2022 05:00 AM

dellashrill replied at 6-4-2022 12:55 AM
wow! orang kayangan mampu beli apartment di sana.

saya tengah plan utk ramadhan di mekah pula tah ...

Moga dirahmatiNya...{:1_545:}





seribulan Publish time 6-4-2022 05:01 AM

farhana008 replied at 5-4-2022 05:23 PM
Bestnya dapat spend sebulan masa Ramadan. harga hotel di Makkah -Madinah masa bulan Ramadan pun bo ...

Sahur pe awak? Ni bubur pulut itam & soya cincau {:thumbo

ipes2 Publish time 6-4-2022 05:20 AM

dellashrill replied at 6-4-2022 01:55 AM
wow! orang kayangan mampu beli apartment di sana.

saya tengah plan utk ramadhan di mekah pula tah ...

ya, depa ada professiona workers in their family
so ada duit la mereka tu

insyaAllah awak akan berjaya kesana last 10days nanti next year :)
very good plans tu

dellashrill Publish time 6-4-2022 07:57 AM

ipes2 replied at 6-4-2022 05:20 AM
ya, depa ada professiona workers in their family
so ada duit la mereka tu



ic2..


saya ni counting utk pegi madinah dr.

fly 21/4 ni.
amin doa dr utk trip mekah ramadhan tahun hadapan.



seribulan Publish time 6-4-2022 10:37 AM

Edited by seribulan at 6-4-2022 06:02 PM

.               .
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA6 APRIL 2022PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 5 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
[*]Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Satu (1) negeri iaitu Selangor (51%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
[*]Katil Bukan ICU: Dua (2) negeri iaitu WP Putrajaya (55%) dan Selangor (55%) menunjukkan peratusan pengisian≥ 50% (Jadual 1);
[*]Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
[*]Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 131 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 15%.
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-24.png?w=924
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-25.png?w=935
Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-26.png?w=936
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.Pada 5 April 2022, sebanyak 558 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
[*]221 kes (39.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
[*]337 kes (60.4 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-27.png?w=895
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 5 April 2022:
[*]Kes sembuh: 20,431 kes ;
[*]Kes baharu: 12,017 kes (4,268,486 kes kumulatif);
[*]Kes import: 59 kes ;
[*]Kes tempatan: 11,958 kes ;
[*]Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 234 kes (102 kes disahkan COVID-19; 132 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
[*]Kes memerlukan bantuan pernafasan: 131 kes (49 kes disahkan COVID-19; 82 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19Daripada 12,017 kes harian yang dilaporkan pada 5 April 2022:
[*]Kategori 1: 6,646 kes (55.30%);
[*]Kategori 2: 5,303 kes (44.13%);
[*]Kategori 3: 28 kes (0.23%);
[*]Kategori 4: 15 kes (0.13%); dan
[*]Kategori 5: 25 kes (0.21%).
Daripada 68 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 5 April 2022:
[*]15 kes (22.06%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
[*]29 kes (42.65%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
[*]24 kes (35.29%) telah menerima dos penggalak (booster);
[*]38 kes (55.88%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
[*]40 kes (58.82%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
[*]Jumlah kluster: 6,941 kluster;
[*]Jumlah kluster baharu:1;
[*]Jumlah kluster yang telah tamat: 6,778 kluster; dan
[*]Jumlah kluster aktif: 163 kluster.
NILAI RTPerincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 5 April 2022
NEGERINILAI RT
Selangor1.03
Melaka0.83
Negeri Sembilan0.82
Perak0.81
Sarawak0.80
WP Putrajaya0.80
Johor0.77
WP Kuala Lumpur0.76
Terengganu0.74
WP Labuan0.74
Pahang0.73
Pulau Pinang0.73
Kedah0.70
Sabah0.70
Perlis0.67
Kelantan0.66
MALAYSIA0.86
KEPENTINGAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA DALAM FASA PERALIHAN KE ENDEMIKSebagaimana telah diumumkan Kerajaan, Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik. Diingatkan sekali lagi bahawa fasa ini bukannya fasa endemik tetapi fasa peralihan sebagai persediaan menuju ke arah fasa endemik. Sama ada ianya fasa peralihan ke endemik, ataupun fasa endemik, ianya tidak bermakna bahawa bahaya virus SARS-CoV-2 boleh diabaikan. Masyarakat harus tetap berwaspada kerana virus ini masih wujud dan menular serta mengakibatkan kematian terutamanya di kalangan warga emas, kanak-kanak individu yang mempunyai sistem imuniti tubuh yang rendah, dan individu yang mempunyai komorbid.Ini selaras dengan kenyataan Dr. Mike Ryan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di mana beliau menjelaskan bahawa istilah endemik merujuk kepada kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat, tetapi jangkitan berlaku pada kadar yang stabil. Namun, terdapat kemungkinan berlakunya peningkatan penularan secara bermusim ataupun gelombang jangkitan yang besar bersekali dengan peningkatan kejadian penyakit yang serius.Dr. Mike Ryan juga mengingatkan bahawa terdapat beberapa penyakit seperti Human Immunodeficiency Virus (HIV), Tuberkulosis, dan Malaria yang telah dikategorikan sebagai penyakit yang endemik di sebahagian kawasan di dunia, namun terus mengakibatkan kematian berjuta-juta orang setiap tahun. Beliau menjangkakan situasi yang sama juga mungkin berlaku sekiranya COVID-19 diisytiharkan menjadi penyakit yang endemik. Oleh yang demikian, penyakit yang dilaporkan sebagai endemik masih memerlukan program kawalan yang mantap bagi mengurangkan jangkitan, penderitaan, dan kematian.Mengambil saranan WHO, pelbagai persediaan dan aktiviti kawalan di lapangan adalah diteruskan bagi melangkah ke fasa yang seterusnya. Kerajaan telah mempergiatkan usaha pemberian vaksin COVID-19, di mana sehingga 4 April 2022, sebanyak 79.1% daripada penduduk Malaysia telah lengkap menerima vaksin dos primer dan sebanyak 48.6% penduduk telah menerima dos penggalak.Walaupun sebahagian besar penduduk Malaysia telah menerima vaksin COVID-19 dos primer, amalan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal yang munasabah masih perlu diteruskan oleh setiap individu dalam fasa peralihan ke endemik. Ini adalah bagi memberi perlindungan yang berterusan kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, individu yang mempunyai sistem imuniti tubuh yang rendah, dan individu yang mempunyai komorbid.Menurut WHO, pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus SARS-CoV-2 terutamanya di dalam kawasan jangkitan berisiko tinggi seperti tempat tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik, tempat sesak, dan tempat individu melakukan interaksi jarak dekat.Risiko penularan virus SARS-CoV-2 daripada pembawa virus yang tidak memakai pelitup muka adalah tinggi kepada individu sihat yang tidak memakai pelitup muka (Rajah 2). Risiko ini berkurang menjadi sederhana tinggi apabila pembawa COVID-19 tidak memakai pelitup muka walaupun individu sihat bertindak memakai pelitup muka. Risiko penularan adalah rendah sekiranya pembawa COVID-19 memakai pelitup muka apabila berhadapan dengan individu sihat tanpa pelitup muka.Namun demikian, yang terbaik adalah kedua-dua individu iaitu pembawa COVID-19 dan juga individu sihat memakai pelitup muka, yang mana risiko penularan adalah sangat rendah. Ini berdasarkankemungkinan terdapat individu yang tidak tahu dijangkiti COVID-19 berada di kawasan umum kerana tidak bergejala. Oleh itu, pakailah pelitup muka sebagai perisai bagi orang di sekeliling kita terutamanya golongan yang berisiko tinggi.https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-28.png?w=1024
Pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung dan mulut sepenuhnya. Pemakaian pelitup muka bukanlah sekadar di bawah hidung atau di hujung hidung. Elakkan kebiasaan membiarkan dagu terdedah, menurunkan pelitup muka ke bahagian dagu, atau memakai pelitup muka yang longgar.Pengisytiharan Kawasan Jangkitan Tempatan masih lagi dikuatkuasakan di seluruh Malaysia di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sehingga 30 Jun 2022. Selain daripada penguatkuasaan Akta 342 semasa dalam tempoh fasa peralihan ke endemik ini, langkah-langkah kawalan dan pencegahan jangkitan COVID-19 juga dilaksanakan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan Ke Endemik) 2022 yang telah diwartakan pada 31 Mac 2022.Protokol dan arahan pencegahan dan kawalan tersebut diperincikan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan mulai pada 1 April 2022. SOP yang telah dipermudahkan daripada 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini disokong oleh sembilan (9) garis panduan (Rajah 3) yang menjelaskan risiko jangkitan, penilaian risiko, serta tindakan pencegahan yang perlu diambil oleh individu, pengembara, majikan dan pihak bertanggungjawab ke atas premis yang diperjelaskan di bawah tajuk:
[*]Memakai pelitup muka di tempat awam;
[*]Menguruskan kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan KKM;
[*]Menjaga penjarakan fizikal sekiranya boleh;
[*]Memastikan pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik;
[*]Menjaga kebersihan tangan;
[*]Memastikan kebersihan premis;
[*]Melakukan ujian pengesanan COVID-19 berdasarkan National Testing Strategy (NTS);
[*]Mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu;
[*]Memastikan waktu operasi mengikut ketetapan lesen atau permit yang dibenarkan dan;
[*]Menggunakan check-in MySejahtera atau MySejahtera Trace untuk membantu pengesanan kontak.
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-29.png?w=1024
Bagi syarat yang dikuatkuasakan mengenai keperluan pelitup muka dalam fasa peralihan ke endemik adalah (Rajah 4):
[*]Pihak bertanggungjawab ke atas premis perlu memastikan pekerja dan individu sentiasa memakai pelitup muka semasa di premis atau menyertai aktiviti; dan
[*]Pekerja dan individu perlu memakai pelitup muka setiap masa terutamanya apabila ada kehadiran individu lain.
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-30.png?w=963
Pengecualian pemakaian pelitup muka hanya dibenarkan dalam keadaan berikut:
[*]Penghuni di kediaman sendiri, bilik hotel, bilik di tempat penginapan, di tempat kemudahan awam yang tidak melibatkan interaksi dengan individu lain;
[*]Ruang kerja bersendirian;
[*]Aktiviti sukan, rekreasi, dan riadah;
[*]Kenderaan persendirian tidak termasuk e-hailing;
[*]Sewaktu makan dan minum;
[*]Aktiviti persembahan (menyanyi, menari, berlakon, dan berceramah);
[*]Kanak-kanak berusia lima (5) tahun dan ke bawah;
[*]Individu berkeperluan khas (Orang Kurang Upaya tertentu seperti Cerebral Palsy atau Autism); dan
[*]Individu mempunyai masalah pernafasan (dengan syarat mengemukakan laporan perubatan yang telah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar).
Oleh itu, KKM ingin menyeru orang ramai supaya tidak leka dan terus memakai pelitup muka kerana virus SARS-CoV-2 ini amat mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan (respiratory droplets). Amalan saling tegur-menegur adalah tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini di mana ianya adalah amalan solidarity bagi kebaikan bersama. Sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan tidak betul, kita boleh saling menegur secara berhemah. Amalan ini perlu dibudayakan demi menjaga kesihatan sesama kita selain terus mengamalkan penjarakan fizikal yang munasabah dan segera mendapatkan dos penggalak bagi yang belum menerimanya.NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
[*]Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
[*]Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
[*]Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
[*]Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
[*]Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
[*]Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
[*]Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
[*]Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.Sekian, terima kasih.TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA6 April 2022 @ 10.00 pagiLampiran 1Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
   Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam






ipes2 Publish time 7-4-2022 04:59 AM

dellashrill replied at 6-4-2022 07:57 AM
ic2..




masyaAllah! seronok nya anda
sy dah angkat tangan dan doakan that u n family akan mendapat yg terbaik dan smooth segala urusan.
doakan saya juga agar berjaya dunia dan akhirat aamiin

apa plan disana; bangun pagi lepas solat subuh apa semua, nak buat apa? quran ke tadabbur ke
Pages: 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 [15] 16 17 18 19 20 21 22 23 24
View full version: COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42


ADVERTISEMENT