CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1953|Reply: 6

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Mahkamah Dunia

[Copy link]
Post time 14-1-2022 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by boca120879 at 15-7-2022 02:12 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Harun bin Ishaq Al Hamdani, diceritakan oleh Abdah bin Sulaiman, daripada Hisyam bin Urwah, daripada ayahnya (Urwah), daripada Zainab binti Ummu Salamah, daripada Ummu Salamah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya kalian akan mengadukan perkara kalian kepadaku,
namun aku hanyalah seorang manusia biasa.

Boleh jadi sebahagian daripada kalian
lebih fasih dalam mengemukakan hujahnya.

Maka, jika aku memutuskan perkara terhadap salah seorang daripada kalian
yang mengambil hak saudaranya,

sesungguhnya aku mengambilkan potongan untuknya
daripada potongan api neraka.

Maka, janganlah dia mengambil sesuatu pun daripadanya."

(Hadith Tirmidzi no. 1259)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2022 05:45 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 8-6-2022 09:50 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Adam, diceritakan oleh Syu'bah, diceritakan oleh Abdul Malik bin Umair, diceritakan oleh Abdurrahman bin Abu Bakrah,

"Abu Bakrah menulis surat untuk anaknya
yang ketika itu berada di Sijistan yang isinya,

"Jangan engkau mengadili
di antara dua orang
ketika engkau marah,
sebab aku mendengar

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seorang hakim dilarang memberi keputusan
antara dua orang
ketika marah."

(Hadith Bukhari no. 6625)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2022 10:26 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 15-7-2022 04:26 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Isma'il, diceritakan oleh Al Hasan bin Bisyr, diceritakan oleh Syarik, daripada Al A'masy,
daripada Sa'id bin Ubadah, daripada Ibnu Buraidah, daripada ayahnya,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Hakim itu ada tiga (3).
Dua (2) di neraka
dan satu (1) di syurga.

1) Seseorang yang menghukumi
secara tidak benar
padahal dia mengetahui mana yang benar,
maka dia di neraka.

2) Seorang hakim yang bodoh
lalu menghancurkan hak-hak manusia,
maka dia di neraka.

3) Dan seorang hakim yang menghukumi
dengan benar,
maka dia masuk syurga."

(Hadith Tirmidzi no. 1244)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2023 06:16 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 27-3-2023 03:02 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Hisyam bin Ammar, diceritakan oleh Hatim bin Isma'il, diceritakan oleh Abdurrahman bin Ayyasy, daripada Amru bin Syu'aib, daripada ayahnya (Syu'aib),
daripada datuknya,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Seorang Muslim tidak dibunuh

kerana membunuh seorang kafir."

(Hadith Ibnu Majah no. 2649)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2023 08:08 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Shadaqoh bin Al Fadhl, diceritakan oleh Ibnu 'Uyainah, diceritakan oleh Mutharrif, diceritakan oleh Asy Sya'bi, diceritakan oleh Abu Juhaifah,

"Aku bertanya kepada Ali r.a.

"Apakah kamu mempunyai sesuatu
yang tidak terdapat di dalam al-Qur'an?"

Sesekali Ibnu Uyainah mengatakan,
"Sesuatu yang tidak dimiliki manusia?"

Ali r.a. menjawab,
"Demi Dzat yang membelah biji-bijian
dan mencipta manusia.

Kami tidak mempunyai selain
yang terdapat dalam al-Qur'an.

Kecuali pemahaman yang diberikan kepada seseorang
terhadap kitab-Nya
dan yang terdapat dalam shahifah (lembaran bertulis).

Abu Juhaifah bertanya,
"Apa yang terdapat dalam shahifah tersebut?"

Ali r.a. menjawab,
"Kewajipan membayar diyat (ganti rugi disebabkan jenayah),
membebaskan tawanan
dan tidak boleh seorang Muslim dibunuh kerana membunuh orang kafir."

(Hadith Bukhari no. 6404)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2023 10:41 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh 'Ali bin 'Abdullah, diceritakan oleh Sufyan, daripada Ayyub, daripada 'Ikrimah,

"Ali r.a. membakar sekumpulan manusia,
lalu berita itu sampai kepada Ibnu 'Abbas.

Maka Ibnu Abbas berkata,
"Seandainya aku ada,
tentu aku tidak akan membakar mereka
kerana Nabi s.a.w. telah bersabda,

"Janganlah kalian menyeksa (manusia/makhluk lain)
dengan seksaan Allah (dengan api)."

Dan aku (Ibnu Abbas) hanya akan membunuh mereka
sebagaimana Nabi s.a.w. telah bersabda,

"Siapa yang menukar agamanya,
maka bunuhlah dia."

(Hadith Bukhari no. 2794)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-3-2023 11:03 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Laits, daripada Az Zuhri, daripada 'Urwah, daripada 'Aisyah r.a.,

"Orang-orang Quraisy sedang menghadapi persoalan yang menggelisahkan.
Iaitu tentang seorang wanita Bani Makhzum yang mencuri.

Lalu mereka (orang ramai) berkata,
"Siapa yang mahu merundingkan masalah ini
kepada Rasulullah s.a.w.?".

Sebahagian mereka berkata,
"Tidak ada yang berani mengadap Rasulullah s.a.w.
kecuali Usamah bin Zaid,
orang kesayangan Rasulullah s.a.w."

Diceritakan oleh Ali, diceritakan oleh Sufyan,  daripada Ayyub bin Musa, daripada Az Zuhri, daripada 'Urwah,
daripada 'Aisyah r.a.,

"Seorang wanita daripada Bani Makhzum mencuri.

Mereka (orang ramai) berkata,
"Siapa yang akan menyampaikannya
kepada Nabi s.a.w.?"

Ternyata, tidak ada seorang pun yang berani mengutarakannya.
Maka Usamah bin Zaid menyampaikan masalah tersebut.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apakah kamu meminta keringanan
atas pelanggaran terhadap hukum Allah?"

Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri menyampaikan khutbah
lalu bersabda,
"Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian
menjadi binasa
kerana apabila ada orang daripada kalangan terhormat mereka mencuri,
mereka membiarkannya.

Sebaliknya apabila ada orang daripada kalangan rendah mereka mencuri,
mereka menegakkan hukuman atasnya.

Demi Allah,
seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri,
pasti aku potong tangannya."

(Hadith Bukhari no. 3453)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.045912 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list