Cintaerina Publish time 14-1-2022 11:00 AM

Suami Monyok Balik Kerja Isteri Tak Sambut, Rupanya Nak Bagi 'Surprise'

Edited by Cintaerina at 14-1-2022 12:48 PM

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/14/085604itj1jr2sph5di3b1.png
Sumber: Tiktok najwaroslan


Suami merupakan orang diletakkan sebagai ‘orang harapan’ bagi melengkapkan semua benda. Yang akan mengeluarkan duit pun tanggungjawab si suami. Oleh sebab itu, sebelum kahwin pun, ada wanita selesa berterus-terang mereka mahu cari jalan singkat iaitu berpindah tinggal ke dalam rumah baru yang sudah serba-serbi cukup tanpa mengeluarkan wang poket sendiri. Tapi tidak menjadi satu masalah pun sekiranya semua perkakas dibeli satu persatu selepas berkahwin selari dengan kemampuan kan?

"Merajuk sebab tak sambut balik kerja"


7051960781935578394



Baru-baru ini, viral satu video dikongsikan oleh Puan Najwa Roslan di TikToknya semalam, di mana di dalam video itu kita dapat lihat suaminya yang baru sahaja pulang dari kerja muncul dengan wajah monyok tanpa menyedari ada kejutan sedang menanti. Setelah menyambut suaminya, Puan Najwa ini lantas memeluk sebelum memberikan petunjuk ke arah penjuru rumah mereka. Rupanya, Puan Najwa telah membelikan sebuah mesin basuh baru sekali gus melengkapkan perkakas keperluan di rumah mereka.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/14/090415yywyygdwe6yd1s2s.png
Sumber: Tiktok najwaroslan


"Tinggal mesin basuh 1 ni…Biarlah bini pula tolong beli"


Meskipun niat baik ingin meringankan beban suaminya dipersoal oleh sesetengah netizen, wanita ini memberikan jawapan yang begitu matang. Difahamkan, suaminya telah membeli barang-barang keperluan lain. Tidak menjadi masalah sekiranya si isteri mahu bantu melengkapi mana-mana bahagian yang masih tidak cukup. Hidup akan jadi lebih bahagia sekiranya ada tolak-ansur dan saling memahami antara pasangan.


"Perempuan zaman sekarang patut contohi Akak ni…Ringakan beban, bukan sengaja tambah beban"


Rata-rata netizen yang menyaksikan video berasa merasa sangat seronok dan memuji sikap baik Puan Najwa kerana sama-sama bantu ringankan beban dalam rumah tangga. Justeru, mereka berharap agar ramai wanita zaman sekarang yang kadangkala 'demand' mengambil pengajaran daripada kisah positif tersebut. Rumahtangga akan jadi lebih bahagia sekiranya kita sentiasa bantu-membantu pasangan kita. Kita semua mahu hidup bahagia bersama, bukan? -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/14/090155rvrmictt4tud4t2c.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/14/090204flppfmcqckb0clff.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/14/090204ogmgvgqxg0umsq0x.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/14/090204ilszllqqpoqtqzlh.jpg

Sumber: Tiktok najwaroslan

matbad Publish time 14-1-2022 12:01 PM

mana video mesin basuhnya haha

UMMI_MAI Publish time 14-1-2022 02:24 PM

tertanya2 kenapa perlu tunjuk seantero dunia ???

laksmanabentan Publish time 14-1-2022 02:36 PM

UMMI_MAI: tertanya2 kenapa perlu tunjuk seantero dunia ???

hahahahahaaa..... mengharapkan pujian laaaa sebab dia belikan mesin basuh tu....

nanti keluarlah update... baju aku basuh sendiri, mesin basuh pun aku beli sendiri...
tak mengharapkan lelaki... hahahhahaha.....

KamikuP Publish time 14-1-2022 03:47 PM

Omg ini pon nak buat video.. masa meolls kawen dulu hidup seadanyan mcm citer Azura lps jamal kawen ogy duduk rumah kecik..kiki

margo20 Publish time 14-1-2022 03:59 PM

Aku tak kira. Mesti laki kena belikan. Tak kisah la mirah ke apa. Janji pakai duit dia. Wakaka

anony-mous Publish time 14-1-2022 04:02 PM

Suwey la tgh memerut baca cerita hanjenggg mcm ni

Artemesiaa Publish time 14-1-2022 05:12 PM

Time mak2 dia dulu pun ada je yang macam tu tapi sebab belum ada social media ramai tak tahu

gideoncross Publish time 15-1-2022 01:15 AM

Ni pun nak crita? Hampas, ckp je lah happy sbb dpt khwin awl. Stupid af.

kbyne Publish time 15-1-2022 06:58 AM

Tak payah pergi laundrymart

Zack8hunter Publish time 16-1-2022 08:35 PM

Tgk nanti dah ada anak berderet..tak kuasa dah nk sambut menyambut red carpet depan pintu rumah ;P

babelina Publish time 17-1-2022 09:47 AM

margo20: Aku tak kira. Mesti laki kena belikan. Tak kisah la mirah ke apa. Janji pakai duit dia. Wakaka

aku setuju!!! hahaha.. aku dh setahun pindah umah.. taw2 dtg org nk pasang aircond.. suprised dari laki aku.. tu mmg buat aku tersenyum..bersyukur..

Pages: [1]
View full version: Suami Monyok Balik Kerja Isteri Tak Sambut, Rupanya Nak Bagi 'Surprise'


ADVERTISEMENT