ctzeed Publish time 26-8-2010 11:03 AM

Nak tukar Jabatan, Bagaimana Cara??

Hai, hope uolls boleh tolong saya bagi nasihat terutama yg ada bnyak pengalaman dalam sektor awam. Sebenarnya, saya adalah lantikan baru dan baru 2 minggu bertugas di Jabatan Kerajaan di tempat saya sendiri. Memang bersyukur sangat-sangat sebab dapat kat tempat sendiri. Tetapi yang jadi masalah saya sekarang, position saya adalah Pegawai Khidmat Pelanggan. Di tempat yang saya kerja sekarang memang membosankan seolah-olah saya langsung tidak ada kerja hendak dibuat kecuali menghitung saat dan jam nak balik. Sebelum ini saya bekerja swasta dan hari-hari saya mempunyai kerja sendiri yang banyak dan mencabar. Saya bercadang hendak membuat permohonan selepas beberapa bulan yang akan datang untuk bertukar ke kementerian lain seperti di Hospital yang sentiasa sibuk.

Bagaimana cara hendak saya memohon ek? nak hantar surat ke bahagian sumber manusia kementerian kesihatan ker? atau hantar ke JPA? adakah saya perlu mendapat kelulusan ketua jabatan dulu dan apa sebab yg bagus untuk saya letak ek.. huhuhu terima kasih bnyak2 di atas nasihat korang:loveliness:

wirazam Publish time 26-8-2010 07:22 PM

skrng bertugas kat jabatan mana?

biasalar baru dua minggukan..dia belum bg senarai tugas lagi..

apa-apapun bersyukurlar sbb dpt keje berdekatan tempat sendiri..

matrik02 Publish time 26-8-2010 08:03 PM

Tugas ko mengangkat tepon drp pelanggan ker?

Pegawai khidmat pelanggan dgn pegawai perhubungan pelanggan tak sama ker?

ctzeed Publish time 27-8-2010 02:45 PM

Tugas aku duduk2 tunggu kalau ada tetamu datang aku terpaksa entertain then macam biasalah angkat telefon. Bosan kan kerja aku.. huhu

elok12 Publish time 27-8-2010 04:51 PM

ko kt kementerian mana ni,rasanya masih awal lg kalau ko nk mintk tukar n maybe alasan ko xkuat coz ko br keja xsmp sebln n ko mmg dh keja kt tmpt sendiri..xtau la kot ko ada alasan lain..tp kalau ko nk apply tukar ko kena isi form tukar,dlm form tu ko kena isi tmpt yg ko nk brtukar n kena bg alasan naper nk tukar pastu ko kena mintk bos ko sign;yg ni smada dia lepaskn ko dgn pengganti,dia xbg ko tukar or dia bg ko tukar tanpa pengganti (tp yg ni biasanya kes disiplin,tu yg xyah pengganti)..dh abis smua tu ko kena submit kt bhgn service then service akan panjangkn ke kementerian,kementerian ada time yg dia mesy prtukaran ni,ko kena usha la tmpt yg ko nk tukar tu ada kosong ke x,kalau ada kosong ko kena rajin2 la tpn bhgn sumber kt kementerian..
berbalik td ko kata nk keja kt hosp..aku tgk pro kt hosp aku ni mmg kena byk brsabar sbb patient mmg ada yg perangai mcm lahabau jek,tau mengamuk je...

ctzeed Publish time 27-8-2010 09:13 PM

ko kt kementerian mana ni,rasanya masih awal lg kalau ko nk mintk tukar n maybe alasan ko xkuat coz...
elok12 Post at 27-8-2010 16:51 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Elok, terima kasih di atas nasihat & tips elok bagi. Banyak juga proses dia kan. Agak-agaknya xberani sy nak cuba dulu sbb xder sbb yg munasabah. Terpaksa lah saya membiasakan diri dengan cara kerja baru ni. Bila xder tetamu datang atau takder org telefon saya duduk macam tunggul jer. Nasih ada internet, boleh jugak buang boring.

apple_hijau5 Publish time 28-8-2010 09:48 PM

bersukur la dpt tempat yg x sibuk.....esok kalau dpt tukar pastu kat tempat yg sibuk mesti menyesal..... apa2 pun tepuk dada tanya selera...........

ctzeed Publish time 28-8-2010 09:53 PM

Reply 7# apple_hijau5

terima kasih apple hijau. Mungkin saya perlu belajar sesuaikan diri di tempat baru yang tak sibuk cenggini. anyway, selamat berpuasa semua.

larikesurga Publish time 28-8-2010 11:46 PM

hurmmm baru 2 minggu..ko sabau ler..aku dulu2 mula2 pon mcm ko gak...mcm2 kutuk kerajaan,..xde keje la...lama2..ade le keje..kira ok la ko dpt kije rileks..kang nnt kalo bz sgt lak..ko tak tahan plak..apa kata ko keje dulu kt tmpt ni..tgk la setahun dua ke...ko xleh tukar sebab baru lagi keje..sabau yer..sabau..

Dimind Publish time 29-8-2010 12:46 AM

kerja gomen biasa lerr.... ambik org dulu then baru buat job scope.. nanti bulan depan ada la kerja2 tambahan tuh..... ada yang aku dengar da masuk dekat sebulan asyik g library jer... nak buang boring.... sabar and bersyukur...

foxnike Publish time 29-8-2010 09:37 AM

aku dulu makan stahun jugak kerja goyang kaki. pastu aku mintak tukar opis yg dekat umah, huhu... tak cukup tangan gak lar kerjanya

matrik02 Publish time 29-8-2010 10:26 AM

Ok apa tak sibuk... Tiap2 bulan pergi ke dinding, keluar duit..Hehehe:lol:

ctzeed Publish time 29-8-2010 10:38 AM

Mula-mula aku masuk mmg stress giler lah sbb lngsung xder kerja. Tp sekarang ok lah sikit at least aku bawak laptop ada juga tempat untuk aku buang boring. Tapi segan lah rasa kan, kalau 8 jam tu dok main internet jerk.. huhu

dzyza Publish time 29-8-2010 05:44 PM

okla tu ada gak keje..ramai org nak keje tapi tak dapat..anyway mesti boleh tukar bahagian lain, tak perlu tukar jabatan..just minta tukar p tempat lain or bahagian lain..

ctzeed Publish time 29-8-2010 09:18 PM

Yeker dyza, saya pun terfikir jugak nak mintak kat bhgn admin sbb ada sorang pekerja nak pencen tahun ni. Kalau nak request untuk replace dia perlu mintak dengan HR @ kena inform dgn JPA?

elmyolen78 Publish time 29-8-2010 10:37 PM

Baru keja 2 minggu nak mintak tukar memang payah laa nak dapat.. Lebih2 lagi kalau ko bujang..Kalau dah kawen tu ada gak alasan nak dekat ngan hsben.
Jwtn Pegawai khidmat Pelanggan N17 ni memang keja jawab/buat call je sometimes ko kena deal dengan pelanggan2 yang datang ke ofis ko.

Macam kat ofis aku, ada sorang akak khidmat pelanggan ni memang tak menang tangan jawab call & buatkan call utk staff, sampaikan nak makan pun kena mintak org lain gantikan kejap sebab dia tak boleh tinggalkan kaunter khidmat pelanggan. Ofis aku ni memang sentiasa deal dengan org awam..

Aku tak setuju pertukaran tanpa pengganti tu sebab ada masalah displin coz aku dulu masa minta tukar JPA sendiri yg bagitau kalau nak dapat tukar cepat, kat surat covering tu kena letak 'dengan syarat pengganti dihantar kemudian' sebabnye nanti JPA tak yah susah2 nak carikan pengganti tempat aku tu serentak, maknanya aku boleh dilepaskan dulu dan pengganti aku JPA akan hantar kemudian laa..

Aku rasa ko ni dah salah jawatan masa mintak keja..kalau ko jenis yang aggresif, suka keja yg mencabar & suka banyak keja, ko kena jadi kerani bhgn perkhidmatan. Sebab apa aku kata camtu, sebab ko kena belajar mcm mana nak selesaikan masalah dari mula pegawai tu dilantik, sah lantik, sah jawatan, taraf berpencen, lanjut tempoh percubaan, tanggungkerja, kew 8, cuti, pencen update buku servis dll..byk giler klu aku nak listkan kat sini.. Takpun ko cari keja yang deal dengan orang awam yg sentiasa datang tak putus2 cthnye Jabatan Pendaftaran, JPJ, Imigresen bla..bla..bla...
Anyway Gud Luck ya..

elmyolen78 Publish time 29-8-2010 10:42 PM

Yeker dyza, saya pun terfikir jugak nak mintak kat bhgn admin sbb ada sorang pekerja nak pencen tahu ...
ctzeed Post at 29-8-2010 21:18 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Aku tak rasa ko bolehpegi ke bahagian admin camtu jek sebab skop keja ko dan skop keja admin lain lor..
Ko Pegawai khidmat pelanggan N17 klu kat admin tu biasanya Pembantu tadbir (P/O) N17.
Walaupun gred sama2 N17, tapi skop keja memang berbeza..

ctzeed Publish time 30-8-2010 10:48 AM

Reply 17# elmyolen78

tq elmyolen.. dulu aku interview untuk PTPO then aku jd calon simpanan. Tetiba bulan lepas offer letter datang untuk jwtn PKP ni.

siti_hajar Publish time 2-9-2010 01:43 PM

Reply 4# ctzeed


    Kalau tak mau bosan jadi Pegawai Khidmat Pelanggan kat situ... mohonla tukar kat Hospital di Bahagian Kecemasan
insyaallah terubat kebosanan tu..Untuk mohon tukar kita kena buat :-

1. Buat surat rasmi peribadi kepada jabatan kita bertugas untuk mohon tukar
2. Pastu minta unit hr buat surat iringan
3. Unit Hr akan htr ke HQ dan HQ akan forward surat tu kat Kementerian
4.And then baru Kementerian akan forwardkan ke JPA

ctzeed Publish time 2-9-2010 02:22 PM

Siti hajar, tq very much. akhirnya sy jumpa juga cara2 nak minta tukar. Dapat atau tidak itu terpulang kepada rezeki. Insyalah sy akn cuba. Terima kasih
Pages: [1] 2
View full version: Nak tukar Jabatan, Bagaimana Cara??


ADVERTISEMENT