ariellin Publish time 6-7-2010 09:15 AM

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

Post Last Edit by ariellin at 24-8-2010 12:18

* Harum Subur Di Hati

Di lingkaran diamku termanggu
Terkenangkan kembali
Saat indah aku bersamamu
Dibelai cinta suci

Sewaktu kelukaan hatiku
Kau datang dan memberi
Taburan bungan cinta sucimu
Harum subur dihati

Tapi kini kau pergi
Tinggalkan aku sendiri
Mengusir sepi, mengusir rindu
Terpisah selama-lamanya
Kau pergi dariku

Titisan airmata dipipiku
Memanjat doa suci
Saat indah aku bersamamu
Masih tetap di hati

Cintaku masih untukmu
Rinduku masih padamu
Biarpun kita terpisah jiwa
Namamu tetap dikalbu

Kusemadikan cintaku
Didalam doa kudusku
Kepada Tuhan aku meminta
Damailah engkau di sana
Mengadap Tuhan yang Maha Esa


Salam utk semua di cni :loveliness:


LasT PaGe ~


Biar aku menangis keluar air mata darah sekalipun, kini secara tepatnya dia dah tinggalkan aku! Noktah! Tidak ada koma dan tidak ada juga titik bertindih! Full stop!!

Dalam hati aku kini, hanya ada sedih. Pedihnya sehingga ke tulang hitam. Sakit sangat. Yang terlalu amat sangat!

Dan sekali lagi aku seka air mata yang mengalir dengan hujung baju kurung warna merah yang aku pakai.

"Ishhh apa pasallah degil sangat! Aku tak nak menangis, lah ! Buat apa nak menangis kalau dia takkan kembali pada aku? Buat rugi air mata aku je !! " dan aku masih lagi menyapu air mata yang tetap mengalir keluar tanpa henti.

merahsilver Publish time 6-7-2010 09:17 AM

wah...ada citer baru!!! go on. tepek la byk2 br blh komen byk2. ;P

cewey2 Publish time 6-7-2010 09:18 AM

thank ariel. ada cerita baru utk kami,permulaan yg menarik. teruskan dgn n3-n3 yg panjang...

cewey2 Publish time 6-7-2010 09:19 AM

wah...ada citer baru!!! go on. tepek la byk2 br blh komen byk2.
merahsilver Post at 6-7-2010 09:17 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

merah aku ingat aku cepat, rupanya kau lagi lagi cepat...

asyriqa Publish time 6-7-2010 09:20 AM

salam... menarik dah tu...tapi tu last page kaaa hat 1st page dia mana.... sambung la lagikk...:)

qimi08 Publish time 6-7-2010 09:21 AM

Ariellin......
Selamat dtg ke WR bersedia dgn perkataan NEXT or lagi ...:D

LasT PaGe ~ (Epilog ke)

Baca menarik....

uda08_za Publish time 6-7-2010 09:33 AM

{:1_149:}ariel,

bagus2 ada crite baru utk dibaca.
Tahniah

sakura2503 Publish time 6-7-2010 09:37 AM

assalamualaikum ariel...
congtraz becoz dare to write...
all the best to u...
sambung la lagi
ciput sgt N3 tu

blueberry80 Publish time 6-7-2010 09:39 AM

wah permulaan yg menarik.. get ready je la pas ni...

ariellin Publish time 6-7-2010 09:53 AM

wah...ada citer baru!!! go on. tepek la byk2 br blh komen byk2.
merahsilver Post at 6-7-2010 08:17 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

;Pidea lum mariiiii ni.....

ariellin Publish time 6-7-2010 09:58 AM

Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 19:59

Rasanya dah pukul 1.30 pagi tp aku masih lagi menangis di balik bantal. Aku angkat sedikit hujung bantal. Kawan-kawan baru sudah lena diulit mimpi indah, agaknya. Aku sedih sebab ini adalah first time-nya aku 'terpaksa' tidur dari luar bilik kesayangan aku.

Aku beralih perlahan ke kiri. Tidak selesa. Ke kanan sekejab. Juga tidak selesa. Akhirnya hanya terlentang memandang papan katil yang terbentang betul-betul di hadapan mata.

Huhhh, keluhan berat aku lepaskan perlahan. Sedih di dalam hati hanya kerana aku berpindah ke Tunas Setia.

Sebetulnya, ikutkan hati yang suci dan masih tulus ini, aku tak mahu pun jejakkan kaki ke sini. Tapi Encik Hussin Abu merangkap ayah kesayangan aku, Tunas Setia menjanjikan peluang peratusan yang tinggi untuk semua pelajarnya mendapat keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Jadi, demi tidak menghampakan harapan dan Wawasan 2020 Encik Hussin Abu, aku haruslah menghormati permintaannnya walaupun Puan Tina Kassim a.k.a emak aku yang tercinta membangkang keras cadangan atau lebih tepat arahan Encik Hussin Abu itu.

Aku ingat lagi hujah-hujah yang dikemukakan oleh Puan Tina kepada Encik Hussin;

"Abang, anak kita ini seorang sahaja",

"Macam mana dengan sakit pening Juwita, bang? Siapa nak jaga dia?",

"Dengan siapa saya nak bergurau senda kalau Juwita masuk asrama, bang? Abang tak kesian dengan saya, ke?".

Semua persoalan telah Encik Hussin 'patahkan' dengan jawapan-jawapan ini;

"Puan Tina, anak kita tu memang seorang sahaja. Kalau awak ingin menambah bilangan ahli keluarga kita, awak izinkan saya berkahwin lagi, saya redha",

"Puan Tina, di asrama tu ada Warden. Ada kawan-kawan. Ada klinik. Ada ubat. Awak jangan khuatir yang bukan-bukan, ye",

"Puan Tina, saya kan ada. Apa gunanya saya kalau awak tak gunakan saya untuk bergurau senda. Saya bukan tunggul".

Jadi, oleh sebab hujah-hujah Encik Hussin itu agak memberangsangkan, jadi cadangan itu telah diterima dengan rela hati oleh Puan Tina (walau hakikatnya Puan Tina tidak ikhlas seratus peratus, ini aku hanya mengagak berdasarkan kepada raut wajah Puan Tina ketika itu).

Dan natijahnya, aku disini. Di bilik ini bersama-sama kawan baru.

Dan mata aku rasanya semakin mengecil......





::

anieaina Publish time 6-7-2010 10:09 AM

Bertambah lagi seorang penulis kat WR ni.

Tahniah

merahsilver Publish time 6-7-2010 10:15 AM

selamat datang n selamat memeriahkan board WR ni..
jangan terkezut lak ye bilamana kami ni seolah2 xcukup ngan n3 yg di tepek.. hahaha...

ariellin Publish time 6-7-2010 10:18 AM

assalamualaikum ariel...
congtraz becoz dare to write...
all the best to u...
sambung la lagi
ci ...
sakura2503 Post at 6-7-2010 08:37 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

salam sakura, :$

aku hnya curahkn rasa....jgn diharap yg best dr aku :$

ariellin Publish time 6-7-2010 10:19 AM

salam... menarik dah tu...tapi tu last page kaaa hat 1st page dia mana.... sambung la lagikk...
asyriqa Post at 6-7-2010 08:20 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

salam :loveliness:

sj wat last episod dulu sbb hnya last episod yg ada dlm pala otak...

nak start from da beginning tu...idea dtg dlm mimpi ;P

anieaina Publish time 6-7-2010 10:22 AM

Tak mengapa satu percubaan yg baik.

Lama2 nanti akan menjadi bertambah baik. Lagi2 dgn komen yg diberi oleh forumer kat sini.:2lol:

ariellin Publish time 6-7-2010 10:35 AM

Tak mengapa satu percubaan yg baik.

Lama2 nanti akan menjadi bertambah baik. Lagi2 dgn komen yg d ...
anieaina Post at 6-7-2010 09:22 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


Insya Allah anieaina....

susun bahasa juga tunggang dan langgang....;P

qimi08 Publish time 6-7-2010 10:38 AM

Ohh cite budak sekolah.....okeh blh layan blues ni..

sarizu Publish time 6-7-2010 10:39 AM

mcm best bhsanya...ok, next

iwimz Publish time 6-7-2010 10:39 AM

ada novel baru
teruskan menulis
good luck
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: ~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~


ADVERTISEMENT