merahsilver Publish time 6-7-2010 01:13 PM

xpe ariel
yg sengal n kuat berangan ni juga kami tunggu buat memeriahkan lagi hari kami.

cmf_blingblings Publish time 6-7-2010 01:17 PM

tak apa kalau nak senang tulis dulu apa yang terfikir nanti edit balik sebelum post...
bolehlah ramai-ramai berforum

cerry_ice Publish time 6-7-2010 01:18 PM

go..ariel..go..
tulis je..citer apa apa..pasti kita org baca..
janji n3 mesti ada...:lol:

AceHand Publish time 6-7-2010 01:24 PM

Errr...

Salam utk semua di cni

scra xlas, aku hnya nak tmpang sekaki 2 bakat yg x seberapa. ...
ariellin Post at 6/7/2010 09:15 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

http://acehandspectacelar.com/a/ace/AceBar.gif

Ni alang alang nak buat 'citer' ni takmo join pertandegang ni ke cecuba naseb...? Heh! Heh! Heh!

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=492532&extra=page%3D1


Jizzz... Klong! Klong!

qimi08 Publish time 6-7-2010 01:29 PM

best eh novel Hlovate ni? anak dara merah suruh borong buku dia. katanya x byk xsmpai 10 buku. b ...
merahsilver Post at 6-7-2010 13:01 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

OFF TOPIC
Blh je...

qimi08 Publish time 6-7-2010 01:30 PM

Ariellin sahut jemputan ACE tu
masuk pertandingan..mana tau ada rezeki {:1_152:}

ariellin Publish time 6-7-2010 02:12 PM

Ariellin sahut jemputan ACE tu
masuk pertandingan..mana tau ada rezeki
qimi08 Post at 6-7-2010 12:30 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

malu lah...:$

ariellin Publish time 6-7-2010 02:16 PM

Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:01

Sekarang masa untuk sabjek Matematik. Sudah setengah jam berlalu namun Cikgu Ali Rustam masih belum masuk mengajar. Tingkap kelas juga telah ditutup rapat oleh kawan-kawan sekelas aku. Jika tingkat dan pintu kelas telah ditutup rapat, makanya ini adalah masa yang paling tepat untuk kami semua melelapkan mata a.k. tidur. Dan aku sangatlah berharap agar Cikgu Ali Rustam mengalami masalah sakit di usus besar.

Jika Cikgu Ali Rustam tak masuk mengajar, makanya kami boleh tidur dengan lena. Kalau kami dapat tidur dengan lena, makanya kami akan sihat dan kuat. Kalau kami sihat dan kuat, makanya otak kami akan dapat menginput semua data-data dengan mudah. Lebih-lebih lagi otak aku ini yang memerlukan kerja dan usaha yang keras.

"Wei, bangunlah..", aku bangun terpisat-pisat. Menggosok mata yang keletihan. Mengeliat sedikit. Lailawati mengejutkan aku dari mengalami mimpi-mimpi buruk yang berpanjangan di siang hari. Tertidur rupanya aku dan.........

"Huh, Cikgu....bila sampai?", aku bertanya dalam keadaan terkejut beruk (kesian beruk, selalu jadi mangsa aku). Cikgu Ali Rustam betul-betul berdiri di hadapan aku.

Baru sedar, air liur basi aku juga meleleh akibat ketiduran. Aku tunduk malu, Cikgu Ali Rustam pula tengok aku dengan pandangan yang tidak tahu malu.

Aku malulah sebab jatuhlah saham aku di hadapan Cikgu Ali Rustam. Cikgu Ali Rustam ni lah satu-satunya cikgu yang masih bujang di Tunas Setia. Sudah lah bujang, kacak bergaya pula. Adoii....

"Awak dah sampai ke mana, Juwita? London? Menggapai bintang di langit?", pertanyaan Cikgu Ali Rustam itu membuatkan seisi kelas meneburaikan tawa. Namun intonasi suaranya membuatkan aku kurang sedikit rasa bersalah. Lembut dan sopan saja bunyinya di pendengaran cuping telinga aku.

Namun pertanyaan Cikgu Ali Rustam tidak aku endahkan. Aku jeling ke arah Lailawati. Sampai hati dia tak kejutkan aku....hu hu hu...

Dan aku kembali menundukkan kepala tanda bersalah.

allamanda Publish time 6-7-2010 02:30 PM

:lol::lol::lol: klu dok asrama ni mmg jd kureng tido..tu yg dlm kelas pun blh tido...tp tak delah cam juwita..siap kuar air liur bagai...jatuh saham

qimi08 Publish time 6-7-2010 02:37 PM

malu lah...
ariellin Post at 6-7-2010 14:12 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
jangan malu cuba bakat yg terpendam
kakak2 n adik2 kat sini mesti sokong punyer...

teddy_girl04 Publish time 6-7-2010 02:40 PM

bila baca cita nie rindu nyer time seokalh dulu...:)

shahrinas Publish time 6-7-2010 03:26 PM

n3nya sesikit...
so, kena byk bersabar nie...:D

ariellin Publish time 6-7-2010 03:41 PM

~ Ahad Yang Malang

Pagi Ahad yang agak cerah cuacanya. Hari Ahad juga adalah syurga buat kami pelajar Tingkatan 4 Tunas Setia. Ahad yang mendamaikan.

Shakira sedang menyental baju yang telah dibuat stok selama seminggu. Harus melecet tangan dan jemarinya itu memberus baju. Aku dah pesan tak perlulah dibuat stok baju-baju kotor itu tetapi Shakira ni jenis kepala batu. Konkrit punya batu pulak tu. Tapi aku kisah apa, baju dia, bukan baju aku.

Marshila pula kebarangkalian besarnya berada di Bilik Prep. Dah hampir satu setengah bulan di sini dan duduk sebilik juga sekelas, aku dah imune dengan ketiadaan dia di hari Ahad. Marshila memang hardworking. Selalu membuat latih tubi. Lailawati juga begitu.

Pelik aku dengan mereka berdua. Otak masing-masing tak pecah ke dengan segala input yang masuk tanpa henti. Main sumbat ikut suka hati.

Aku? Seperti biasa sibuk menjana pendapatan dengan mengumpul berapa kilo tahi mata untuk setahun ini. Rutin setiap Ahad. Itu fakta.

Dan tiba-tiba loceng berbunyi dari arah tingkat bawah Asrama. Aku kelam kabut menyarung tudung. Dari hujung Asrama, Shakira dengan kain batik yang hampir lencun berlari sepantas mungkin.

"Jab, kau tunggu aku!", arahan keras dari Shakira yang sudah tentunya ditujukan untuk aku yang terkebil-kebil memerhatikan gelagatnya.

"Cepat, Ra. Kang tak pasal-pasal kena denda", aku memulangkan paku buah keras. Buah keras tu pun, aku sendiri tak tahu bagaimana bentuknya.

Kelihatan di padang, semua kawan-kawan telah beratur dengan membawa baldi masing-masing.

"Ra, baldi sekali", arahan dari aku lagi untuk Shakira. Aku masuk semula ke dalam bilik dan mencapai baldi.

Kami bergegas menuruni tangga dan mengambil barisan seperti biasa.

"Aduh, Kakak Suara Bingit ni lagi. Apa lagi amanat dia ni?", rungut Marshila. Aku dengar itu sebab aku sudah membersihkan area telinga aku malam tadi.

"Juwita, dengar ke tak apa Akak cakap tadi?", Ya Allah, baldi aku pecah. Simptom terperanjat. Kakak Suara Bingit membuatkan aku terkujat. Kenapa setiap kali dia bagi amanat, hanya aku seorang sahaja yang berangan.? Dan kini, baldi aku sudah tidak boleh digunakan lagi.

Dan kami semua diarahkan untuk membersihkan kawasan Asrama di pagi Ahad yang ku kira cerah sampai ke petang, tetapi rupa-rupanya baldi ku bocor di tengah hari.


/ harap lancarlah jari...teranglah hati../


:: diulangi, tenet sgt lemah kondisinya...:'(

ariellin Publish time 6-7-2010 03:44 PM

Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:02

Seorang demi seorang kawan-kawan sekelas aku dipanggil untuk mengambil keputusan ujian Matematik dari Cikgu Ali Rustam. Cikgu Ali Rustam beritahu, nama yang disebut ini adalah senarai mereka yang lulus ujian. Aku menunggu dengan penuh gemuruh. Penuh sabar juga. Namun rasanya jika ditoreh muka aku saat ini, memang takkan berdarah. Ibaratnya akan tercetus sebuah lagi lagenda untuk disampaikan ke anak cucu di seluruh dunia. Rasa-rasanya, aku akan dapat royalti tak dengan sejarah itu? Boleh kaya aku. Tujuh keturunan aku tak perlu kerja keras mencari rezeki. Ha ha ha, aku ketawa sendiri, gelihati.

"Juwita ! Apa lagi yang kamu berangankan tu? Kamu tak dengar saya panggil kamu?", sergahan Cikgu Ali Rustam membuatkan aku terus berdiri dan mampir kepadanya.

"Kurang jelas, Cikgu", aku menerangkan duduk perkara sebenar (walau hakikatnya, kekhilafan itu datang dari diri sendiri). Cikgu Ali Rustam memandang aku. Tenang sahaja riak wajahnya.

"Ishhhh Cikgu ni. Pandang sikit-sikit dah lah. Berapa lama Cikgu nak pandang saya?", hati aku yang gatal mula dilanda perasan. Perasan sebab gerak laku Cikgu Ali Rustam boleh membuatkan aku berperasaan lain macam jika aku tidak pandai mengawal perasaan.

"Sudah, awak ambil kertas awak. Kali ini, saya maafkan awak. Harap awak berusaha lebih lagi", aku hanya mengangguk. Itu sahaja yang aku tahu. Mengangguk tanda faham. Aku capai kertas ujian dan bulat mataku memandang markah yang dicatitkan oleh Cikgu Ali Rustam.

"38%!?", aku gosok lagi mata tanda tidak percaya. Biar betul ni ! Dan rasanya, markah aku lah yang paling corot sebab aku adalah orang yang paling terakhir dipanggil oleh Cikgu Ali Rustam.

Sedih...sedih dalam hati. Apa nak hendak aku jawab bila Encik Hussin Abu a.k.a ayah aku merisik khabar nanti...

ariellin Publish time 6-7-2010 03:48 PM

Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:02

Seusai solat Zuhur, kami semua dikehendaki menghadiri sesi pemilihan untuk Persatuan dan Kelab Sukan Tunas Setia.

Aku bergandingan bersama-sama Lailawati dan kawan-kawan yang lain menuju ke dewan yang telah ditetapkan. Bila sudah berkumpul begini, baru aku sedar, ramai juga penuntut Tunas Setia. Cerah sikit biji mata aku bila lihat pelajar-pelajar lelaki Tunas Setia.

Cuma kena pandai pilih. Mahu yang kurus, mahu yang sedang-sedang, yang hitam manis juga ada, yang putih melepak juga. Mata aku melilau liar.

"Kau jangan nak berangan. Kakak Suara Bingit tu asyik perhatikan kau ajer dari tadi", suara berbaur perintah dari Lailawati tidak aku endahkan. Lebih baik aku cuci-cuti mata aku yang hampir berkarat.

Tangan Lailawati yang mencuit, aku tepis perlahan.

"Kenapa?", aku bisik perlahan. Entah dia dengan entah tidak, itu aku kurang periksa. Aku perhatikan Cikgu Ali Rustam yang sibuk ke hulu dan ke hilir bersama-sama Ustazah Zainah menguruskan program untuk petang ini.

"Jom daftar nama", tanganku ditarik kemas oleh Lailawati.


Selesai mandi, aku terus melemparkan badan di katil. Baru terasa segar badan setelah puas berpeluh di dalam dewan petang tadi.

"Ju, kau daftar persatuan apa tadi?", soalan Shakira memecah kesunyian. Aku angkat kepala. Dia sedang leka mengemas loker. Shakira memang rajin dan pengemas orangnya. Teliti pun satu hal. Lemas aku dengan sikap dia yang terlalu perfectionist tu. Kalau cerewet itu satu frasa yang sama, cerewet itu juga aku berikan padanya.

"Aku join Persatuan Puteri Islam", selamba aku menjawab dan aku perasan Shakira memberhentikan tindak tanduknya.

"Serius kau join Persatuan tu?", sudah, dia dah datang. Raut wajahnya benar-benar mengharapkan pengakuan ikhlas dari aku. Motif persatuan aku menjadi tajuk utama kami petang ini.

Aku bangun dan duduk di birai katil. Lailawati dan Marshila tidak kelihatan. Mungkin masih membersihkan diri.

"Ya lah, aku join Puteri Islam. Aku join sebab aku tak berapa gemar aktiviti out door. Menyelam lah, berlari lah. Eeee tak kuasa aku", aku beri fakta yang agak jelas kepada Shakira walau hakikatnya Shakira agak tidak berpuas hati dengan penjelasan aku.

Betul lah, aku memang tak suka a.k.a tak berminat dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan tenaga. Itu satu pembaziran. Kalau aku join Persatuan Puteri Islam, paling tidak dipaksa bernasyid saja. Glamour juga !

"Kau senyum ni kenapa? Buang tabiat?", la, makcik ni ada lagi rupanya. Ingat dah sambung buat kerja tadi. Aku buang sengih kepadanya. Ha ha ha... Malas aku nak layan dia. Yang aku tahu, persoalan dari dia telahpun aku jelaskan dengan tepat sebab dan munasabab kenapa aku tak mahu join Persatuan lain. Pendek kata, aku tak kuasa..

ariellin Publish time 6-7-2010 03:50 PM

Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:03

Aku merapati Lailawati dan Marshila yang sedang berbual di meja study mereka. Bunyinya macam bergosip. Kipas berputar perlahan menyenangkan suasana yang agak terik. Aku capai buku Prinsip Akaun dan menuju ke arah mereka.

"Wei, kau orang gosip apa? Boleh join?", aku bertanya selamba sambil menarik kerusi dan duduk bersebelahan Lailawati.

"Boleh tapi kau kena buat latih tubi Akaun dulu, ada berani?", Marshila bertanya perlahan. Lailawati tersenyum memandang aku.

"Berani lah, setakat kira untung rugi aje, pejam mata aku boleh setel. Tapi jangan buat soalan yang melibatkan wang juta-juta rupiah tau. Kau orang macam tak tahu aku fobia dengan nombor-nombor ni", rayuku sambil menghadiahkan muka kasihan kepada mereka berdua yang pakar.

"Ye lah, sambil kita bergosip ni, kau setelkan soalan tu. Tadi...kami cerita pasal student lelaki baru course Business. Shakira suka budak tu", Lailawati merendahkan volume suaranya. Motif dia berbuat demikian tidak aku ketahui.

"Handsome tak? Apa pasal aku tak tahu ada student baru masuk sini?", tanya aku jujur sambil menggaru kepala melihat soalan Akaun yang diberikan.

"Kenapa mesti Ali tak dapat untung bila dia dah jual motorsikal dia, ya...", aku berkata sendiri. Peningnya soalan.

"Kau tu, apa yang kau tahu? Kau cuma tahu tidur. Makan nasi kawah banyak sangat, itulah akibatnya. Tapi itu tak penting, yang penting aku dah tengok budak tu. Handsome dan chinese look", penerangan panjang lebar diberikan oleh Marshila dan aku berpuas hati dengan fakta yang diberikan. Sungguh beria-ia.

Tapi yang dia bangkitkan aku tak tahu apa-apa, itu sangat tidak munasabah. Memang aku tak tahu pun ada pelajar baru lapor diri. Atau budak tu tak handsome macam yang digembar gemburkan. Aku kan tak boleh tengok lelaki handsome macam Cikgu Ali Rustam tu, kalau tengok harus bergegar tempurung lutut aku.

"Wei, macam mana nak setelkan akaun ni? Letih aku pusing kut sana, debit si Ali ni jadi berapa? Berapa pulak duit keluar dia ni?", alahai, basic pun aku tak boleh nak catch up.

Ampun ayah, Ju dah lakukan sehabis mungkin ni......

ariellin Publish time 6-7-2010 03:52 PM

n3nya sesikit...
so, kena byk bersabar nie...
shahrinas Post at 6-7-2010 14:26 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

sbb nya idea dtg sikit2....:loveliness: ;Psila sabar bebanyk.....;P

asnita Publish time 6-7-2010 04:01 PM

teruskan2....bagi n3 bebyk utk kami di sini

ariellin Publish time 6-7-2010 04:27 PM

teruskan2....bagi n3 bebyk utk kami di sini
asnita Post at 6-7-2010 15:01 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

seandianya terlompong di sana dan sini, jgn segan2 tuk gtau....maklum, aku baru belajar menumpahkan idea..;P

ariellin Publish time 6-7-2010 04:43 PM

Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:03

Sekarang masa Bahasa Inggeris dan kebiasaannya Sir Arif Aziz akan datang tepat waktunya. Kami telah siap sedia berbaris untuk menuju ke Perpustaan Tunas Setia. Begitulah setiap kali ketika sabjek Bahasa Inggeris.

"Okey girls, lines up and go to the library. Keep quite and read what ever you want", aku yang lidah Melayu tulen ni pun sudah mahir dengan kata-kata arahan dari Sir Arif. Tidak ada yang kurang dan tidak ada yang terlebih.

Hairan aku dengan Cikgu yang mengajar kelas kami. Memang lah kami semua perempuan. Perempuan kan wanita yang mudah dilentur dan mendengar kata. Tetapi dalam 25 orang perempuan itu, rasanya hanya seorang sahaja yang tidak mampu menggegar dunia. Hanya seorang itu sahaja yang perlu dilentur dengan bersungguh-sungguh. Yang seorang itu adalah aku. Kalau macam ini keadaannya, haruslah Tunas Setia jatuh menjunam kedudukan sebagai salah sebuah sekolah terbaik hanya disebabkan seorang aku. Tapi kalau difikir semula, jika itu terjadi, salahkah aku atau aku kah yang bersalah..???

Aku mengambil barisan dan beratur tiga dari belakang. Kami bergerak dan melintasi kelas Tingkatan 4 Business yang hingar bingar. Bisingnya seperti di Pasar Malam. Lagi tepat aku katakan seakan mereka membuat persiapan untuk pergi berperang.

~~~~

Suasana amat terik membuatkan kami beratur di koridor asrama sementara menunggu loceng dibunyikan oleh AJK Makanan iaitu tidak lain dan tidak bukan Kakak Suara Bingit. Berlonggok-longgakan kami berdiri menunggu masa ke Dewan Makan mengisi perut yang lapar.

Tiba-tiba tanganku ditarik ke tengah padang oleh Ayumi. Dan aku juga terkejut dengan tiba-tiba. Berbual pun tidak seberapa sebelum ini, tiba-tiba aku dibawa ke tengah terik mentari. Perlukan aku sekeh kepalanya yang tidak betul?

"Ada apa tiba-tiba ni, Yumi? Panas lah dekat sini", aku meletakkan tangan di atas kepala mengelakkan panas walau pun ak tahu perbuatan itu hanya sia-sia dan tidak berbaloi.

Tersepet-sepet matanya memandang aku akibat silau matahari tapi dia macam tidak makan saman.

"Ada orang kirim salam kat kau", itu ayat penyata atau ayat soal untuk aku. Dan Ayumi terus meninggalkan aku.

Ya lah, bunyinya macam ayat penyata, jelas kedengaran tapi soalannya, siapa dan kenapa? Itu dia tak terangkan. Jadi perlu atau tidak aku nak menghadap Ayumi pula supaya dia menjelaskan duduk perkara yang sebenar.

Tapi, buat apa aku nak fikir, entah siapa-siapa agaknya. Mungkin dia dah berpakat dengan siapa-siapa untuk mendajalkan aku. Tapi kalau benar ada orang kirim salam, macam mana? Aku pun comel juga, apa. Itu memang satu fakta yang diakui oleh SIRIM.

Aku kembali ke koridor dan loceng juga telah berbunyi dan hidup mesti diteruskan walaupun diselebungi rasa misteri.

Ishhh..tiba-tiba rasa berdebar dalam hati.....
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: ~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~


ADVERTISEMENT