haikal_fadzil Publish time 2-7-2010 11:08 AM

My Angker Story Collection

Koleksi cerita-cerita hantu (berdasarkan pengalaman sendiri) yang aku boleh ingat balik sepanjang aku hidup kat dunia nih.Semoga terhibur...dengan kisah-kisah angker pengalaman sendiri supaya anda pembaca dapat bersedia sekiranya terpilih untuk merasai kewujudan hantu yang sebenarnya adalah jelmaan syaitan untuk mengganggu umat manusia. Terpulang kepada anda untuk menilai ketulenan dan mempercayai atau tidak segala cerita ini, namun kepada yang pernah mengalami, mungkinanda bukan tergolong dalam mereka yang skeptikal.

wassalam

haikal_fadzil Publish time 2-7-2010 11:08 AM

2003

cuti semester time menuntut kt kolej matrikulasi pulau pinang. aku blk kampung di alor setar, kedah. lps beberapa hari kt rumah, abahaku cadang nk balik ziarah ibu (opah aku) di kampar, perak. maka pulanglah kami sekeluarga ke sana. lps 3 hari abah bersiap blk ke kedah. aku minta izin nk blk lewat sikit sbb nak ziarah rakan kolej yang tinggal kt tanjung malim. abah dgn mak bg green lite. lepas mereka bertolak balik, aku pun bersiap2 lah naik dari umah opah aku ke stesen bas kampar. di stesen bas kampar, aku pun ambiklah bas direct ke tg malim yg lalu jalan lama. masa tu dah nk dkt pkl 6. bermulalah perjalanan aku ke tg malim dgn naik bas lama dan lalu jalan lama.

aku sampai kt area behrang dh nk dekat maghrib. waktu senja tu, keadaan dah gelap. lampu jalan tak ada sbb ada tgh repair jalan. seingat aku dalam bas waktu tu ada 6-8 orang saja. aku duduk di seat kiri depan seat paling belakang. belakang aku ada 2 orang india lelaki. depan aku ada makcik india dgn anaknya, dan 3,4 orang bangla rasanya. aku masih menikmati pemandangan walaupun dah tak nampak apa2 sbb gelap. sampai dekat satu perhentian, bangla tadi turun dan 2 orang india di blkg aku jgk turun. bas bgerak semula. time tu dah maghrib.dalam pukul 740 gitu.aku yg duduk dkt seat yg tepi kwsn org lalu tu, masih melayan persekitaran sekeliling.

"bang, nak rokok?" aku disapa oleh satu suara dari blkg seat aku. aku toleh ke kanan kerana sapaan tu berserta dengan tangan sua rokok kt aku. ingatan aku masih jelas, tangan itu tangan kanan dan memegang sekotak rokok yg tbuka penutupnya. tanpa ada syak apa2, aku menolak pelawaan orang itu kerana aku mmg tak merokok. sejurus kemudian, tangan yg sua aku rokok td ditarik semula dan ilang dari pandangan aku. aku pun sambung balik memandang ke luar tingkap.

lps beberapa saat rasanya, aku terasa pelik. aku mula teringat yang 2 org india yg duduk kt blkg aku td dah turun kt hentian sblmnya td. aku mula tfikir, sapa lg yg ada kt blkg aku. ahh..sudah... aku mula meremang. aku terus pusing ke belakang utk cek blk sape yg pelawa aku rokok td. ahh sudah.... mmg takda sesapa pun. tak ada orang. kosong. aku pegang beg galas aku dan aku cpt2 bgerak ke dpn. aku duduk btl2 blkg drebar bas. sambil duduk tu, aku perati sket2 kt cermin blkg drebar bas yg besar tu. aku nk tgk ada tak org kt blkg bas td.

sambil aku tgk2 melalui cermin tu, tiba2 drebar bas menegur aku, "kenapa dik, dia pelawa rokok ye?" aku tersentak. rupa2nya drebar bas tahu knp aku pindah tempat duduk dr blkg terus ke dpn.

sampai je aku kt stesen bas tg malim. aku jumpa dgn pakcik drebar tu. tny apa yg berlaku sbnrnya. dia citer, mmg dh byk kali org kena kaco mcm tu dalam bas dia. asalnya cite pakcik tu, ada sorg laki melayu mati sakit jantung dalam bas. arwah mmg sorg kuat merokok, kata pakcik tu lg. mungkin syaitan sengaja nk kaco manusia, so digunakanlah hal itu utk menakutkan penumpang. kata pakcik tu lg, takda org lain berani bwk bas tu time2 mcm2 tu, dia je setakat ni yg bleh dkatakan oklah utk bwk bas tu.

tamat perbualan dgn pakcik tu, aku terus meninggalkan dia sambil kepala otak aku teringat lagi tangan 'org' yg sua rokok tu kat aku dan tegurannya...."bang, nak rokok?"

Saat Publish time 2-7-2010 11:12 AM

rokok brand ape dia offer tu? ;P

ilham Publish time 2-7-2010 11:14 AM

Very interesting haikal....keep it up,more stories after this pls..

BabeYSHa Publish time 2-7-2010 11:21 AM

Cool TT... citer la lagi! {:3_90:}

pisang69 Publish time 2-7-2010 11:23 AM

best citer ko..senang nak paham..

:lol:...dunhill besar ker dia bagi?;P

BabeYSHa Publish time 2-7-2010 11:26 AM

best citer ko..senang nak paham..

...dunhill besar ker dia bagi?
pisang69 Post at 2-7-2010 11:23 AM http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

Kalo sua kat ko bang pisang.. hagak2 ko hamek tak? {:3_83:}

haikal_fadzil Publish time 2-7-2010 11:33 AM

sori sy xingat apa jenis rokoknya sbb seingat sy tangan tu genggam kotak rokok, dan pd POV sy hanya nampak tudung kotak rokok yg dah terbuka bbrp btg rokok yg still ada kt dlm kotak tu.

insya Allah kalo ada ms tluang sy ceritakan lg pengalaman2 sy dgn bnd2 alah ni.

LoveSungmin Publish time 2-7-2010 11:37 AM

seramnye.. :funk:

ilham Publish time 2-7-2010 11:43 AM

Klu sua pisang xpe lg...klu genggam kepala camner...hehe..harus dgn driver bus pn blari meningalkn bus nyer itu...hehe sorry TT, gurau jer

haikal_fadzil Publish time 2-7-2010 11:46 AM

actually pisang tu is not pisang.. forumer tu type 'bang pisang' refering post forumer yg sblmnya...

CDrosak Publish time 2-7-2010 11:48 AM

sori sy xingat apa jenis rokoknya sbb seingat sy tangan tu genggam kotak rokok, dan pd POV sy hanya...
haikal_fadzil Post at 2-7-2010 11:33 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

:PTAPI YANG PASTI HANG MEMANG TAK MEROKOK KAN
:http://farm3.static.flickr.com/2566/3793734951_dc942f56a5.jpg

lamometomemeto Publish time 2-7-2010 11:49 AM

serammmmm yg amat.....:funk::funk:

bterflylah Publish time 2-7-2010 12:08 PM

Iskh...:funk: citer lg TT...

pisang69 Publish time 2-7-2010 12:09 PM

Kalo sua kat ko bang pisang.. hagak2 ko hamek tak?
BabeYSHa Post at 2-7-2010 11:26 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

x hamek....:D
dlm bas takle isap rokok...nt kena pelangkung pakcik drebar...:)
:lol:

anne83 Publish time 2-7-2010 12:16 PM

alemak.... br satu collection ker? bestla citer TT.... sambungla lg if ade kesempatan.... tq!

lemonjus Publish time 2-7-2010 12:16 PM

kuat sgt isap rokok tu yg sakit jantung tuh
ape pun pengalaman yg menarik dn menakutkan
nasib baik dia x tunjuk muka:funk:
dia cuma tegur org je

whadda Publish time 2-7-2010 12:19 PM

cite la lg....nak lg... nak lg.... {:1_152:}

cmf_princess06 Publish time 2-7-2010 12:24 PM

menyeramkan....

haZelEyEz Publish time 2-7-2010 12:38 PM

ingatkan TT ni lepak kat bod TV jer..sampai jugak kat sini..:loveliness:
boleh buat citer seram lagi yer...pengalaman otai bod ni bukan alang2..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: My Angker Story Collection


ADVERTISEMENT