sumukiut Publish time 5-7-2010 11:12 AM

Reply 30# bronches


    ehehe.. byk sgt berimaginasi.. tula jadinya...

haikal_fadzil Publish time 5-7-2010 11:13 AM

cikpanda -> aku duduk bilik yg dua org.tp tinggalnya sorang. tak suka duduk blok yg bilik sorg, jauh dari cafe

anne83 -> PD? cite yg mana ni?

noradaniez Publish time 5-7-2010 11:18 AM

masa tahun 80 an, aku mmg takut kalau pg ipoh ikut jln tronoh tu, seram betul la, nak pulak kalo memalam, kiri kanan lombong jer, klu kete rosak kat situ, masak la korang...sbb org jarang lalu kat situ:funk::funk:

bumicompany Publish time 5-7-2010 11:46 AM

bookmark.................

anne83 Publish time 5-7-2010 02:45 PM

Reply 62# haikal_fadzil


citer ilham tu la... ilham tu bkn kt PD ker? huhu.. sori if slh tpt...

haikal_fadzil Publish time 6-7-2010 10:25 AM

bukan kt pd. kawasan ilham dan sy lalu tu adlh kwsn yg sama.
jalan ke tronoh mines dari kampar, PERAK.
pd kat negeri sembilan ye.

tp sape yg pernah lalu highway seremban - pd,
perasan tak ada satu jejantas kecik b4 smpai pd.
jejantas tu hanya mhubungkan dua hutan je, sebenarnya
xde dusun, xde kampung.
dibina utk binatang lalu lalang menyeberang.
dan ada jugak dberitakan org kampung kt area si rusa,
yg jejambat tu juga djadikan tmpat laluan 'benda' tu.
sy pernah jgk satu petang dari PD nk blk seremban.
lalu highway tu. smpai je jejambat tu, berenti tepi jalan
n panjat bukit nk tgk kat atas apa ada antara jejambat tu.
mmg betul, hanya ada hutan tebal je.
mustahil bleh ada dusun dalam tu or kampung.
then rasa meremang2.
baik aku blah dulu sblm jd apa2.

tp anne83, cite sy dan pengalaman ilham adlh di perak, bukan di pd ye

wallahualam

Fieza-mira Publish time 6-7-2010 10:35 AM

Reply 66# haikal_fadzil

Haiwan reti ke guna jambatan??? Atau satu lagi jambatan bunian??

Tapi memang selalu lalu situ ingatkan ada kampung kat situ.

haikal_fadzil Publish time 6-7-2010 10:45 AM

jambatan tu kecik je. kete lalu pun tak lepas

anne83 Publish time 6-7-2010 12:00 PM

oh... sorry TT, thanks tlg clarify.. me kalo igt ILHAM igt PD jer.. psl ade satu kaw. kt sana nama Ilham.. I think that the last resort stopover along the beach....

doreng Publish time 6-7-2010 02:11 PM

wahhhh.... seremm.... bila baca fasal kete tu teringat kete kuning kt highway tu.. citer lagi... citer lagi....

marlisa_syazana Publish time 6-7-2010 02:37 PM

menarik la citer tt,kalo rajin cerita la lg pengalaman tt...

munchosky Publish time 6-7-2010 02:57 PM

Aku memang respek giler cara ko posting TT. Teruskan berkongsi pengalaman seram dgn sekalian forumer yg ada..:D

manja377 Publish time 6-7-2010 03:15 PM

citer lah lagi..haikal....seronoktapi seram...best.

lurve82 Publish time 6-7-2010 03:37 PM

bukan kt pd. kawasan ilham dan sy lalu tu adlh kwsn yg sama.
jalan ke tronoh mines dari kampar, PER ...
haikal_fadzil Post at 6-7-2010 10:25 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

yup..time ai praktikal kat poli pd..ai hari2 lalu kat highway sini dr seremban..yup betul ada jambatan tuh..mula2 ai xperasan..lpas ai rasa mcm pelik je kat situ..terus tny kwn2 kat seremban..theyols ckp mmg tmpt utk bagi 'benda' tu lalu..tp tatau la..selama sebln ulg alik tu...xpenah la jmp apa2 yg pelik..:L..hah satu lg highway nak ke pantai timur pun ada gak jambatan sesat neh...:funk:

haikal_fadzil Publish time 6-7-2010 03:40 PM

terima kasih munchowksy.
gaya penceritaan yg dgunakan adlh direct to the point..hahaha.
teringat zaman matriks dulu.
asal ujung minggu je kwn2 blok dtg lepak blk aku sbb nk dgr cite antu.
pastu tak berani blk bilik masing2, so bertebaran la tido dlm bilik aku,
miss that moment.

suatumasa Publish time 6-7-2010 04:17 PM

haikal...aku ni salah sorg peminat citer2 serem ni...citer ar lagi....:)

haikal_fadzil Publish time 6-7-2010 08:10 PM

Post Last Edit by haikal_fadzil at 6-7-2010 20:12

sekitar 1999-2000

teman abah aku berceramah motivasi di kem bina negara, gua kelam, perlis. urusetia program menyediakan sebuah bilik utk tido sbb majlis akan tamat lewat tgh malam. tp abah tetap nak balik mlm tu jugak, sesudah tamat program semua. spjg ceramah, aku dgr celoteh abah aku dan ambik input2 berguna utk dijadikan iktibar dan tauladan. cuma ada satu ketika tu, mungkin abah aku tgh naik syeikh berceramah, dia ada kuar satu statemnt berbunyi mcm ni, "tak apa tuan-tuan, kalau sy tipu tuan-tuan tentang fakta yg sy berikan kepada tuan-tuan mlm ni, saya tak kisahlah kena kaco antu jembalang sekali pun...sy tak heran". statemnt tu disambut dgn gelak tawa peserta2 kursus mlm tu.

tamat program, aku dan abah pulang ke umah dari gua kelam, perlis menuju kembali ke alor setar. sepanjang jln abah byk bercerita sbb mmg tu tabiat dia. aku bleh dikatakan pendengar yg bagus jgk sbb asal naik kete dgn abah mmg byk cite yg abah akan kuarkan sehingga tak sedar dah nk sampai destinasinya. nasihat, motivasi, kisah tauladan mmg itu yg jadi bualan kitorang kebiasaannya.

utk blk ke kwsn umah aku, perlu melalui kuala kedah. mlm tu abah cadang nk masuk jalan kampung ke kuala kedah bukannya jalan biasa dari pekan alor setar. tempat tu dinamakan kubang rotan. kiri kanan sawah padi dan penempatan. lampu jalan tak bnyak. tgh mlm pulak mmg jarang ada knderaan kuar masuk.

dlm beberapa minit memandu menuju ke kuala kedah melalui kubang rotan tu, aku ternampak satu selekoh dlm jarak 1-2 km lg kt dpn. di selekoh tu tdapat lampu jalan dan sebatang pokok kelapa tinggi. dalam tgh2 abah borak2 dgn aku, tiba2 abah mcm ilang kontrol bwk kete kjp. mcm mengelak sthg kt jalan. aku tkejut dan tny abah knp. abah jwb takde apa2. tp dr riak muka dia aku tau ada sthg.

aku perati sekeliling. dari side mirror, takde apa2 yg kitorg elak td. dan aku tumpu blk pandangan aku ke depan. dari jauh, aku nampak sthg yg pelik. bhampiran dgn selekoh dan kt atas puncak pokok kelapa tepi lampu jalan tu...

apa yg aku nampak ialah, sthg berbungkus putih, berdiri menegak di puncak pokok kelapa tu. makin lama, benda tu makin bergerak ke tapak pokok kelapa. dlm ati aku, aku dah mengucap dan baca ayat kursi tp tunggang langgang ayatnya. abah still maintain relax bwk kete. tak laju dan tak slow. lg dlm 300 meter mghampiri selekoh tu, bnd putih tu dh tegak bdiri bawah pokok kelapa. dari jauh aku nampak dia mula slow pusing badan dia utk mhadap kitorang. elok2 je kitorg smpai kt selekoh tu,bnd tu dh menghadap mukanya kt aku dgn abah aku. aku dpt tgk mukanya dgn jelas,memandangkan selekoh tu adlh selekoh ke kanan, maka aku lah yg plg dekat nampak bnd putih tu.

muka bnd tu hitam sehitam2nya. matanya tpejam. tp mulutnya tsengih. badannya bbungkus putih. setahu aku, itu adalah jelmaan syaitan yg selalunya org panggil pocong. hanya muka saja yg nampak. aku toleh ke blkg utk tgk lg ada ke takde pocong tu, pocong tu mmg bdiri tegak kt tpt tadi dan still mngadap ke mana arah kete kami pegi. aku tengok bnd tu sampai ilang dari pandangan aku.aku tny abah, so abah tipu ke peserta2 program td. abah gelak2 dan ckp, abah tak tipu, tapi abah tmulut bacul sket td. padan muka, kan dah kena.

aku dgn abah aku gelak2 dan tak berapa jauh kt depan, di arah bertentangan, ada sorg pakcik tgh kayuh basikal nampak spt bakal melalui selekoh yg kami lalu td. aku dgn abah aku bpandangan sama sndr, dgn ptanyaan, nk bgtau pakcik tu ke taknak yg kt selekoh tu ada pocong..

ahh....sambung je drive...lantak lah pakcik tu nak kena ke tak...

bronches Publish time 6-7-2010 08:24 PM


aku dgn abah aku gelak2 dan tak berapa jauh kt depan, di arah bertentangan, ada sorg pakcik tgh kayuh basikal nampak spt bakal melalui selekoh yg kami lalu td. aku dgn abah aku bpandangan sama sndr, dgn ptanyaan, nk bgtau pakcik tu ke taknak yg kt selekoh tu ada pocong..

ahh....sambung je drive...lantak lah pakcik tu nak kena ke tak...
haikal_fadzil Post at 6-7-2010 20:10 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Kesian oo pakcik tu nanti dia kena sakat ngan en poc tuh .. Silap haribulanpakcik tu plak yang sakatkorang

sellie003 Publish time 7-7-2010 10:12 AM

Good story... sempoi jek... seram tetap ada... maklum ler pengalaman sendiri... kalau sy yg nampk sure dah pejam mata sambil kumat kamit baca apa yg patut... silap2 haribulan doa mkn pun terbaca... dah gabra sgt janji baca ada gak selit2 nama Allah....;P

yenil95 Publish time 7-7-2010 04:22 PM

Reply 39# haikal_fadzil

TT,
jumpa kete kaler kelabu tu kat jalan menghala ke Tronoh ye?...
Masa aku belajar area2 situ, budak2 lelaki selalu balik lewat malam dalam pukul 11-12pm dari Batu Gajah atau Ipoh dengan motor...Selalunya derang pergi dalam 4-5 biji motor..dalam 8-9 org la termasuk pembonceng..
Dalam perjalanan konvoi tu, derang suka saling potong memotong utk memeriahkan perjalanan..:lol:..Tapi ada sekali tu, kawan ku yg last sekali nampak rider motor yg baru potong dia takde kepala..terus dia pulas tombol minyak & pecut sampaila ke hostel...:funk::funk:
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11
View full version: My Angker Story Collection


ADVERTISEMENT