pejai_arts Publish time 23-4-2010 10:22 PM

loghat bahasa cina dgn tamil

salam,
aku tertanya-tanya gak, sama ada bahasa cina (kantonis, mandarin, dll) serta tamil yang digunakan di malaysia ni ada loghat2 tertentu tak mengikut negeri. macam bahasa melayu kan ada style loghat kelantan, perak, utara, ngan selatan.. ataupun semuanya standard sebab berasal dari negara tanah besar masing2 (China dan India) berbanding bahasa melayu yang bercampur serta asimilasi dari seluruh nusantara..

eboxkl20 Publish time 18-6-2010 08:52 PM

kat malaysia xde la kot..
kat india ada le..ikut daerah2 diaorang...spt madurai, Coimbatore

cina aku kurang pasti

sonata85 Publish time 24-6-2010 11:27 AM

Reply 2# eboxkl20

ok ini berdasarkan pemerhatian aku; seorang bekas peminat tegar citer cina dedolu :$

kalau tengok citer cina klasik berbahasa Mandarin, kita akan dapati
bahawa loghat mandarin bagi istana maharaja cina kat beijing tu lagi pekat yang amat..
dari maharaja, permaisuri, maharani sampai la kat dayang n sida2..
sume pakai loghat ni..
tapi kalau tempat lain, biasa je loghat dia..

contoh -->
minum - 'he'
tapi diorang sebut - 'khe' (bagi pangkal lidah tu bergetar sikit)

aku tak reti tepek video n malas pun yang beno nye ;P
mungkin korang yang rajin bole pergi kat youtube, cari sedutan drama cina zaman dedolu...
bolehla dengar loghat yang aku cakapkan ni...

ok, sekian..
ini adalah pandangan peribadi aku berdasarkan pemerhatian aku
selama berbelas taun menonton citer dari tanah besar china :D

sekiranya ada kesilapan, maap ye :loveliness:

Jejaka88 Publish time 22-11-2010 11:17 PM

sama la jugak dgn semua bahasa

sbgai contoh BAHASA ARAB

selalu kita faham MA ISMUKA?(siapa nama kamu) itu bhs arab international

tapi kalau korang ke mesir akan dapati dorang tnya ISMAKE?(nama ko apa)

just nk kongsi2 pngalaman jer

liumx Publish time 20-5-2011 03:11 PM

masok bab loghat ni sebenarnya rumit, kalo istilah "dialek" (dari Yunani dialego, English dialect/ dialogue) ia membawa maksud dua yang berjarak. tapi kira loghat tu lebih mirip dgn "slang" (tidak berniat utk merangkumi makna negatif). Mana2 kawasan ada keunikannya! bahkan dialek Hokkien di PPinang lain dengan JohorBahru... sebab asal-usulnya dan juga pengaruh semasa.

sarcofago Publish time 20-5-2011 06:42 PM

ada member ni
dia cina penang, dia kata loghat hokkien cina kelantan pelik
sebab guna tatabahasa melayu kelantan
ayat pun tak berapa penuh macam org kelantan becakap, banyak singkatan
Pages: [1]
View full version: loghat bahasa cina dgn tamil


ADVERTISEMENT