AzizMav Publish time 26-3-2010 12:37 AM

NAK BUKA LOJI AIR MINERAL, PERLUKAN BANTUAN MAKLUMAT.

Salam semua ahli forum Cari yg dihormati.
Saya Aziz, saya diajak menyertai perniagaan pengeluaran air mineral oleh kakak dan abang ipar saya. Abang ipar saya mempunyai sebidang tanah di kawasan bukit kayu hitam di kawasan yg masih berhutan dan agak jauh dari pembangunan. Abang ipar saya menceritakan air asli boleh didapati di tanah itu dengan hanya mengorek sedalam dua meter. Beliau berminat membangunkan usaha air mineral ini.
Saya ditugaskan untuk setup perniagaan ini dari 'kosong'. Saya tidak mengetahui apa-apa berkenaan perkara ini, dengan itu saya perlukan bantuan untuk maklumat seperti berikut.

- Dari segi lesen
- modal / pembiayaan
- mesin-mesin
- supplier botol2
- pihak-pihak yg patut dihubungi
- laman-laman web berkenaan

Saya menghargai jika ada sesiapa yg ada pengalaman untuk menceritakan kepada saya. Jika ada perincian (details) itu lebih membantu.
Ahli2 forum boleh jawab di forum ini atau boleh juga hubungi saya diemail saya :    azizbeyond@yahoo.com

shahx Publish time 26-3-2010 12:46 AM

betul ke air mineral tu. ntah2 paip pecah kot... hehe...

AzizMav Publish time 26-3-2010 01:06 AM

Itulah yg saya nak pastikan. Jika ada sesiapa tahu pihak mana harus dihubungi utk pemeriksaan pengesahan. Kawasan itu memang masih berhutan.

abgboroi Publish time 26-3-2010 01:30 AM

kena pastikan dulu laa...bukan semua tempat sesuai buat air mineral ni..lagi satu dah ada link ngan syarikat syarikat air mineral lain? logistik camner? issk banyak menda nak kena fikir...air mineral yang ada di pasaran sekarang pun kebanyakkannya drinking water ...tentu laa kilang air mineral ni lebih besar berbanding drinking water atau air suling....

rdzaccess Publish time 26-3-2010 02:12 AM

Ambil contoh air dan hantar ke makmal.
Analisa berkenaan ngan kandungan air tersebut akan di beri oleh makmal.
Kalau nak cepat keputusan analisa, pergi ajer ke makmal persendirian.
Kalau di K.Lumpur ada di Jalan Kuchai Lama.

Untuk buat dari kosong memerlukan masa jugak...
Nanti saya dapatkan maklumat dan akan e mailkan.

Secara asasnya:
Piping dan resevoir tank haruslah diperbuat dari stainless steel.
Pas tu kena ada UV light.
Kena buat 'clean room'.
Kedalaman untuk tube well haruslah sekurang kurangnya 100 kaki dalam ( untuk kategori air galian ).

Yang lain lain intipati business tak leh beri kat sini nanti kena pancung lak...
Abang saya tinggal di Changlun, belakang sekolah teknik dekat masjid.

rdzaccess Publish time 26-3-2010 02:14 AM

Yang pertamanya adalah berapakah kapasiti sehari pengeluaran?
Yang lain bersangkutan dengannya nanti boleh dikira...

AzizMav Publish time 26-3-2010 07:31 AM

T Kasih Rdzaccess,sekiranya dpt memberi maklumat yg lebih terperinci itu boleh membantu saya untuk bermula.

mhloke Publish time 26-3-2010 06:32 PM

kawan saya dah bantu beberapa syarikat setup kilang mineral water, jika minat sila PM saya. tapi jika ada target capacity dan budget setup, senang kita bantu

zaidi_MZZ Publish time 26-3-2010 06:57 PM

Salam semua ahli forum Cari yg dihormati.
Saya Aziz, saya diajak menyertai perniagaan pengeluaran air mineral oleh kakak dan abang ipar saya.
AzizMav Post at 26-3-2010 00:37 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
apa yang masih segar dalam ingatan aku...ko kena buat ujian nuklear...

sebelum ni dah ada orang tanya tentang hal ni...cuba search...banyak info dalam tu...

AzizMav Publish time 27-3-2010 12:43 AM

Terima kasih utk saranan dan idea. Jika ada sesiapa lagi yg punyai idea dan saranan?
Utk Mhloke saya akan pm saudara.

mdrahidi Publish time 22-3-2015 02:26 PM

as salam, saya ingin membuka sebuah kilang air mineral, saya ingin bantuan maklumat dan perincian tentang pembukaan sebuah kilang air mineral, any info, email saya di rahidighazali@gmail.com

mdrahidi Publish time 22-3-2015 02:27 PM

as salam, saya ingin membuka sebuah kilang air mineral, saya ingin bantuan maklumat dan perincian tentang pembukaan sebuah kilang air mineral, any info, email saya di rahidighazali@gmail.com

ayish2303 Publish time 29-5-2023 09:04 AM

salam saya berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai setup kilang air mineral

maxjp Publish time 10-6-2023 04:21 AM

hal yang terbaik adalah bisnis yang populer dan dilindungi negara, termasuk bisnis air mineral yang banyak dibutuhkan orang orang
Pages: [1]
View full version: NAK BUKA LOJI AIR MINERAL, PERLUKAN BANTUAN MAKLUMAT.


ADVERTISEMENT