amazed Publish time 9-2-2010 11:53 PM

Datuk Dr Rozmey - tauke jus mate 5

Rabu Februari 10, 2010

Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey

Oleh WAHIDUZZAMAN





http://mstar.com.my/archives/2010/2/10/mstar_hiburan/014584976.jpg



TIDAK sampai seminggu pun cerita 'panas' mengenai isu 'ketegangan' antara Hairie Othman, filem 2 Alam dan produsernya, Datuk Dr. Rozmey menghiasi dunia hiburan tempatan. Kini, timbul pula dakwaan yang mengatakan produser dan usahawan glamor itu gagal melunaskan bayaran Hairie dan krew filem terbabit.

mStar Online lantas menghubungi usahawan produk Jus Mate 5 ini bagi mendapatkan komen dan pandanganya berhubung dakwaan terbaru itu.

Menurut Dr Rozmey, dakwaan mengenai dia tidak membuat bayaran kepada aktor yang juga pengarah filem itu tidak timbul dan hanyalah satu isu kecil.

"Isu ini adalah isu kecil dan tidak patut timbul. Biasalah, dalam hidup ini kalau kita buat baik pun tetap ada pihak yang ingin memburuk-burukkan kita.

"Apa yang pasti dakwaan itu tidak betul kerana semua krew termasuk Hairie dapat bayaran atas kerja mereka. Malah semua orang gembira dan berpuas hati dengan hasil filem ini," katanya memulakan bicara.

Tambah Dr Rozmey, sebagai produser dia sudah tentu berkemampuan untuk menjelaskan segala bayaran kepada semua krew terlibat sebaik sahaja kerja-kerja penggambaran tamat.

Jika tidak masakan dia berhajat untuk menerbitkan filem yang menelan belanja jutaan ringgit itu.
"Doktor orang yang 'cash'. Doktor mampu bayar secara tunai bayaran semua pihak yang terlibat, baik kepada Hairie mahupun semua pelakon dan krew.

"Doktor ini orang yang jujur. Bukannya orang yang menipu. Lagipun, buat apalah Doktor hendak menipu.

"Doktor sendiri yang pastikan semua pelakon dan krew dapat bayaran masing-masing. Boleh tanya pada Hairie sendiri sama ada Doktor sudah bayar atau tidak bayarannya," jelas Dr Rozmey yang begitu gemar menggunakan gantinama 'Doktor'.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai hubungannya dengan Hairie Othman, Dr Rozmey berkata, dia dan Hairie tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan.

Malah, Hairie juga amat berpuas hati dengan layanan dan bayaran yang diberikan untuk tugas mengarah filem 2 Alam itu.
"Doktor dan Hairie tiada sebarang masalah. Malah, dia sangat berpuas hati dengan bayaran penuh dan layanan atas kerja yang dilaksanakannya.

"Mengapa perlu saya dan Hairie bercakaran? Perkara itu tidak timbul langsung. Filem ini pun sudah siap dan segalanya sudah selesai dengan baik.

"Bagi Doktor, tidak perlu timbulkan perkara berbangkit jika ia tidak berasas. Apa yang penting sekarang adalah bergerak ke arah matlamat untuk mencapai sasaran RM12 juta itu," katanya dengan nada sedikit kecewa ekoran segala spekulasi yang timbul.

Sebelum mengakhiri perbualan, Dr Rozmey sempat ditanya tidakkah isu yang timbul itu secara tidak langsung mencalar reputasinya sebagai figura korporat, namun Dr Rozmey begitu optimis dan enggan menuding jari pada mana-mana pihak.

"Doktor tidak mahu tuduh sesiapa pun dalam hal ini. Isu ini tidak penting dan bukannya perkara yang serius pun.
"Ia sengaja dipermain-mainkan untuk mengeruhkan keadaan dan nama baik Doktor.

"Apa yang penting adalah untuk melaksanakan strategi mencapai kutipan pecah panggung yang Doktor sasarkan pada filem 2 Alam.
"Jadi tak perlulah hendak digembar-gemburkan lagi isu ini," katanya.

mamak_kg_kastam Publish time 10-2-2010 12:16 AM

doktor,... doktor

hahahah

cyborq Publish time 10-2-2010 12:21 AM

dia ni tak dak perunding imej ke utk rambut dia..

dragger Publish time 10-2-2010 12:39 AM

rambut tu cuba la stylo sket doktorrrrr..

kuzaime Publish time 10-2-2010 12:49 AM

yer lah tuh doc..rambut nyer style bila nk tukar?;P

TandooriPayat Publish time 10-2-2010 12:57 AM

jelas Dr Rozmey yang begitu gemar menggunakan gantinama 'Doktor'.


wartawan ni mcm perli je.

gila glemer DDR ni. kat board BFT nama dia ade. Board usahawan ade. Board gossip pon ada. latest kat sini plak.

DCT pon kalah.;P

cmf_almondpecan Publish time 10-2-2010 03:19 AM

Kelakar juga tgk dia ni pakai gantinama doktor bila berbual. Sultan-sultan pun pakai 'saya' bila berbual biasa :)

cmf_yipun78 Publish time 10-2-2010 07:51 AM

sapa bagi dia Datukship? x pernah baca dalam paper pon, kalo owang cam dia ni dapat Datukship for sure abis ruang sokhabar dia beli nak publish Datukship dia kan? :o x terbaca lak selama ni ke atau wa terlepas pandang

hakass009 Publish time 10-2-2010 08:55 AM

datukship beli kott....cash lagik

zue10 Publish time 10-2-2010 08:58 AM

dengan rambut dia ni la dia di kenali ramai...kuang3...

zafran_iman Publish time 10-2-2010 09:23 AM

bila ye dia dapat Datuk?

aseela Publish time 10-2-2010 09:38 AM

Dato' kot....silap bukan Datuk...latest chef wan yang dapat Datuk dari agung

ayjay Publish time 10-2-2010 10:35 AM

aaacccckkkkk!!!!!!!!!!! cabuuuuuuuuttttttt!!!!!!!!!!!!!!!! ;P

starcity Publish time 10-2-2010 10:43 AM

aku pun heran gak. alih2 aritu dlm paper ada nama Dato' kat dpn nama dia

addicted_girls Publish time 10-2-2010 02:43 PM

rmbt lg hazab dr abu bakar ellah..:lol:

Sofea Publish time 10-2-2010 04:39 PM

weird la bahasakan diri Doctor

duquesne Publish time 10-2-2010 05:35 PM

Ada kat bod usahawan ada forummer tepek news dari HPM konon bulan Dec tahun lepas, dia dapat Datukship dari Sultan Pahang... forummer tu cakap lagi, sultan pahang dah buat dah bulan 10 tahun lepas.. takkan bulan 12 ada lagi satu majlis??

Then ada sorang pulak pegi tanya wife dia kat FB -> bila nak tayang gambar ambik anugerah Datin.. camtu la kot.. wife tu jawab, gambar ada masalah... ;P

SiMontel Publish time 10-2-2010 10:12 PM

dah datuk doktor ni ye....bilanyer dia dpt title arrr...
confused aku..bahasakan diri dia doktor hehehehehehe

iek Publish time 10-2-2010 10:51 PM

rambut abu bakar elah ker?

daun_hijau Publish time 10-2-2010 11:04 PM

naik boring tgk muka dia tiap2 hari...
rasanya masa iklan dia dkt nk raya jer nmpk ok skit sbb dia pakai songkok..jadi
x nmpk lar rambut dia yg x der rupa mcm doktor tu ;P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Datuk Dr Rozmey - tauke jus mate 5


ADVERTISEMENT