cmf_cluesan Publish time 7-10-2009 07:22 PM

Animax : Dub Bahasa Melayu

Animax sedang mencuba nasib dalam dubbing Bahasa Melayu. Jam 7.00 hingga 7.30 malam. Slot Shakugan no Shana. Tekan I-II kat remote dan pilih Multiple.

Boleh tahan gak. :D

cmf_scorpio_mmi Publish time 7-10-2009 07:57 PM

terkejut aku dgr berita ni....tp dah agak dah, jejak langkah disney, nick dan cn ;)

sygnya xde astro :( boleh rekod sikit2?

xiemean Publish time 7-10-2009 11:18 PM

kalo seiyu dia betul2 bes ok gak..tp selalu aku kecewa jer dgr seiyu msia ni...baik dgr jepun jer...

J Publish time 8-10-2009 01:00 PM

belum tengok shana versi bm..

but is it worth it? berbaloi ke translate shana dalam bm?
agree with xiemean
seiyuu malaysia tak expert buat sound effect...
cuba dengar diorang jerit "HIIYAAAAHHHH!!!" :lol:

cmf_scorpio_mmi Publish time 8-10-2009 02:27 PM

Post Last Edit by cmf_scorpio_mmiv at 8-10-2009 14:43

sebenarnya aku pun teringat x berbaloi anime2 dewasa dialih suara, bukankah daya tarikan anime2 camtu terhad? kalo anime yg besar2 cam doraemon, OP dan det. conan bolehlah, cuma pengalih suara diharapkan memberi tumpuan sepenuh hati. bercakap psl tumpuan, nyata sekali pengalih suara kita memberi lebih tumpuan kpd kartun dari amerika dan eropah berbanding jepn dewasa ni, macam2 sebab adalah. ingkatkan masa depan pengalih suara tempatan kini lagi ada jodohsama kartun barat berbanding anime yg pernah mendampingi mrk sejak 30 thn. tp oleh yg demikian bebanan derang makin berat utk dipikul, nanti aku jelaskan.

entah bilalah kali terakhir setiap seorang pengalih suara kita menonton drama, filem atau acara sukan seni bela diri? inilah contoh yg sesuai utk derang buat sound effect tu. tak pun, bila buat rakaman, langkaukan bhg2 "hiyah hiyah" tu dlm audio asal, cakap2 je yg dialih suara. kalo x silap ada sesetgh kerja alih suara tokusatsu yg guna teknik ni, cthnya ultraman. mungkin terlalu sibuk dgn kerja alih suara siang hingga larut malam...dibebankan lagi dgn kartun omputeh utk siaran astro.

kalau x silap kerja alih suara akan dihantar terus ke pusat penyiaran saluran masing-masing, bukan astro, kira dah ke luar negeri...animax ni juga ada in-house dubbing team di samping menggunakan khidmat studio luar utk versi inggeris. animax asia, nick dan disney bertapak di singapura, jd xlah jauh, tp cartoon network, star movies...:dizzy: nak tau tak derang letak kat mana? ini soalan cepumas! hahahaha

J Publish time 8-10-2009 02:56 PM

5# cmf_scorpio_mmi

kat mana? nak tau ..nak tau!

india ke?
filipin?
huh? mana scorpio? :o

cmf_scorpio_mmi Publish time 8-10-2009 05:18 PM

Post Last Edit by cmf_scorpio_mmiv at 8-10-2009 17:27

6# J

wa lei mm ji meh? lain kali rajin2 bukak wikipedia...
jawapannya: Hong Kong - dikira ibu kota penyiaran tv serantau asia di samping s'pura

jauh gak, tp x sejauh india. disebabkan terpaksa berurusan dengan sykt luar negara, maka berat lagi bebanan dan tekanan yg tengah dialami pengalih suara kita berbanding 4-5 tahun lalu yg terhad kpd anime utk tv percuma. apatah lagi kena kejar jadual rancangan yg dikongsi banyak negara sekaligus (selain mesia ada spura, indon, thailand, brunei, filipina, vietnam, hk, adakalanya korea!) disebabkan terpaksa memberi fokus kpd kartun omputeh, akibatnya mutu alih suara anime teruk terjejas :(

dari asyik mengutuk je, apa kata kita semua cuba memahami apa yg sedang dialami pengalih suara kita terlebih dahulu. kalo animax boleh cari pengalih suara sendiri utk projek BM dub ok lah, berwaspadalah dgn penangan sykt kartun amerika yg hendak mencuri bakat korang. :L

danialarif Publish time 9-10-2009 12:40 AM

Emm... x tau la knp... Tpi mmg aku lgi prefer sub dri dub... Aku tgk cerita Spongebob dub OK... Tip Top... Tpi lgi prefer yg English pny...

cmf_scorpio_mmi Publish time 9-10-2009 01:22 AM

Post Last Edit by cmf_scorpio_mmiv at 9-10-2009 01:28

er, selain shana, apa lagi yg didub BM kat animax? pukul berapa hingga pukul berapa?

cmf_cluesan Publish time 10-10-2009 10:51 PM

Tapi yang paling mengecewakan aku, ke"skema"an dub bahasa melayu ni masih belum dapat dikikis. sama gak mcm Shana dlm Animax ni. Skemanya bahasa... :sweat3:

danialarif Publish time 11-10-2009 10:51 PM

10# cmf_cluesan
Hahaha... Biasa la tu

J Publish time 12-10-2009 04:33 PM

pernah sekali dengar dubbing Get Backers di tv...
ada perkataan "takleh", "hampeh"...
dan apa lagi tah...
i think dat's the right way to do dubbing in bm...
get backers jepun bahasa pasar --> dub kedalam bm bahasa pasar juga :loveliness:

J Publish time 12-10-2009 04:34 PM

pernah sekali dengar dubbing Get Backers di tv...
ada perkataan "takleh", "hampeh"...
dan apa lagi tah...
i think dat's the right way to do dubbing in bm...
get backers jepun bahasa pasar --> dub kedalam bm bahasa pasar juga :loveliness:

danialarif Publish time 12-10-2009 07:59 PM

13# J
Bru je hari tu aku tgk... Tpi ada certain2 character x brapa sesuai la suara dia...

cmf_scorpio_mmi Publish time 13-10-2009 01:05 AM

13# J one piece dlm BM pun pasar bahasanya...banyak kata2 biadab lagi tu...

JUSTcircle Publish time 14-10-2009 12:12 AM

the probs is.. kalo kita byk guna bahasa pasar sgt dlm anime tuh.. x pasal2 dewan bahasa akan marah ckp kiter telah mencemarkan bahasa sesumer..

tuh yg aku wisau tuh.. biler kita nak jadikan sesuatu benda tuh nampak cam realiti.. tapi ada halangan dari badan2 kerajaan camnih.. niat nak memelihara bahasa malaysia.. yer aku tau.. tapi nampak cam x real bila layan kat TV..
tengok jer la drama2 kanak2 kat astro ceria ngan budak2 yg x pandai berlakonnya camner? abis bahasa skema sumer kuar.. sungguh x rasa keasliannyerpenggunaan bahasa kita...

bg aku.. tuk keadaan rasmi mungkinlah kita perlu cakap secara rasmi.. tapi dalam lakonan biasa.. sepatutnya badan2 kerajaan nih patut memberi kebebasan dalam kita mempergunakan bahasa tuh.., bahasa pasar x salah.. sbb mmg itu kegunaa seharian kita..

Sbb tuh kalo dubb dapat guna bahasa pasar and x nampak dibuat2 mesti dub tuh lebih menarik aku rasa.. untuk org2 yg dah memahami nihono and ada basic2 skit mesti lah nak yg original.. tapi camner ngan org2 yg lebih suker mendengar dari membaca substitle? maksud aku kanak2 la.. bukan semua kanak2 leh baca lelaju.. so, it's ok bg aku dubb nih asalkan? asalkan dub yg dihasilkan tidak nampak KAKU dan SKEMA...

93933 Publish time 14-10-2009 09:48 AM

Nyatakan judul anime yg dialih bahasa ke BM di Animax

cmf_cluesan Publish time 14-10-2009 10:10 AM

17# 93933

Setakat ni hanya Shakugan no Shana jam 7.00 - 7.30pm sahaja yg telah dialih-suara sebagai percubaan Animax.

J Publish time 14-10-2009 11:55 AM

if u ask me...
if Animax still wanna go thru this dubbing to bm thing...

i'd suggest a few titles (dat's been on reruns since forever) {:1_151:}

1) Ge Ge Ge no Kitaro
2) Ookiku Furikabutte (Big Windup)
3) Alice Academy
4) Emma
5) Kyou Kara Maou.. errr.. forget it

it's just a suggestion & i'm trying not to step on any landmines.. with all those censorship stuff, u know... hehehe

cmf_scorpio_mmi Publish time 14-10-2009 12:24 PM

Post Last Edit by cmf_scorpio_mmiv at 14-10-2009 17:27


16# JUSTcircle asal jangan berbahasa rojak sudahlah...ini lagi mencemari bahasa kita. tp yg lebih takut...kaum bukan melayu kurang faham nanti...

18# cmf_cluesan
nampaknya aku kena tanya pihak animax psl butiran lanjut. btw, selain gaya bahasa, camaner suara2 derang? sedap x?
19# J
tulah, kartun omputeh lagi selamat utk dimelayukan. kalo ikutkan arkib berita lalu, sykt disney sepatutnya sambung projek BM dub lepas tarzan tp entah kenapa, lapan tahun berehat dan kembali dgn hsm. :L xde digital mix stage lagi kot?!

kalo tak pun, saluran2 ilmiah dlm learning package, saluran 55x tu sumer...eh ada x? :o
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Animax : Dub Bahasa Melayu


ADVERTISEMENT