LLM Publish time 24-4-2009 03:17 PM

CERITA PENDEK: Pensyarah kuliah dan pelajar mat rempit

Darsuki melihat jam tangannya. Sudah pukul sebelas pagi. 'Mana Bidin ni?' getus hati kecilnya.

'Baiklah mari kita sambung topik kita pada minggu lalu' ujar Darsuki kepada pelajarnya yang seramai 50 orang di dewan kuliah yang besar itu dan terus memulakan sesi pengajian kelas sosiologi.

Selang beberapa jam kemudian, Bidin bergegas masuk ke dewan kuliah. Mata Darsuki menyala kemerahan umpama puaka hutan melihat Bidin, juara mat rempit Jalan Tuanku Abdul Rahman, dengan selambanya duduk di barisan belakang.

'Bidin, awalnya kamu datang ke kuliah saya' kata Darsuki dengan penuh sinis.

Bidin cuma tersengih sengih seperti seekor kucing kurap tercekik tulang tikus. 'Maaf Encik Darsuki. Saya ada hal malam tadi'<br /><

Darsuki semakin berang. 'Ada hal. Ada hal. Ada hal. Tiap tiap malam awak ada hal. Awak ingat saya tak tahu apa aktiviti ko-kurikulum awak pada waktu malam? MEREMPIT!! Lepas menang lumba motorsikal, awak meratah minah rempit! Apa nak jadi dengan awak ni hah? Kalau macam tu tak payah belajar. Biar awak merempit sepuas-puasnya. Sampai kemalangan atau pun terkena HIV!'

Semua pelajar di dewan kuliah menikus melihat Darsuki yang sudah naik minyak umpama dirasuk jembalang tanah.

Bidin cuma mencebikkan bibirnya yang berkulat. Nafsu amarah Darsuki semakin menggelojak.

'Awak cuba mencabar saya, Bidin. Baiklah..' ujar Darsuki.

'Kamu semua sila buat tugasan pada mukasurat 304. Termasuk awak, Bidin! Saya nak keluar sekejap' Darsuki kemudian pergi ke tempat letak motorsikal.

Apabila melihat motorsikal Suzuki kesayangan Bidin, dia tanpa berfikir panjang terus membuka tangki petrol dan melontarkan mancis yang menyala kedalam tangki tersebut. Api marak menyala menjilat motorsikal kesayangan Bidin. Darsuki tersenyum kepuasan melihat kenderaan rempit itu hangus.

Kemudian dia bergegas balik ke dewan kuliah. Dan membawa sebiji tayar yang tanggal dari motorsikal itu.Dengan muka yang selamba, Darsuki menghempaskan tayar hangus itu di atas meja Bidin.

'Nah malam ini awak boleh merempit dengan motorsikal hangus awak. Jangan datang kelas saya lagi kalau awak terlalu gian untuk merempit sahaja'

Bidin terkejut. 'Tidaakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!Awwwwooooooooooooooooohhuuuuuuuu. Motor aku ranap'

Darsuki ketawa semahu-mahunya umpama pontianak laparkan darah 'Hahahahhahaha.Padan muka kau Bidin'

Pelajar di dalam dewan kuliah menikus. Menikus semahu-mahunya

Darsuki tersenyum kepuasan. Kelazatan sehingga menjilat jari.

TAMAT :I

[ Last edited byLLM at 24-4-2009 15:22 ]

sump81 Publish time 24-4-2009 03:57 PM

:lol: :lol: menarik..tp terlalu buk ayat2 sampingan lah..:lol:

pengimbas Publish time 24-4-2009 04:07 PM

pensyarah tu kalah ngan bidin ke malam tu yang angin bebenor??

fariepari Publish time 24-4-2009 04:15 PM

dia bukak tangki minyak tuuu ngn apa?
bukan ke kena pakai kunci?

~ saje nyibuk kat benang org..hehe~

ashrafsinclair Publish time 24-4-2009 04:27 PM

brutal nye pensyarah ne.......................:L

http://sl.glitter-graphics.net/pub/597/597492eoyxzk5iyj.gif;P

kucingpia Publish time 24-4-2009 06:06 PM

IM SPEECHLESS.....:lol:

pulutmanggis Publish time 25-4-2009 10:34 AM

hehe...
aku tak paham.. tapi nk gelak...
:lol: :lol: :lol:

almanda85 Publish time 26-4-2009 04:04 PM

hahahah....ada jugak citer mcm nie..gelak guling2 aku baca...:lol: :lol:

katara1 Publish time 29-4-2009 04:05 PM

cerpen ko memang bestt..

lolipop_berry Publish time 29-4-2009 06:22 PM

felik haku dgn pensyarah ni.:o :o :o

agknye die la yg kalah mlm ari 2...
xpuas ati xdpt repeat game trus amok bakar moto plak...

moto 2 xsalah.....;P ;P ;P

n_zihan Publish time 29-4-2009 08:01 PM

tak paham.... tak paham...:o :o :o :o :o :o

asep Publish time 30-4-2009 12:26 PM

hoh.....mesti darsuki ada duplicate konci moto bidin...:lol:

chikrah Publish time 30-4-2009 03:29 PM

haha...
mmg betul2 pendek cerita dia..

Robab Publish time 20-5-2009 08:39 PM

hahahaha...bes2
nak lagi!!

mummyfateeha Publish time 21-5-2009 12:07 PM

erkkk...tak faham ehh.

gilmoregirl Publish time 22-5-2009 09:53 AM

hahaha ni misti pensyarah tu kalah ngan mamat Bidin..
sampai meroyan g bako motor :lol: :lol:

LLM Publish time 23-5-2009 01:29 PM

bukan...sebenarnya Darsuki amat bengang dengan Bidin yang terlalu tak pedulikan kuliah semua. Hati pendidik mana tak panas kalau pelajar kuliah asyik merempit sampai lambat masuk kelas tiap-tiap hari;P

muffins Publish time 24-5-2009 03:21 AM

:lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol:

garang gilos darsuki..;P ;P ;P

mcm mana dier bukak tank tu..?? ade kunci plak..??:o

Robab Publish time 24-5-2009 04:32 PM

kuasa sakti halilintar laa!

adzyla Publish time 16-5-2010 11:25 AM

hahahahahahahahahaha......amat kelakor.....giler dasyat
Pages: [1] 2
View full version: CERITA PENDEK: Pensyarah kuliah dan pelajar mat rempit


ADVERTISEMENT